1. Hadith Musnad
Ahmad
عن أنس قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إن أعمالكم تعرض على أقاربكم
وعشايركم من الأموات فإن كان خيرا استبشروا وإن كان غير ذلك قالوا اللهم لا تمتهم
حتى تهديهم كما هديتنا. رواه أحمد
Dari Anas bahawa
Rasulullah SAW bersabda: Sungguh amal kalian disampaikan kepada kerabat dan
kawan yang telah mati. Jika amal baik, maka mereka bahagia. Jika tidak baik,
maka mereka berdoa: Ya Allah jangan matikan mereka sebelum Engkau beri hidayah
kepada mereka seperti Engkau memberi hidayah kepada kami. (HR. Ahmad,
al-Haithami berkata dalam Majma Zawaid 2/331: terdapat perawi yang tidak
dikenali).
ada lagi hadith yang menguatkan:
2. Hadith Thabarani
وإن أعمالكم تعرض على أقاربكم وعشائركم فإن كان خيراً فرحوا واستبشروا
وقالوا اللهم هذا اللهم ألهمه عملا صالحا ترضى به عنه وتقربه إليك. رواه الطبراني
Sungguh amal kalian disampaikan
pada keluarga dan kawan. Jika amal baik, maka mereka bahagia. Kata mereka: Ya
Allah beri ilham padanya amal soleh yang Engkau redhai. (HR. Thabarani)
Bila ada yang meragukan hadith di
atas kerana di dalamnya ada perawi bernama Maslamah bin Ali yang dianggap dhaif
(Majma Zawaid 2/330), berikut masih ada hadith lain:
3. Hadith Ibnu
Mubarak
فيعرض عليهم أعمالهم ، فإذا رأوا حسنا فرحوا و استبشروا ، و قالوا : هذه
نعمتك على عبدك فأتمها ، و إن رأوا سوءا قالوا : اللهم راجع بعبدك " . أخرجه
عبد الله بن المبارك في " الزهد "
Lalu amal mereka diberi tahukan
(kepada ahli kubur). Jika dilihat amal baik, maka mereka bahagia dan berkata:
Ini adalah nikmat Mu untuk hamba-Mu, maka sempurnakanlah.. Jika amal buruk
mereka berkata: Ya Allah kembalikan hamba-Mu. (HR. Ibnul Mubarak dalam Az-Zuhd
no. 443, sahih mauquf saja menurut Syeikh al-Albani)
Dan Ibnu Adi dalam
al-Kamil 4/311 terdapat perawi yang tidak boleh ditulis haditnya iaitu Salam
al-Thawil.
Bahkan status
hadithnya menurut Syeikh Albani adalah sahih.
و بالجملة فالحديث صحيح كما قال السيوطي بهذه الشواهد و الله أعلم (السلسلة
الصحيحة ج 6 / ص 127)
Syeikh Al-Albani berkata: Secara
keseluruhan haditth ini adalah sahih dengan berbagai hadith penguatnya seperti
dikatakan oleh As-Suyuthi. (Silsilah Hadith Sahihah 6/127)
No comments:
Post a Comment