Friday, 23 September 2022

Hadith orang miskin masuk syurga lebih awal dari orang kaya

 

 

Dari Abdullah bin Amr bin Ash radhiyallahu ‘anhuma,

 

إِنَّ فُقَرَاءَ الْمُهَاجِرِينَ يَسْبِقُونَ الأَغْنِيَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِلَى الْجَنَّةِ بِأَرْبَعِينَ خَرِيفًا

 

Sesungguhnya kaum muhajirin yang miskin, mereka mendahului masuk syurga pada hari kiamat, 40 tahun sebelum orang kaya (HR. Ahmad no. 6735, Muslim no. 7654, dan Ibnu Hibban no. 678).

 

عن عبد الله بن عمر قال اشتكى فقراء المهاجرين إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم ما فضل الله به عليهم أغنياءهم فقال يا معشر الفقراء ألا أبشركم أن فقراء المؤمنين يدخلون الجنة قبل أغنيائهم بنصف يوم خمس مائة عام

 

Dari Abdullah bin Umar RA, ia bercerita, orang-orang miskin dari kalangan muhajirin mengadu kepada Rasulullah atas kelebihan yang Allah anugerahkan kepada orang-orang beriman yang kaya. Rasulullah bersabda, ‘Wahai orang-orang miskin, mahukah kuberikan khabar gembira kepada kalian? Sungguh, Orang-orang beriman yang fakir kelak akan masuk syurga terlebih dahulu setengah hari yang setara 500 tahun lamanya daripada orang kaya,’” (HR. Ibnu Majah no. 4124, sanadnya dhaif).

 

 

Dalam hadith lain, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 

يَدْخُلُ فُقَرَاءُ الْمُسْلِمِينَ الْجَنَّةَ قَبْلَ أَغْنِيَائِهِمْ بِنِصْفِ يَوْمٍ، وَهُوَ خَمْسُ مِائَةِ عَامٍ

 

Orang muslim yang miskin akan masuk syurga sebelum orang muslim yang kaya dengan selisih setengah hari, yang itu setara dengan 500 tahun.” (HR. Ahmad no. 8521, Tirmidzi no. 2528, dan dihasankan Syuaib al-Arnauth).

 

Dan hadith-hadith ini tidaklah bertentangan. Al-Qurthubi memahaminya bahawa perbezaan ini kembali kepada perbezaan keadaan orang miskin dan orang kaya yang berkaitan. Jika persaingan itu terjadi antara sesama Muhajirin, beza jarak masuk syurga antara miskin dan kaya kira-kira 40 tahun. Sementara selain Muhajirin, setengah hari di waktu kiamat, sepadan dengan 500 tahun. (at-Tadzkirah hal. 548).

 

Berikut adalah penjelasan Imam An-Nawawi perihal kriteria orang miskin yang masuk syurga lebih dahulu daripada orang-orang kaya.

 

 هم المحتاجون الذين ليس لهم كفايتهم وليسوا مرتكبين كبيرة من المعاصي هذا ما ظهر لنا

 

 Mereka yang berhajat pada sesuatu namun tidak dapat memenuhi keperluannya dan mereka tidak mengerjakan salah satu dosa besar dari sekian banyak maksiat. Ini (sifat orang miskin yang dimaksudkan) yang jelas pada kami (Fatawa Imam An-Nawawi hal. 63, DKI).

 

Orang miskin yang dimaksudkan, adalah mereka yang tidak memiliki kapasiti untuk memenuhi keperluan hidupnya. Namun demikian, mereka juga bersabar dan tidak melakukan dosa besar atau maksiat-maksiat berat lainnya baik zahir mahupun batin.  

 

Jadi bukan semata-mata fakir dan miskin, tetapi mereka yang tidak pesimis dan putus asa serta tidak menghalalkan segala cara untuk mengatasi keterbatasannya. Di samping itu, mereka adalah orang yang menjaga keimanan dan martabatnya.

 

 

Dan tempoh hisab manusia di akhirat itu berkadaran dengan jumlah harta yang dia ada, kerana setiap inci yang dia ada pasti akan ditanya:

 

Perkara ini ada disebut oleh Abu Barzah Al-Aslamiy RA yang berkata, Baginda SAW bersabda:

 

لاَ تَزُوْلُ قَدَمَا العَبْدِ يَوْمَ القِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمْرِهِ فِيْمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ عِلْمِهِ فيمَا عَمِلَ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيْمَا أَنْفَقَهُ وَعَنْ جَسَدِهِ فِيْمَا أَبْلاَهُ

 

Tidak akan bergeser kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehigga ia ditanya tentang umurnya, untuk apa ia habiskan, tentang ilmunya, iaitu apa yang telah ia perbuat dan tentang hartanya, dari mana ia dapatkannya dan ke mana ia belanjakannya serta mengenai anggota badannya yang telah digunakan (HR. Tirmidzi no. 2417, sahih al-Albani)

 

 

Hasan al-Bashri rah mengatakan,

 

ما من أحد إلا ولله عليه تبعة في نعمه غير سليمان بن داود عليه السلام فإنه قال: (هذا عطاؤنا .. ) الآية

 

Setiap kekayaan manusia, Allah berhak untuk menghisab kenikmatan yang dia miliki, kecuali Sulaiman bin Daud ‘alaihis salam. Kerana Allah menegaskan, “Inilah anugerah Kami…” (sampai akhir ayat)..(Tafsir Qurthubi 15/204).

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...