Thursday, 2 June 2022

Hadith-hadith seputar kelebihan umrah

 

 

1.       MENJADI TETAMU ALLAH

 

وفدُ اللهِ ثلاثةٌ الحاجُّ والمعتمِرُ والغازي

 

Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang (HR. Nasaie no. 2625, Ibnu Hibban no. 3692, Ibnu KHuzaimah no. 2511, daripada Abu Hurairah ra, sahih al-Arnauth, al-Albani).

 

2.       PAHALA DAN GANJARAN DILIPATGANDAKAN

 

 

الحاج والمعتمر وفد الله، ان سألوه أعطاهم، وإن دعوه أجابهم، وان شفعوا شفعهم وان سكتوا ابتدأهم، ويعوضون بالدرهم الف ألف درهم

 

 

Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada' di Mekah : "Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham" (HR. al-Fakihi dalam Akhbar Makkah 1/418 no. 907, dhaif, sanadnya matruk kerana terdapat perawi yang dituduh dusta oleh Yahya bin Main iaitu Abdurahim bin Ziyad).

 

Terdapat hadith yang semakna dengan hadith di atas dari Anas ra:

 

الحُجّاجُ والعُمّارُ وَفْدُ اللهِ، يُعطِيهم ما سأَلوا، ويستجيبُ لهم ما دَعَوْا، ويُخلِفُ عليهم ما أنفَقوا، الدِّرهمَ ألفَ ألفٍ

 

Orang-orang yang menunaikan haji dan umrah adalah tetamu Allah Azza wa Jalla, Allah memberikan mereka apa yang mereka minta, dan memakbulkan bagi mereka apa yang mereka pinta, dan menggantikan mereka apa yang telah mereka infaqkan, dengan ganjaran seribu kali ganda bagi setiap dirham (HR. al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 3810, hadith munkar menurut Syeikh al-Albani no. 6574 dan Syeikh Manshur bin Hasan Salman dalam Silsilah Hadith Dhaif wal Maudhuah Mujarradah an al-Takhrij no. 3892, 8020).

 

Terdapat juga hadith dari Ibnu Umar, Amru nin Syuaib dari ayah dari datuknya, dari Jabir, kesemuanya dhaif (Dhaif Jami’ no. 2765).

 

Yang lebih baik sikit kualitinya adalah:

 

 

اَلْغَازِي فِيْ سَبِيْلِ اللهِ وَالْحَاجُّ وَالْمُعْتَمِرُ، وَفْدُ اللهِ، دَعَاهُمْ فَأَجَابُوهُ. وَسَأَلُوهُ فَأَعْطَاهُمْ

 

Orang yang berperang di jalan Allah dan orang yang menunaikan haji dan umrah, adalah delegasi Allah. (ketika) Allah menyeru mereka, maka mereka memenuhi panggilanNya. Dan (ketika) mereka meminta kepada-Nya, maka Allah mengabulkan (pemintaan mereka) (HR. Ibnu Majah no. 2893,Ibnu Hibban no. 4613, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 13556, daripada Ibnu Umar ra, sahih as-Suyuthi dan dihasankan oleh Syeikh al-Albani)

 

 

3.       TIDAK DIHISAB JIKA MENINGGAL DUNIA SEMASA MENUNAIKAN UMRAH

 

مَنْ مَاتَ فِيْ هَذَا الْوَجْهِ مِنْ حَاجٍّ أَوْ مُعْتَمِرٍ ، لَمْ يُعْرَضْ وَ لَمْ يُحَاسَبْ ، وَ قِيْلَ لَهُ ادْخُلِ الْجَنَّةَ  .

 

Barang siapa meninggal dunia (pada waktu) melaksanakan Ibadah haji atau umrah, maka dia tidak akan dimintai pertanggungjawaban atas perbuatannya dan tidak akan dihisab dan dikatakan kepadanya: “Masuklah ke dalam syurga” (HR. ad-Daruquthni no. 288, Abu Ya’la dalam Musnadnya no. 4708, al-‘Uqaili dalam adh-Dhuafa‘ 3/310, Ibnu ‘Adi dalam al-Kamil, 5/354 dari Aisyah ra, hadith munkar. Pada sanadnya terdapat perawi bernama A’idz bin Nushair. Dia  munkarulhadits  sebagaimana yang dikatakan oleh al-‘Uqaili rahimahullah. Ibnu Ma’in rahimahullah juga berkata: “Dia telah meriwayatkan hadith-hadith munkar”. [Silsilah Hadith Dhaif 5/186 no. 2187].

 

 

 

4.       PAHALA UMRAH BULAN RAMADHAN MENYAMAI IBADAH HAJI

 

 

فَإِذَا كَانَ رَمَضَانُ اعْتَمِرِى فِيهِ فَإِنَّ عُمْرَةً فِى رَمَضَانَ حَجَّةٌ

 

Jika Ramadhan tiba, berumrahlah saat itu kerana umrah Ramadhan senilai dengan haji  (HR. Bukhari no. 1863 dan Muslim no. 1256, daripada Ibnu Abbas ra).

 

Dalam lafaz Muslim disebutkan:

 

فَإِنَّ عُمْرَةً فِيهِ تَعْدِلُ حَجَّةً

 

Umrah pada bulan Ramadhan senilai dengan haji (HR. Muslim)

 

Dalam lafaz Bukhari yang lain disebutkan,

 

فَإِنَّ عُمْرَةً فِى رَمَضَانَ تَقْضِى حَجَّةً مَعِى

 

Sesungguhnya umrah di bulan Ramadhan seperti berhaji bersamaku (HR. Bukhari).

 

5.       MENGHILANGKAN DOSA DAN KEFAKIRAN

 

تَابِعُوا بين الحجِّ والعمرةِ ، فإنَّهما ينفيانِ الفقرَ والذنوبَ ، كما يَنفي الكيرُ خَبَثَ الحديدِ والذهبِ والفضةِ ، وليس للحجةِ المبرورةِ ثوابٌ إلا الجنةُ

 

Iringilah ibadah haji dengan (memperbanyak) ibadah umrah (berikutnya), kerana sesungguhnya keduanya dapat menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa sebagaimana alat peniup besi panas menghilangkan karat pada besi, emas dan perak. Dan tidak ada (balasan) bagi (pelaku) haji yang mabrur melainkan syurga” [HR. at-Tirmidzi no. 810, dan an-Nasaie no. 2631, dan Ahmad 1/387, daripada Ibnu Mas’ud ra, hasan sahih gharib menurut at-Tirmidzi, hasan sahih al-Albani).

 

 

 

6.       DIWAJIBKAN WALAUPUN SEKALI (JIKA MAMPU)

 

Umrah juga diwajibkan atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak diwajibkan menunaikan umrah hanya ibadah haji sahaja. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah: 196 yang bermaksud :

 

 

وَأَتِمُّواْ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلّهِ

 

Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah

 

وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ – رضى الله عنهما – إِنَّهَا لَقَرِينَتُهَا فِى كِتَابِ اللَّهِ ( وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ )

 

Abdullah bin Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata: “Sesungguhnya umrah benar-benar merupakan temannnya haji di dalam Al-Quran iaitu firman Allah yang ertinya: “Dan sempurnakanlah haji dan umrah hanya untuk Allah”. (HR. Bukhari 3/597 no. 1773)

 

Begitu juga daripada Ibnu Umar RA yang berkata :

 

لَيْسَ أَحَدٌ إِلاَّ وَ عَلَيْهِ حَجَّةٌ وَ عُمْرَةٌ

 

Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah (HR. Bukhari 3/597 no. 1773)

 

 

7.       PENGHAPUSAN DOSA

 

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: العمرةُ إلى العمرةِ كفَّارَةٌ لمَا بينَهمَا ، والحجُّ المبرورُ ليسَ لهُ جزاءٌ إلا الجنَّةُ

 

Rasululluh SAW telah bersabda, Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga (HR. Bukhari no. 1773 dan Muslim no. 1349).

 

8.       PAHALA JIHAD

 

Aisyah ra berkata,

 

قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ عَلَى النِّسَاءِ جِهَادٌ قَالَ « نَعَمْ عَلَيْهِنَّ جِهَادٌ لاَ قِتَالَ فِيهِ الْحَجُّ وَالْعُمْرَةُ

 

Wahai Rasulullah, apakah wanita juga wajib berjihad?” Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Iya. Dia wajib berjihad tanpa ada peperangan di dalamnya, IAitu dengan haji dan ‘umrAh.” (HR. Ibnu Majah no. 2901, sahih Al-Albani).

 

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...