Friday, 29 April 2022

Hadith sebaik-baik manusia adalah yang bernafaat bagi manusia yang lain

 

Riwayat Jabir ra:

 

 

عن جابر قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « المؤمن يألف ويؤلف ، ولا خير فيمن لا يألف ، ولا يؤلف، وخير الناس أنفعهم للناس »

 

 

Diriwayatkan dari Jabir berkata, ”Rasulullah SAW bersabda,’ Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR. Thabarani dan Daruquthni)

 

 

 

Riwayat Ibnu Umar ra:

 

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin ‘Abdirrahmaan Asy-Syafi’i Al-Himshi : Telah menceritakan kepada kami Al-Qaasim bin Hasyim As-Simsar : Telah menceritakan kepada kami ‘Abdurrahman bin Qais Adh-Dhabbi : Telah menceritakan kepada kami Sukain bin Abi Siraj : Telah mengkhabarkan kepada kami ‘Amru bin Dinar, dari Ibnu ‘Umar :

Bahawasannya ada seorang laki-laki yang mendatangi Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam. Ia berkata :

 

 يا رسول الله أي الناس أحب إلى الله ؟ وأي الأعمال أحب إلى الله عز وجل ؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « أحب الناس إلى الله أنفعهم للناس ، وأحب الأعمال إلى الله سرور تدخله على مسلم ، أو تكشف عنه كربة ، أو تقضي عنه دينا ، أو تطرد عنه جوعا ، ولأن أمشي مع أخ لي في حاجة أحب إلي من أن أعتكف في هذا المسجد ، يعني مسجد المدينة ، شهرا ، ومن كف غضبه ستر الله عورته ، ومن كظم غيظه ، ولو شاء أن يمضيه أمضاه ، ملأ الله عز وجل قلبه أمنا يوم القيامة ، ومن مشى مع أخيه في حاجة حتى أثبتها له أثبت الله عز وجل قدمه على الصراط يوم تزل فيه الأقدام

 

Dari Ibnu Umar bahawa seorang lelaki mendatangi Rasulullah SAW dan berkata, ”Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling diicintai Allah? dan amal apakah yang paling dicintai Allah swt?” Rasulullah SAW menjawab, ”Orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat buat manusia dan amal yang paling dicintai Allah adalah kebahagiaan yang engkau masukkan ke dalam diri seorang muslim atau engkau menghilangkan suatu kesulitan atau engkau melunasi hutang mereka atau menghilangkan kelaparan mereka. Dan sesungguhnya aku berjalan bersama seorang saudaraku untuk (menunaikan) suatu keperluan lebih aku sukai daripada aku beritikaf di masjid ini - iaitu Masjid Madinah—selama satu bulan. Dan barangsiapa yang menghentikan amarahnya maka Allah akan menutupi kekurangannya dan barangsiapa menahan amarahnya padahal dirinya sanggup untuk melakukannya maka Allah akan memenuhi hatinya dengan harapan pada hari kiamat. Dan barangsiapa yang berjalan bersama saudaranya untuk (menunaikan) suatu keperluan sehingga tertunaikan (keperluan) itu maka Allah akan meneguhkan kakinya pada hari tidak tergelincir kaki-kaki (hari perhitungan).

 

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir 12/453 no. 13646, Mu’jam al-Awsath 6/139-140 no. 6026, dan Mu’jam as-Shaghir  2/106 no. 861.

 

Diriwayatkan juga oleh Asy-Syajri dalam Al-Amali no. 2298, dan Abu Syaikh  dalam At-Taubikh no. 94; semuanya dari ‘Abdurrahman bin Qais, dari Sukain bin Abi Siraj, dari ‘Amru bin Dinar, dari Ibnu ‘Umar ra secara marfu’.

 

Diriwayatkan juga Ibnu ‘Asakir dalam At-Tarikh 64/17 dari jalan ‘Abdurrahman bin Qais, dari Miskin bin Abi Suraij, dari ‘Imran bin Dinar, dari Ibnu ‘Umar ra secara marfu’.

 

[Penyebutan Miskin bin Abi Suraij di sini keliru, kerana yang benar adalah Sukain bin Abi Siraj].

 

Diriwayatkan juga oleh Ibnu Basyran dalam Al-Amali no. 53 dan Al-Mu’afa bin Zakariyya dalam Al-Jalisus Shalih no. 154; dari dua jalan (Daud bin Al-Muhabbar dan Muhammad bin ‘Ar’arah), dari Sukain bin Abi Siraj, dari ‘Abdullah bin Dinar, dari Ibnu ‘Umar ra secara marfu’.

 

Riwayat Ibnu Abbas:-

 

 

Dari Ibnu Abbas secara marfu’ dengan lafaz sama seperti hadith Jabir ra, diriwayatkan oleh Imam al-Bushiri dalam Zawaid Musnad Asyirah no. 5176 dari jalan Jabarah, Abdus Shamad bin Azraq, Sukain bin Abi Siraj, dari Abdullah bin Dinar dari Maimun bin Mihran, dari Ibnu Abbas ra.

 

Diriwayatkan juga oleh Al-Mu’afa bin Zakariyya  dalam Al-Jalisus Shalih no. 43 dari Sukain bin Abi Siraj, dari ‘Abdullah bin Dinar, dari Ibnu ‘Abbas ra secara marfu’.

 

Diriwayatkan juga oleh Al-Mu’afa bin Zakariyya  dalam Al-Jalisus Shalih no. 155 dari jalan Sukain bin Abi Siraj, dari ‘Abdullah bin Dinar, dari Maimun bin Mihran, dari Ibnu ‘Abbas ra secara marfu’.

 

Dibawakan oleh Ibnu Hajar dalam Al-Mathalib al-‘Aaliyyah no. 982 dari jalan Miskin bin Abi Siraj – dan yang benar adalah Sukain bin Abi Siraj, dari ‘Abdullah bin Dinar, dari Maimun bin Mihran secara mursal.

 

 

Dari beberapa jalur riwayat di atas terdapat idlthirab yang bermuara pada Sukain bin Abi Siraij.

 

Penyakit idlthirab ini terutama disebabkan oleh diri Sukain:-

 

Sukain bin Abi Siraj; seorang yang tidak tsiqah (laisa bitsiqah).

 

- Al-Azdi berkata : Munkarul-hadith

- Ibnu Hibbaan berkata : Ia meriwayatkan hadith-hadith maudlu.

- Ibnu ‘Adi berkata : Tidak ma’ruf.

- Abu Nu’aim berkata : Meriwayatkan dari ‘Abdullah bin Dinar hadith-hadith palsu

[Adh-Dhu’afa’ oleh Abu Nu’aim hal. 90 no. 92 dan Lisanul Miizan 4/96 no. 3526].

 

 

Adapun jalan riwayat yang benar yang dibawakan Sukain adalah : dari ‘Abdullah bin Dinar, dari Ibnu ‘Umar secara marfu’ sebagaimana akan dijelaskan selanjutnya.

 

Adapun ‘Abdullah bin Dinar (Al-Qurasyi Al-‘Adawi, Abu ‘Abdirrahman Al-Madani maula ‘Abdullah bin ‘Umar bin Al-Khatthab), maka ia seorang yang tsiqah. Termasuk thabaqah ke-4 dan wafat tahun 127 H. Dipakai oleh Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, At-Tirmidzi, An-Nasaie, dan Ibnu Majah [Taqribut Tahdzib hal. 504 no. 3320].

 

Oleh kerana itu, jalan riwayat ini sangat lemah.

 

Sukain bin Abi Siraj mempunyai mutaba’ah dari :

 

1.     Malik bin Anas.

 

Ada tiga jalan :

 

a.      Musa bin Muhammad Al-Muwaqqari.

 

Diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah 6/348 : Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Muhammad bin Ja’far : Telah menceritakan kepada kami ‘Ali bin Rustum : Telah menceritakan kepada kami Al-Haitsam bin Khalid : Telah menceritakan kepada kami Musa bin Muhammad Al-Muwaqari : Telah menceritakan kepada kami Malik, dari 'Abdullah bin Dinar, dari Ibnu 'Umar secara marfu'.

 

Sanadnya sangat lemah kerana Musa bin Muhammad seorang pendusta [Lisanul Miizan, 8/216-218 no. 8030 & 8/220-221 no. 8030].

 

b.      ‘Abdul Hamid bin Bahr.

 

Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam Al-Majruhin 2/142 dan Ar-Rafi’i dalam At-Tadwin 2/308; semuanya dari 'Abdul Hamiid bin Bahr, dari Malik bin Anas, 'Abdullah bin Dinar, dari Ibnu 'Umar secara marfu'.

 

Akan tetapi Ad-Daruquthni memberikan kritikan dan berkata :

 

عَبْدُ الْحَمِيدِ بْنُ بَحْرٍ إِنَّمَا يَرْوِي حَدِيثَ مَالِكٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ، عَنْ زُهَيْرِ بْنِ عَبَّادٍ، عَنْ مَالِكٍ، وَلَمْ يَرْوِهِ عَنْ مَالِكٍ نَفْسِهِ

 

Abdul Hamid bin Bahr. Hanyalah yang meriwayatkan hadith Malik dari ‘Abdullah bin Dinar adalah dari Zuhair bin ‘Abbad, dari Malik. Ia sendiri tidak meriwayatkan dari Malik [Ta’liqat ad-Daraquthni ‘ala al-Majruhin, 1/185]. dan pernyataan Ad-Daraquthni ini dikuatkan dalam jalur periwayatan c di bawah.

 

Sanadnya sangat lemah kerana faktor ‘Abdul-Hamid bin Bahr:-

 

-          Ibnu Hibban dan Ibnu ‘Adi berkata: Mencuri hadith.

-          Ad-Daraquthni berkata: Dhaif.

-          Al-Hakim dan Abu Sa’id An-Naffasy berkata : Meriwayatkan dari Malik bin Mighwal dan Syarik hadith-hadith yang terbalik.

-          Abu Nu’aim berkata : Meriwayatkan dari Malik dan Syarik hadith-hadith munkar [Lisanul Mizan 5/69-70 no. 4570].

 

c.      Zuhair bin ‘Abbaad

 

Diriwayatkan oleh Ibn an-Nahhas dalam Al-Amali no. 535 : Telah mengkhabarkan kepada kami Abul-Qasim Ismail bin Ya’qub bin Ibrahim Al-Bazzaz yang terkenal dengan nama Ibnul-Jirab pada tahun 341 H, ia berkata : Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin ‘Abdillah bin Manshur Al-Faqih, ia berkata : Telah menceritakan kepada kami Zuhair bin ‘Abbad Ar-Ruasiy, ia berkata : Telah menceritakan kepada kami Malik bin Anas, dari 'Abdullah bin Dinar, dari Ibnu 'Umar secara marfu'.

 

Sanadnya sahih, semua perawinya tsiqah :

 

-          Ismail bin Ya’qub bin Ibrahim bin Ahmad bin ‘Isa bin Al-Jirab Al-Baghdadi, Abul-Qasim – terkenal dengan nama Ibnul Irab; seorang yang tsiqah. Lahir tahun 262 H dan wafat tahun 345 H [Tarikh Baghdad 7/303-304 no. 3298 dan Siyar A’lam an-Nubala’ 15/497-498 no. 279].

 

-          Muhammad bin ‘Abdillah bin Manshur, Abu Isma’il Asy-Syaibani Al-‘Askari Al-Faqiih – dikenali dengan Al-Bathikhi; seorang yang tsiqah. Wafat tahun 283 H [Tarikh Baghdad 3/441-443 no. 967, Tarikh Dimasyq 54/39-40 no. 6580, dan Mausu’ah Aqwal Ad-Daraquthni hal. 592 no. 3176].

 

-          Zuhair bin ‘Abbad Ar-Ruasi; seorang yang tsiqah. Wafat tahun 238 H [Al-Jarh wat-Ta’diil 3/591, Ats-Tsiqat 8/256, dan Lisanul Mizan 3/528 no. 3246].

 

Sanadnya sahih.

 

Jadi, mutaba’ah Malik bin Anas ini sahih melalui jalan riwayat ketiga (Zuhair bin ‘Abbad).

 

Malik bin Anas bin Malik bin Abi ‘Amir bin ‘Amru Al-Ashbahi Al-Humairi, Abu ‘Abdillah Al-Madani Al-Faqih; imam Darul-Hijrah, tsiqah, yang tidak perlu dipertanyakan lagi. Termasuk thabaqah ke-7, lahir tahun 93 H, dan wafat tahun 179 H. Dipakai oleh Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, At-Tirmidzi, An-Nasaie , dan Ibnu Majah [Taqribut-Tahdzib, hal. 913 no. 6465].

 

2.     Bakr bin Khunais.

 

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dunya dalam Qadhaul Hawaij no. 36 dan dalam Ishthina’ Al-Ma’ruf] hal. 79 : Telah menceritakan kepada kami ‘Aliy bin Ja’d, ia berkata : telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yaziid, dari Bakr bin  Khunais, dari ‘Abdullah bin Dinar, dari ‘sebahagian sahabat Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam’.

 

Sebagian sahabat nabi yang dimaksudkan di sini tidak lain adalah ’Abdullah bin ‘Umar radliyallaahu ‘anhumaa.

 

Ad-Daraquthni dalam Al-Fawaid no. 32 dan Ibnu ‘Asakir dalam At-Tariikh 41/292 meriwayatkan dari Bakr bin Khunais dengan menyebutkan ‘Abdullah bin ‘Umar.

 

Sanadnya lemah kerana faktor Bakr bin Khunais:

 

Bakr bin Khunais Al-Kuufiy Al-‘Aabid; seorang yang lemah, meriwayatkan hadith-hadith munkar. Termasuk thabaqah ke-7, dipakai oleh At-Tirmidzi dan Ibnu Majah. Ia dinilai oleh Ibnu Hajr dalam At Taqrib, sebagai perawi shaduq lahu aghlath (memiliki kesalahan). Namun sebahagian Aimah Jarh wa Ta’dil melemahkannya, seperti an-Nasaie,  Abu Hatim, Ali ibnul Madini, al-Bazzar, al-Uqaili, Imam Abu Zur’ah dan lain-lain. Sebahagian menilainya matruk, seperti ad-Daruquthni, bahkan Ibnu Hibban menuduhnya sebagai perawi hadith-hadith palsu. Disamping itu juga sebahagian ulama memberikan penilaian positif, seperti  Yahya bin Ma’in, al-‘Ijli dan lain-lain. Barangkali yang pertengahan bahawa beliau adalah ahlu syawahid/mutaba’ah. [Taqribut Tahdziib hal. 175 no. 747 dan Tahrirut Taqrib 1/180-181 no. 739].

 

Jadi, sanad jalan riwayat ini layyin (lemah).

 

Ibnu ‘Umar mempunyai syahid dari Jabir bin ‘Abdillah radliyallaahu ‘anhum:-

 

Diriwayatkan oleh Al-Qadha’ie dalam Musnad Asy-Syihab no. 129, Ath-Thabarani dalam Al-Awsath no. 5787, Al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 7252, dan Ibnu ‘Asakir dalam At-Tarikh 8/404; Abu Said an-Nuqasy dalam Fawaid Iraqiyyin no. 98, semuanya dari jalan ‘Ali bin Bahram : Telah menceritakan kepada kami ‘Abdul-Malik bin Abi Karimah, dari Ibnu Juraij, dari ‘Atha’, dari Jabir, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

 

الْمُؤْمِنُ إِلْفٌ مَأْلُوفٌ، وَلا خَيْرَ فِي مَنْ لا يُأْلَفُ، وَخَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

 

Seorang mukmin itu adalah orang yang boleh menerima dan diterima orang lain, dan tidak ada kebaikan bagi orang yang tidak boleh diterima orang lain. Dan sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lainnya.

 

Sanadnya lemah kerana kemajhulan ‘Ali bin Bahram Abu Hujiyyah dan tadlisnya Ibnu Juraij.

 

Ali bin Bahram, al-Haitsami dalam Majmuz Zawaid, mengatakan tidak mengetahuinya. Kemudian Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 403 menemukan bahawa Ali bin Bahram ini disebutkan boigrafinya oleh Imam al-Khathib al-Baghdadi dalam Tarikhnya 11/353, bahawa beliau memiliki beberapa murid, namun tidak disebutkan jarh mahupun ta’dil kepadanya, sehingga dikategorikan sebagai perawi majhul hal.

 

Abdul Malik bin Abi Kariimah, ditsiqahkan oleh beberapa ulama, seperti Abu Thahir ibnu Sarah, Abu al-Arab dan Imam Ahmad bin Abi Khalid

 

Abdul Malik bin Abdul Aziz ibnu Juraij, perawi tsiqah yang mudallis, dan disini beliau meriwayatkan dengan sighat tadlis (‘an’anah).

 

‘Atha’ bin Abi Rabah salah satu Aimah Tabi’in yang masyhur.

 

 

Kesimpulan :

 

Namun barangkali hadithnya Bakr ini, dapat dikuatkan dengan hadithnya Jabir ra kerana perawi yang majhul hal dapat digunakan sebagai penguat, sehingga minimalnya dengan saling menguatkan ini, hadithnya menjadi hasan.

 

Dihasankan oleh Syeikh Al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 426, 906 dan dalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib no. 2623.

 

Syeikh Al-Albani mengatakan bahawa sanad hadith ini lemah, namun hadith ini mempunyai syahid yang menguatkannya. Syeikh Al-Albani dalam Silsilah hadith Sahih telah melakukan takhrij hadith dalam bab ini. Di no. 426 dengan lafaz : “sebaik-sebaik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lainnya”. Dan di no. 906 dengan lafaz : “yang paling dicintai Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain”. Syeikh al-Albani menghasankan semua lafaz diatas berdasarkan baik sangka kepada Bakr bin Khunais dan penguat dari jalan lainnya, sebagaimana disebutkan diatas.

 

Selain Syeikh al-Albani yang menghasankan hadith ini, as-Sakhawi dalam Maqasid al-Hasanah no. 515 juga menguatkan hadith ini, begitu juga Syaikh Bari’ Irfan Taufik dalam Kunuzus Sunnah Nabawiyyah hal. 98, 171 menghasankan hadith ini. Asy-Syaikh Dr. Abdullah al-Faqih juga menyetujui penghasanan Syeikh al-Albani dalam beberapa fatwanya (Fatwa Syabakah Islamiyah no. 111512 dan artikel lainnya dalam laman fatwa tersebut).

 

Kerana terdapat lagi satu riwayat penguat:

 

Dalam riwayat al-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath no. 5541 lainnya, Abu Nu’aim dalam Hilyatul Auliya’ 2/102, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 7048 dari Ibnu Mas’ud ra, al-Baihaqi mendhaifkan sanad hadith ini, tetap dikuatkan oleh al-Ajluni dalam Kasyaful Khafa’ 1/457 dengan redaksi berikut:

 

الخلق كلهم عيال الله. فأحب الخلق إلى الله من أحسن إلى عياله

 

Ciptaan, semua mereka (itu) adalah keluarga Allah swt. maka ciptaan yang paling dicintai oleh Allah adalah mereka yang berbuat baik pada keluarganya.

 

Mengutip pendapat al-‘Askari, bahawa ungkapan keluarga merupakan metafora dan menjadi luas maknanya seolah Allah swt menjamin rezeki hamba-hambaNya dan mencukupi bagi mereka, maka ciptaan tersebut seperti keluarga bagi-Nya. Dari tiga riwayat tersebut dapat diambil kandungannya iaitu semua manusia adalah satu keluarga, dan mereka yang paling dicintai oleh Allah swt adalah mereka yang paling bermanfaat dengan cara berbuat baik pada sesama manusia yang tak lain adalah keluarganya sendiri. (Kashyful Khafa’ 1/432).

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 254247, 333570

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 111512

 

https://al-maktaba.org/book/31621/18783

 

https://www.islamweb.net/ar/article/227623/%D8%AE%D9%8A%D8%B1-%D8%A7%D9%84%D9%86%D8%A7%D8%B3-%D8%A3%D9%86%D9%81%D8%B9%D9%87%D9%85-%D9%84%D9%84%D9%86%D8%A7%D8%B3

 

https://www.alukah.net/sharia/0/127972/%D9%85%D9%86-%D9%87%D9%85-%D8%AE%D9%8A%D8%B1-%D8%A7%D9%84%D9%86%D8%A7%D8%B3-%D8%B9%D9%86%D8%AF-%D8%A7%D9%84%D9%84%D9%87-%D9%88%D8%A3%D8%AD%D8%A8%D9%87%D9%85-%D8%A5%D9%84%D9%8A%D9%87%D8%9F/

 

https://al-maktaba.org/book/1811/172

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...