Hadith
Sabda Nabi shallallahu alaih wa
sallam,
مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ
حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ
حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ , تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ
(رواه الترمذي، رقم 586)
Siapa yang solat Subuh berjemaah,
kemudian duduk berzikir kepada Allah hingga matahari terbit, kemudian duduk dua
rakaat, maka baginya pahala bagaikan pahala haji dan umrah, sempurna, sempurna
dan sempurna." (HR. Tirmizi, no. 586)
Hadith ini diperdebatkan
kesahihannya. Sebahagian ulama menyatakan dhaif, sedangkan yang lain menyatakan
hasan. Di antara yang menyatakan hasan adalah Syekh Al-Albani rahimahullah
dalam Sahih Sunan Tirmidzi.
Syekh Ibn Baz rahimahullah
berkata, "Hadith ini memiliki banyak jalur periwayatan yang wajar, maka
kami menganggapnya sebagai hadith hasan lighairihi. Maka sklat ini disunahkan
setelah matahari terbit dan telah meninggi seukuran tombak. Atau sekitar
sepertiga atau seperempat jam kurang lebih setelah terbit (Fatawa Syeikh Ibn
Baz 25/171)
Pahala
Bagi lelaki, yang kuat dia
berjemaah duduk di masjid lalu solat, baru dapat keutamaan tersebut.
Adapun bagi wanita, dia pun
mendapatkannya menurut Ibn Baz walaupun dia solat dirumahnya bersama wanita
lain dan anaknya.
Nilai pahala
Menurut Syeikh Ibn Utsaimin,
Pertama, bahawa hadith ini
dipertentangkan kesahihannya. Banyak ulama hadith yang menyatakan dhaif.
Kedua: Kalaupun hadith ini
dianggap sahih, maka pahala tidak dapat dibanding-bandingkan. Seseorang dapat
saja diberi pahala besar atas amalan yang sedikit. Kerana pahala merupakan
keutamaan Allah Azza wa Jalla, Dia memberikannya kepada siapa yang Dia
kehendaki (Al-Liqa Asy-Syahri 74/22).
Maka, bukan maksudnya bahawa
orang yang telah melakukan hal itu dia telah menunaikan haji dan telah gugur
kewajipannya.
Cuma ia satu bentuk motivasi
supaya kita suka beramal:
Dikenali sebuah perkataan ulama
dalam bab ini,
المشابهة في الجزاء ، لا في الإجزاء .
Keserupaan dalam balasan, bukan
dalam keabsahan.
Yang dimaksudkan hadith ini
adalah dorongan untuk berzikir kepada Allah Ta'ala serta duduk di masjid hingga
matahari terbit dan menunaikan solat dua rakaat setelah itu.
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 95782
Fatwa Syabakah Islamiyah no.
135418
No comments:
Post a Comment