Telah menjadi ijma para sahabat
dan ulama akan hadith ahad itu menjadi hujjah dalam syariat, termasuklah bab
akidah.
Pendapat ulama ahlu Sunnah:-
1.
قال الإمام الشافعي ،ولو جاز لأحد من الناس أن يقول في علم الخاصة: أجمع
المسلمون قديماً وحديثاً على تثبيت خبر الواحد والانتهاء إليه، بأنه لم يعلم من
فقهاء المسلمين أحد إلا وقد ثبته جاز لي ولكن أقول: لم أحفظ عن فقهاء المسلمين
أنهم اختلفوا في تثبيت خبر الواحد بما وصفت من أن ذلك موجود على كلهم.
Imam Syafi’i berkata dalam kitab
beliau ar-Risalah 1/457, ‘Apabila satu orang boleh berbicara dalam suatu cabang
ilmu tertentu, maka kaum muslimin, yang lalu mahupun yang sekarang, juga telah
bersepakat atas sahnya berhujah dengan hadith ahad dan mencukupkan diri
dengannya. Dan tidak diketahui seorang pun fuqaha dari kaum muslimin kecuali
mereka menetapkan sahnya berhujjah dengan hadith ahad.’ Akan tetapi aku
berkata, ‘Aku tidak hafal adanya seorang pun fuqaha kaum muslimin yang
berselisih dalam masalah penetapan khabar ahad (kalimat ini merupakan bentuk
tawadhu dari Imam Syafii dalam masalah ini).
2.
قال الإمام أبو حاتم ابن حبان ـ ت354هـ ـ في مقدمة صحيحه: فأما الأخبار
فإنها كلها أخبار آحاد، إلى أن قال: وأن من تنكب عن قبول أخبار الآحاد فقد عمد إلى
ترك السنن كلها، لعدم وجود السنن إلا من رواية الآحاد. الإحسان في تقريب صحيح ابن
حبان.
“Al-Imam Abu Hatim ibn Hibban (w.
354 H) dalam muqaddimah Sahihnya berkata, ‘Adapun khabar, maka sesungguhnya
seluruhnya (atau sebahagian besar) adalah khabar ahad.’ Sampai perkataan
beliau, ‘Sesungguhnya barangsiapa yang menolak dan tidak menerima khabar ahad,
maka ia telah berpegang pada prinsip meninggalkan sunnah seluruhnya. Kerana
sunnah tidak akan terwujud tanpa adanya riwayat ahad (kerana terlalu banyaknya
riwayat ahad yang menjadi hujjah dalam masalah aqidah mahupun syariat)’” (Al
Ihsan fii Taqrib Shahih Ibn Hibban 1/156).
3.
وقال الإمام ابن عبد البر ـ وهو يتكلم عن خبر الواحد وموقف العلماء منه:
وكلهم يدين بخبر الواحد العدل في الاعتقادات ويعادي ويوالي عليها ويجعلها شرعاً
وديناً في معتقده، على ذلك جميع أهل السنة. انتهى من كتابه ـ التمهيد.
“Al-Imam Ibn Abdil Barr berkata
mengenai khabar ahad dan sikap para ulama terhadapnya, ‘Seluruh ulama berpegang
dengan khabar ahad yang ‘adl dalam masalah aqidah, mereka menetapkan kesetiaan
dan permusuhan dengan khabar ahad, meyakininya sebagai sumber dalam syariat dan
agama, dan seluruh ahlus sunnah bersepakat dalam hal ini (at-Tamhid 1/8).
4.
وقال الإمام ابن القيم: وأما المقام الثامن: وهو انعقاد الإجماع المعلوم
المتيقن على قبول هذه الأحاديث وإثبات صفات الرب تعالى بها، فهذا لا يشك فيه من له
أقل خبرة بالمنقول، فإن الصحابة ـ رضي الله عنهم ـ هم الذين رووا هذه الأحاديث
وتلقاها بعضهم عن بعض بالقبول ولم ينكرها أحد منهم على من رواها، ثم تلقاها عنهم
جميع التابعين ـ من أولهم إلى آخرهم. مختصر الصواعق المرسلة.
Imam Ibnu Qayyim Al Jauziyyah
berkata, ‘Adapun tingkatan yang kelapan: Meyakini telah bersepakatnya umat atas
hal-hal yang telah diketahui dan diyakini, iaitu dengan menerima hadith-hadith
dan menetapkan sifat-sifat Rabb Ta’ala dengannya. Dalam hal ini tidak boleh
meragukan suatu khabar yang sedikit penukilnya, iaitu dari kalangan sahabat
radhiyallahu ‘anhum. Merekalah yang meriwayatkan hadith-hadith dan sebahagian mereka
saling bertemu satu sama lain dan saling menerima khabar tersebut, dan tidak
ada satupun dari mereka yang mengingkari riwayat (ahad) tersebut. Kemudian
bertemulah mereka dengan segenap tabi’in, dari awal sampai akhir’” (Mukhtashar
As Shawa’iq Al Mursalah hal. 775).
5.
قال ابن تيمية معلقاً على هذا الإجماع الذي نقله ابن عبد البر: قلت: هذا
الإجماع الذي ذكره في خبر الواحد العدل في الاعتقادات يؤيد قول من يقول: إنه يوجب
العلم، وإلا فما لا يفيد علماً ولا عملاً كيف يجعل شرعاً وديناً يوالي عليه
ويعادي؟. انتهى.
“Ibnu Taimiyah berkata
mengomentari dakwaan ijma’ dari Ibn Abdil Barr, ‘Ijma’ ini yang telah
disebutkan dalam hal khabar ahad al-‘adl adalah argumen dalam masalah aqidah,
bahawa mereka berkata, ‘Hadith ini menghasilkan ilmu’, adalah benar. Kerana
apabila hadith ahad tidak berfaedah ilmu dan amal, bagaimana syariat dan agama,
permusuhan dan kesetiaan boleh
terbentuk (tanpa hadith ahad)?
(Mawqif Ibnu Taimiyah min al-Asyairah 3/237).
Syaikhul Islam Ibn Taimiyah
rahimahullah menjelaskan kaedah yang sangat berguna bagi kita dalam mengurai
permasalahan ini dan tetap mengambil aqidah dari khabar ahad, sebagai berikut:-
وأما المتواتر فالصواب الذي عليه الجمهور: أن المتواتر ليس له عدد محصور ،
بل إذا حصل العلم عن إخبار المُخبِرين كان الخبر متواترا ، وكذلك الذي عليه
الجمهور أن العلم يختلف باختلاف حال المخبِرين به ، فرب عدد قليل أفاد خبرُهم
العلم بما يوجب صدقهم ، وأضعافهم لا يفيد خبرهم العلم ؛ ولهذا كان الصحيح أن خبر
الواحد قد يفيد العلم إذا احتفت به قرائن تفيد العلم ؛ وعلى هذا فكثير من متون
الصحيحين متواتر اللفظ عند أهل العلم بالحديث وإن لم يعرف غيرهم أنه متواتر ؛
ولهذا كان أكثر متون الصحيحين مما يعلَمُ علماء الحديث علما قطعيا أن النبي صلى
الله عليه وسلم قاله ، تارة لتواتره عندهم ، وتارة لتلقي الأمة له بالقبول ، وخبر
الواحد المتلقَّى بالقبول يوجب العلم عند جمهور العلماء من أصحاب أبي حنيفة ومالك
والشافعي وأحمد ، وهو قول أكثر أصحاب الأشعري كالإسفراييني وابن فورك ؛ فإنه وإن
كان في نفسه لا يفيد إلا الظن ؛ لكن لمَّا اقترن به إجماع أهل العلم بالحديث على
تلقيه بالتصديق ، كان بمنزلة إجماع أهل العلم بالفقه على حكمٍ مستندين في ذلك إلى
ظاهر أو قياس أو خبر واحد ، فإن ذلك الحكم يصير قطعيا عند الجمهور ، وإن كان بدون
الإجماع ليس بقطعي ؛ لأن الإجماع معصوم ، فأهل العلم بالأحكام الشرعية لا يُجمعون
على تحليل حرام ولا تحريم حلال ، كذلك أهل العلم بالحديث ، لا يُجمعون على التصديق
بكذب ولا التكذيب بصدق ، وتارة يكون علم أحدهم لقرائن تحتف بالأخبار ، توجب لهم
العلم ، ومَن عَلِمَ ما عَلِمُوه حَصَلَ له مِن العلم ما حصل لهم
“Adapun tentang mutawatir yang
benar adalah pendapat jumhur : bahawasanya mutawatir tidak ada bilangan
tertentu dalam jumlah perawinya. Bahkan apabila suatu khabar menghasilkan ilmu
dari perawinya, maka itu disebut khabar mutawatir. Demikian pula dengan
pendapat jumhur bahawa ilmu itu bermacam-macam tergantung keadaan yang memberi
khabar. Maka betapa banyak hadith yang jumlah perawinya sedikit namun berfaedah
ilmu dan wajib untuk membenarkannya. Namun hadith yang lebih dhaif dari itu
tidak berfaedah ilmu. Hal itu kerana pendapat yang sahih adalah bahawasanya
khabar ahad boleh berfaedah ilmu apabila ada qarinah (bukti/petunjuk) yang
berfaedah ilmu. Oleh kerana itu ada banyak matan-matan hadith dari Sahihain
yang mutawatir secara lafaz menurut ulama pakar hadith padahal ulama lainnya
tidak mengetahui bahawa itu mutawatir. Hal ini kerana, para ulama hadith sendiri sebagai dalil
qath’i (jelas) bahawa Nabi shallallaahu alaihi wa sallam memang mengatakannya,
kadang kerana darjatnya mutawatir di sisi mereka, kadang kerana ummat
bersepakat menerimanya. Maka khabar ahad yang ummat bersepakat menerimanya maka
itu wajib berfaedah ilmu menurut jumhur ulama dari mazhab Abu Hanifah, Malik,
dan Syafi’i, dan Ahmad, dan pendapat majoriti ulama Asyairah seperti
Al-Isfiraini ibn Furik. Sehingga hadith ahad meskipun sendirinya tidak
berfaedah selain hanya zhann, namun boleh berfaedah ilmu kerana memiliki
petunjuk berupa ijma’ ulama bahawa mereka menerima dan membenarkan isinya. Hal
itu sesuai tingkatan ijma’ ahli ilmu dengan fiqh (pemahaman) mereka dalam
menghukumi periwayatan itu dengan makna eksplisit, dengan qiyas, atau sebagai
khabar ahad. Sehingga khabar ahad boleh menjadi qath’i dengan ijma’ jumhur
ulama, dan apabila tiada ijma’ maka statusnya tidak boleh terangkat menjadi
qath’i. Kerana ijma’ adalah maksum, sehingga para ulama seluruhnya tidak
mungkin mereka berijma’ (bersepakat) untuk menghalalkan yang haram, atau
mengharamkan yang halal. Begitu pula dengan ijma’ ahli hadith, tidak mungkin
mereka bersepakat untuk membenarkan khabar yang dusta, tidak pula mendustakan
khabar yang benar. Terkadang salah seorang dari mereka mengetahui petunjuk suatu
khabar yang menjadikannya berfaedah ilmu, maka barangsiapa yang mengetahui
tentang hal tersebut maka jadilah khabar itu menghasilkan ilmu bagi mereka.
(Majmu’ Fatawa 40/18-41).
Rujukan
Fatawa Soaljawab Islam no.126571,
130918, 295735
Fatwa Syabakah Islamiyah no.
61928, 11911, 129539
No comments:
Post a Comment