Di samping kita memperbanyak
puasa sunnah di bulan Syaaban, ternyata para ulama memberi petunjuk pada kita
untuk memperbanyakkan membaca Al Quran sejak dari bulan Syaaban. Inilah salah
satu amalan bulan Syaaban yang dianjurkan. Sebagaimana bulan Ramadhan kita
dituntunkan untuk sibuk dengan Al Quran, maka sebagai pemanasan aktiviti mulia
tersebut sudah seharusnya dimulai dari bulan Syaaban.
Dari Anas bin Malik yang
menceritakan kesibukan para sahabat Nabi Saw ketika memasuki bulan Syaaban.
Salah satu aktiviti para sahabat tersebut adalah membaca Al-Quran. Anas bin
Malik bercerita;
كَانَ اْلمُسْلِمُوْنَ اِذَا دَخَلَ شَعْبَانُ اِنْكَبُّوْا عَلَى
المَصَاحِفُ فَقَرَأُوْهَا وَأَخْرَجُوْا زَكَاةَ اَمْوَالِهِمْ تَقْوِيَةً
لِلضَّعِيْفِ وَالمِسْكِيْنِ عَلىَ صِيَامِ رَمَضَانَ
Kaum muslim ketika telah memasuki
bulan Syaaban, mereka mengambil mushaf-mushafnya kemudian membacanya. Mereka
juga mengeluarkan zakat hartanya agar dapat membantu menguatkan orang fakir dan
miskin untuk turut serta menunaikan puasa di bulan Ramadhan (Lathaif Maarif
hal. 158).
قال سلمة بن كهيل : كان يقال شهر شعبان شهر القراء
Salamah bin Kahiil berkata,
“Dahulu bulan Sya’ban disebut pula dengan bulan membaca Al Quran.” (Lathaif
Maarif hal. 135)
وكان عمرو بن قيس إذا دخل شهر شعبان أغلق حانوته وتفرغ لقراءة القرآن
‘Amr bin Qais ketika memasuki
bulan Syaaban, beliau menutup kedainya dan lebih menyibukkan diri dengan Al
Qur’an.
وقال أبو بكر البلخي : شهر رجب شهر الزرع ، وشهر شعبان شهر سقي الزرع ،
وشهر رمضان شهر حصاد الزرع
Abu Bakr Al Balkhi berkata,
“Bulan Rejab saatnya menanam. Bulan Syaaban saatnya menyiram tanaman dan bulan
Ramadhan saatnya menuai hasil.” (Lathaif Maarif hal. 121).
وقال – أيضاً – : مثل شهر رجب كالريح ، ومثل شعبان مثل الغيم ، ومثل رمضان
مثل المطر ، ومن لم يزرع ويغرس في رجب ، ولم يسق في شعبان فكيف يريد أن يحصد في
رمضان
Abu Bakr Al Balkhi juga berkata, “Bulan
Rejab seperti angin, bulan Syaaban bagaikan mendung dan bulan Ramadhan bagaikan
hujan. Siapa yang tidak menanam di bulan Rejab, lalu tidak menyiram tanamannya
di bulan Syaaban, maka jangan berharap ia boleh menuai hasil di bulan
Ramadhan.” Fatwa Soaljawab Islam no. 332295).
No comments:
Post a Comment