Friday, 29 April 2022

Hadith doa berbuka ya Adzim ya Adzim

 

Matan hadith

 

ما من مسلم يصوم فيقول عند إفطاره: يا عظيم, يا عظيم, أنت إلهي لا إله غيرك, اغفر لي الذنب العظيم؛ فإنه لا يغفر الذنب العظيم إلا العظيم, إلا خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه، وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: علِّموها عقبكم؛ فإنها كلمة يحبها الله ورسوله, ويصلح بها أمر الدنيا والآخرة

 

 

Terjemahan

 

Tidaklah seorang muslim itu berpuasa lalu mengucapkan ketika ia berbuka:  “Wahai Yang maha Agung, Wahai Yang maha Agung, Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan selain Engkau. Ampunilah aku yang berdosa besar ini. Sesungguhnya tidak ada yang boleh mengampuni dosa besar melainkan Engkau Yang Maha Agung”, melainkan ia akan keluar daripada dosa-dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan ibunya”. Rasulullah melanjutkan sabdanya: “Ajarkanlah doa tersebut kepada anak-anak kalian, sesungguhnya ia adalah kalimah yang disukai oleh Allah dan Rasul-Nya, dan dapat mendatangkan kebaikan bagi urusan dunia dan akhirat”.

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 58/238, daripada Anas bin Malik ra.

 

Juga dinukilkan oleh as-Suyuthi dalam al-Jami’ al-Kabir no. 35963 dan Alauddin Ali al-Muttaqi al-Hindi dalam Kanzul Ummal Fi Sunan al-Aqwal Wa al-Af’al no. 24395.

 

Ibnu Asakir sendiri melemahkan hadith ini, kerana sangat syadz dan terdapat perawi yang majhul.

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...