Daripada Abu Hurairah RA, bahawa
Nabi SAW bersabda:
مَنْ عُمِّرَ سِتِّينَ سَنَةً، أَوْ سَبْعِينَ سَنَةً، فَقَدْ عُذِرَ
إِلَيْهِ فِي الْعُمُرِ
Sesiapa yang sampai usianya 60
tahun atau 70 tahun, maka Allah tidak menerima alasam disebabkan umurnya itu [HR.
Bukhari no. 6419, Ahmad no. 9251]
Imam al-Hafiz Ibn Hajar
al-Asqalani ketika mensyarahkan hadith ini berkata, makna hadith tersebut
adalah tidak berbaki lagi keuzuran (tidak menerima alasan) bagi sesiapa yang
telah dipanjangkan usianya oleh Allah SWt seperti mereka berkata “jika Allah
memanjangkan usia aku pasti aku melakukan apa yang telah diperintahkan.”
Dihilangkan keuzuran (tidak diterima alasan) tersebut adalah kerana seseorang
itu telah mencapai penghujung kepada keuzuran dan mereka juga mampu untuk
melakukannya di samping tiada lagi keuzuran buatnya untuk meninggalkan ketaatan
kerana mereka mampu untuk melakukannya apabila dikurniakan usia yang
sedemikian. Maka, tidak layak seseorang itu ketika berada pada usia sedemikian
menyibukkan diri mereka melainkan pada perkara seperti istighfar (memohon ampun
kepada Allah), melakukan ketaatan dan juga mempersiapkan diri sepenuhnya untuk
menghadapi hari Akhirat. [Fathul Bari 11/240]
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa
Nabi SAW bersabda:
مَنْ أَتَتْ عَلَيْهِ سِتُّونَ سَنَةً، فَقَدْ أَعْذَرَ اللهُ إِلَيْهِ فِي
الْعُمُرِ
Sesiapa yang sampai usianya 60
tahun, maka Allah tidak menerima alasan disebabkan umurnya itu [HR. Ahmad no.
8262, sanadnya adalah kuat menurut Syeikh al-Arnauth dan riwayat ini dijadikan
sebagai syawahid (sokongan kepada hadith lain) oleh Imam Muslim]
Dikatakan bahawa Nabi SAW
bersabda:
سَأَلْتُ اللهَ فِي أَبْنَاءِ الأَرْبَعِيْنَ مِنْ أُمَّتِيْ، فَقَالَ: يَا
مُحَمَّدُ قَدْ غَفَرْتُ لَهُمْ. قُلْتُ : فَأَبْنَاءِ الخَمْسِيْنَ؟ قَالَ إِنِّي
قَدْ غَفَرْتُ لَهُمْ. قُلْتُ: فَأَبْنَاءِ السِّتِّيْنَ؟ قَالَ: قَدْ غَفَرْتُ
لَهُمْ
Aku telah meminta (keampunan)
kepada Allah terhadap anak-anak yang berumur 40 tahun daripada umatku.” Maka
Allah berfirman: “Wahai Muhammad, aku telah ampunkan mereka.” Aku berkata lagi:
“Adakah untuk yang berumur 50 tahun juga.” Allah berfirman lagi: “Aku telah
mengampunkan mereka semua.” Aku berkata sekali lagi: “Adakah untuk yang berumur
60 tahun juga.” Allah berfirman lagi: “Aku telah mengampunkan mereka semua.”[HR.
Ibnu Hibban dan ad-Dailami seperti mana disebutkan oleh al-Munawi dalam Faidhul
Qadir 4/100 no. 4600, daripada Aisyah ra. Juga dinukilkan oleh as-Suyuthi dalam
Jamius Saghir no. 4600 dan didhaifkan oleh pengarang Sirajul Munir Syarah
Jamius Saghir 3/205 dan juga Syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami’ no. 3217].
Selain itu, Syeikh Ali bin Hasan
bin Ali al-Halabi meletakkan riwayat ini di dalam kumpulan hadith-hadith dhaif
dan palsu. [Mausu’ah al-Ahadith wa al-Athar al-Dha’ifah wa al-Mawdhu’ah 5/200]
No comments:
Post a Comment