Friday, 29 April 2022

Hadith khawarij merujuk kepada wahabi?

 

Sayyidina Ali bin Abi Thalib menyatakan bahawasanya dia mendengar Rasulullah bersabda: ”Pada akhir zaman nanti akan muncul kaum yang berusia muda (ahdasul asnan), berfikiran pendek (sufahaul ahlam), mereka memperkatakan sebaik-baik ucapan kebaikan, mereka membaca Al-Quran tetapi bacaan mereka itu tidak melebihi (melampui) kerongkong mereka, mereka memecah agama sebagaimana keluarnya anak panah dari busurnya maka dimanapun kamu menjumpainya maka perangilah mereka sebab dalam memerangi mereka terdapat pahala disisi Allah pada hari kiamat kelak. ” (HR. Bukhari no. 6930, Muslim no. 2462, Abu Daud no. 4767, Nasaie no. 4107, Ibnu Majah no. 168, Ahmad no. 616 ).

 

Hadith ini perlu dikumpulkan dengan hadith-hadith setema dengannya, baru dapat maksud yang sebenar. Jika kita melihat salah satu hadith yang sama, ia jelas menunjukkan kaum Khawarij.

 

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ قَوْمٌ أَحْدَاثُ الْأَسْنَانِ سُفَهَاءُ الْأَحْلَامِ يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لَا يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ يَقُولُونَ مِنْ قَوْلِ خَيْرِ الْبَرِيَّةِ يَمْرُقُونَ مِنْ الدِّينِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنْ الرَّمِيَّةِ قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَاب عَنْ عَلِيٍّ وَأَبِي سَعِيدٍ وَأَبِي ذَرٍّ وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَقَدْ رُوِيَ فِي غَيْرِ هَذَا الْحَدِيثِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَيْثُ وَصَفَ هَؤُلَاءِ الْقَوْمَ الَّذِينَ يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لَا يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ يَمْرُقُونَ مِنْ الدِّينِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنْ الرَّمِيَّةِ إِنَّمَا هُمْ الْخَوَارِجُ الْحَرُورِيَّةُ وَغَيْرُهُمْ مِنْ الْخَوَارِجِ

 

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda: "Di akhir zaman akan muncul kaum berusia muda, lemah akal, mereka membaca Al-Qur`an tidak mencapai kerongkong (sebatas di mulut tak sampai hati), mereka mengatakan dari perkataan orang terbaik, mereka meninggalkan agama dengan cepatnya seperti terlepasnya anak panah dari panah." Berkata Abu Isa: dalam hal ini ada hadits serupa dari 'Ali, Abu Sa'id dan Abu Dzarr, hadits ini hasan shahih. diriwayatkan dalam selain hadits ini dari nabi Shallallahu 'alaihi wa Salam yang menyebutkan ciri-ciri kaum itu, mereka membaca Al-Qur`an dan tidak mencapai kerongkong, mereka meninggalkan agama dengan cepatnya seperti terlepasnya anak panah dari panah itu tidak lain adalah kaum Khawarij Al Haruriyah dan kalangan Khawarij lain. (HR. Tirmidzi no. 2114, sahih).

 

Khawarij dalam konteks zaman tersebut merujuk sekumpulan yang terkeluar dari jemaah islam (kekhalifahan Ali ra) berasal dari Kufah:

 

Terdapat riwayat bahawa Rasulullah SAW telah memberi perkhabaran mengenai kemunculan Khawarij. Yusair bin Amru mengatakan, aku bertanya kepada Sahal bin Hunaif:

 

هَلْ سَمِعْتَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: فِي الخَوَارِجِ شَيْئًا؟ قَالَ: سَمِعْتُهُ يَقُولُ، وَأَهْوَى بِيَدِهِ قِبَلَ العِرَاقِ: «يَخْرُجُ مِنْهُ قَوْمٌ يَقْرَءُونَ القُرْآنَ، لاَ يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ، يَمْرُقُونَ مِنَ الإِسْلاَمِ مُرُوقَ السَّهْمِ مِنَ الرَّمِيَّةِ»

 

Apakah engkau mendengar Nabi SAW bersabda tentang Khawarij? Ia menjawab: Aku mendengar beliau bersabda - sambil beliau arahkan tangannya menuju Iraq - Dari sanalah muncul sekelompok kaum yang membaca al-Qur’an tidak melebihi kerongkongan mereka, mereka keluar dari Islam sebagaimana anak panah keluar dari busurnya (HR. Bukhari no. 6934)

 

Para ulama yang mensyarahkan hadith ini telah bersepakat bahawa hadith ini ingin mengisyaratkan kepada kemunculan Khawarij. Ia termasuk daripada tanda-tanda kenabian Baginda SAW kerana apa yang dikhabarkan oleh Baginda benar-benar telah berlaku. Kemunculan Khawarij bermula di Kufah yang terletak di sebelah timur Madinah. Mereka telah mengisytiharkan diri keluar daripada tentera Ali, lalu mereka dengan jumlah lapan ribu orang telah menuju ke Harura’, sebuah perkampungan di Kufah sebelum menjadikan Basrah sebagai markas mereka. (Akmal al-Bayan fi Sharh Hadith Najd Qarn al-Shaytan, 52)

 

Bahkan al-Hafiz Ibn Hajar telah menukilkan satu athar yang diriwayatkan oleh al-Thabarani di dalam al-Mu’jam al-Awsath dengan sanad yang baik bahawa Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudri telah ditanya oleh seorang lelaki dari Iraq. Lelaki itu mengatakan bahawa di negerinya terdapat satu kaum yang memberontak dan membunuh sesiapa sahaja yang mengucapkan syahadah dan beriman kecuali daripada kumpulan mereka. Lalu kedua-duanya menjawab: “Kami mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang memerangi mereka, baginya pahala syahid dan sesiapa yang dibunuh oleh mereka maka baginya pahala syahid”. (Fathul Bari 12/302).

 

Khawarij juga wujud di setiap zaman, antara ciri-ciri jelas diberitahu oleh Nabi saw adalah berdasarkan hadith:

 

Ini menunjukkan kelompok Khawarij akan terus wujud hingga ke akhir zaman. Nas-nas syarak yang mengisyaratkan berkenaan Khawarij tidak menyatakan ia hanya wujud pada zaman tertentu. Antaranya seperti sabda Rasulullah SAW:

 

يَحْقِرُ أَحَدَكُمْ عَمَلَهُ مِنْ عَمَلِهِمْ، يَقْتُلُونَ أَهْلَ الْإِسْلَامِ، فَإِذَا خَرَجُوا فَاقْتُلُوهُمْ، ثُمَّ إِذَا خَرَجُوا فَاقْتُلُوهُمْ، ثُمَّ إِذَا خَرَجُوا فَاقْتُلُوهُمْ

 

Mereka menghina amalan kamu (dengan membandingkan amalan mereka dengan amalan kamu), mereka memerangi umat Islam, maka apabila mereka keluar maka perangilah mereka, kemudian apabila mereka keluar maka perangilah mereka, kemudian apabila mereka keluar maka perangilah mereka…” (HR. Ahmad no. 5562, sahih)

 

Salah faham antara Wahabi Khawarij dan Wahabi Salafi

 

Punca tuduhan keji ini adalah kerana salah faham fatwa al-Lakhmi dan membezakan kedua-dua jenis wahabi yang wujud.

 

Fatwa al-Lakhmi ditujukan kepada wahabi (Abdul Wahhab bin Abdurrahman bin Rustum) tokoh khawarij bukan kepada Syaikh Muhammad Abdul Wahab

 

Mengenai fatwa Al-Imam Al-Lakhmi yang dia mengatakan bahawa Al-Wahhabiyyah adalah salah satu dari kelompok sesat Khawarij. Maka yang dia maksudkan adalah Abdul Wahhab bin Abdurrahman bin Rustum dan kelompoknya  bukan Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan para pengikutnya.

 

Hal ini kerana tahun wafat Al-Lakhmi adalah 478 H sedangkan Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab wafat pada tahun 1206 H /1792 M. Amatlah janggal bila ada orang yg telah wafat namun berfatwa tentang seseorang yang hidup berabad-abad setelahnya. Adapun Abdul Wahhab bin Abdurrahman bin Rustum maka  dia meninggal pada tahun 211 H. Sehingga amatlah tepat bila fatwa Al-Lakhmi tertuju kepadanya. Berikut Al-Lakhmi merupakan mufti Andalusia dan Afrika Utara dan fitnah Wahhabiyyah Rustumiyyah ini terjadi di Afrika Utara. Sementara di masa Al-Lakhmi hubungan antara Najd dgn Andalusia dan Afrika Utara amatlah jauh. Sehingga bukti sejarah ini semakin menguatkan bahawa Wahhabiyyah Khawarij yang diperingatkan Al-Lakhmi adlah Wahhabiyyah Rustumiyyah bukan Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan para pengikutnya. [Al-Mu’rib Fi Fatawa Ahlil Maghrib, karya Ahmad bin Muhammad Al-Wansyarisi 11/168].

 

Teks Fatwa

 

Berkata Imam Al Winsyarisi rahimahullah (wafat tahun 914 H):

 

سئل اللخمي : عن أهل بلد بنى عندهم الوهابيون مسجداً ، ما حكم الصلاة فيه؟

 

Imam Al-Lakhmi (wafat tahun 478 H) pernah ditanya tentang suatu negeri yang disitu orang-orang Wahabiyyun membangun sebuah masjid, Bagaimana hukum shalat didalamnya?

 

Maka Imam Al-Lakhmi pun menjawab:

 

خارجية ضالة كافرة ، قطع الله دابرها من الأرض ، يجب هدم المسجد ، وإبعادهم عن ديار المسلمين

 

Firqah Wahabiyyah adalah firqah khawarij yang sesat, semoga Allah menghancurkan mereka, masjidnya wajib untuk dihancurkan dan wajib untuk mengusir mereka dari negeri-negeri kaum muslimin  (Al Mi’yar Al Mu’rib Fi Fatawa Ahli Al Maghrib 11/168).

 

 

Wahabi Khawarij

 

Khawarij yang dimaksudkan itu adalah merujuk kepada sekte Wahhabiyah yang sudah ada sejak abad ke-2 H di Afrika Utara, dipelopori Abdul Wahhab bin Rustum. Nama Wahhabiyah adalah nisbah kepadanya pecahan dari sekte Wahbiyah Ibadhiyah yang berpemahaman Khawarij nisbah kepada pendiri awalnya, iaitu Abdullah bin Wahb ar-Rasibi (Al Farqu Bainal Firaq Al Baghdadi hal 80-81; Al Khawarij Tarikhuhum Wa Araauhum Al I’tiqadiyah Wa Mauqif Al Islam Minha, Dr Ghalib bin ‘Ali ‘Awaji hal. 95).

 

Dakwah Abdul Wahab bin Abdurrahman bin Rustum termasuk dalam firqah Khawarij, mudah mengafirkan pelaku maksiat (dosa besar), membangkang dan memberontak terhadap pemerintah Islam, dan keluar dari jamaah kaum Muslim. Termasuk kategori ini adalah Khawarij generasi awal (Muhakkimah Haruriyah) dan seumpamanya, seperti al-Azariqah, ash-Shafariyyah, dan an-Najdat (ketiganya sudah lenyap), dan al-Ibadhiyah masih ada hingga kini.

 

Wahabi Salafi

 

Manakala Wahabi yang kedua merujuk kepada gerakan pemurnian akidah di Jazirah Arab, yang dipelopori oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah dilahirkan pada 1115 H/1703 M di Jazirah Arab, yang mengikuti Al-Quran dan Sunnah dengan manhaj (cara beragama) dengan berpemahaman salaf. Yang dimaksudkan salaf itu adalah tiga generasi Islam permulaan (generasi Rasulullah SAW dengan para sahabat, tabiin, dan tabi’ut tabi’in) itulah yang kerap disebut as-Salafus Shalih. (HR. Bukhari no. 3650).

 

Para ulama tafsir menyimpulkan, mereka (salaf) adalah orang-orang yang paling baik, paling selamat, dan paling mengetahui dalam memahami Islam. Mereka juga para pendahulu yang memiliki kesalehan tertinggi (salafus soleh). Inilah yang dinamakan dakwah salafiyah.

 

Selain itu, dakwah ini adalah pelopor gerakan islah (reformasi) yang muncul menjelang masa kemunduran Islam. Dakwah salafiyah ini juga menyerukan agar akidah Islam dikembalikan pada asalnya yang murni dan menekankan pada pemurnian erti tauhid dari syirik, khurafat, dan bid’ah dengan segala manifestasinya. Maka, di antara prinsip dakwah salafiyah yang dinisbahkan kepada Muhammad bin Abdul Wahab (1703 –1791 M).

 

Dalam Al Mausu’atul Muyassarah Fil Adyaan Wal Madzahibil Muaashirah hal. 227–232 menjelaskan gerakan yang dipelopori oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab ini:

 

Sentiasa merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah yang sahih dalam masalah akidah; berpegang teguh pada manhaj Ahlus Sunnah wal Jamaah sesuai pemahaman para sahabat; menyerukan pada pemurnian tauhid; menetapkan tauhid asma dan sifat-sifat Allah tanpa tamsil (perumpamaan), takyif (pencocokan), dan takwil (interpretasi); menjauhi segala bentuk bidaah dan khurafat.

 

Adapun tuduhan buruk kepada dakwah Syeikh Muhammad Abdul Wahhab berasal dari (sebahagian) tokoh agama yang tidak suka dakwah salafiyah yang tegas ini. Mereka memutarbalikkan kebenaran. Yang hak dikatakan bathil, begitu pula sebaliknya.

 

Mereka masih yakin jika mendirikan bangunan dan masjid di atas kuburan, bertawasul doa meminta bantuan kepada mayit, dan semisalnya masih bahagian dari ajaran Islam. Dan barang siapa yang mengingkarinya, akan dianggap membenci orang-orang saleh dan para wali. Hal ini yang keliru. Boleh jadi kerana kejahilan, dan juga kerana taklid buta akan ajaran nenek moyang dan qila wa qala (katanya-katanya) yang tak mendasar.

 

Mereka tak sedia menerima tegasnya hadith larangan berbagai macam bidaah dengan masih mempertahankan akar tradisi budaya yang tak mahu dihilangkan walau itu jelas menyelisihi sunnah. Atau kerana beza pemahaman akan bidaah dan cara beragamanya.

 

Dakwah salafiyah (yang selalu dituduh wahabi) sejatinya juga tidak mengafirkan seorang pun dari kaum Muslim, kecuali bila orang itu jelas melakukan perbuatan yang membatalkan keislamannya. Kerana berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

 

أَيُّمَا رَجُلٍ قَالَ لِأَخِيهِ يَا كَافِرُ، فَقَدْ بَاءَ بِهَا أَحَدُهُمَا

 

Mana-mana orang yang mengatakan kepada saudaranya: Wahai kafir. Maka jatuhlah (kafir itu) ke atas salah seorang daripadanya (HR. Bukhari no. 6104 dan Muslim no. 111).

 

Satu perkara lagi perlu dicermati adalah perkataan Syekh Sulaiman bin Abdul Wahhab al-Najdi (abang kandung Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab) dalam kitab al- Shawaiq al-Ilahiyah fi al-Raddi ‘ala al- Wahabiyah poin ke-4 yang Muhammad Khoiron kutip bahawa:

 

 "Muhammad bin Abdul Wahab mengkafirkan lawan polemik dan umat Islam yang tidak sejalan dengannya"

 

Poin ini perlu dikaji ulang. Syekh Muhammad bin Abdul Wahhab dalam kitabnya yang lain, Mushlih Mazhlum hal. 48-50 menyebutkan bahawa abangnya menurut beliau telah rujuk dan bertaubat akan perkataannya itu. Hal ini telah dikatakan juga oleh Ibn Ghannam, Ibn Bisyr, dan Dr Muhammad bin Saad as-Syuwair dalam makalahnya "Sulaiman bin Abdul Wahhab Syaikh Muftara ‘Alaihi" yang dimuat di majalah Buhuts Islamiyyah edisi 60/Tahun 1421 H.

 

Idealnya sebagai Muslim terus haus mempelajari agama ini dari sumber asli, Al-Quran dan as-Sunnah menurut pemahaman para sahabat. Dan, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab ini ialah mujadid pelopor dakwah Sunni yang lurus dan murni.

 

 

Maka soalan kita, mereka ini sebenarnya merujuk kepada wahabiyyah yang mana:-

 

a)       nisbah kepada Abdul Wahab bin Abdurrahman bin Rustum

 

atau

 

b) nisbah kepada Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab

 

 

Kalau merujuk kepada (a) = tepat dengan fakta sejarah, dan juga hadith Nabi saw di atas

 

Kalau (b) = bidikan mereka meleset, bercanggah dengan fakta sejarah dan kriteria yang disebutkan hadith Nabi saw.

 

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...