Matan hadith
يا معاذُ قلتُ له: لبَّيك بأبي أنت وأمي، قال: إني مُحَدِّثُك حديثًا إن
أنت حفظتَه نفعَك وإن أنت ضيَّعْتَه ولم تحفظْه انقطعَتْ حُجَّتُك عند اللهِ يومَ
القيامةِ، يا معاذُ ! إنّ اللهَ خلق سبعةَ أملاكٍ، قبل أن يخلق السمواتِ والأرضَ،
ثم خلق السمواتِ، فجعل لكلِّ سماءٍ من السبعةِ ملَكًا بوّابًا عليها، قد جلَّلها
عَظْمًا، فتصعد الحفَظَةُ بعمل العبدِ، من حين أصبح إلى أن أمسى، له نورٌ كنور
الشمسِ، حتى إذا صعِدَت به إلى السماءِ الدنيا ذكَرتْه فكثَّرَته، فيقول الملَكُ
للحفَظةِ: اضربوا بهذا العمل وجه صاحبِه، أنا صاحبُ الغِيبةِ، أمرني ربي أن لا
أدَعَ عملَ من اغتاب الناسَ يجاوزني إلى غيري. قال: ثم تأتي الحفَظةُ بعملٍ صالحٍ
من أعمال العبدِ، فتمرُّ فتُزكِّيه وتُكثِّرُه، حتى تبلغَ به إلى السماءِ
الثانيةِ، فيقولُ لهم الملَكُ الموكَّلُ بالسماءِ الثانيةِ: قِفوا واضربوا بهذا
العمل وجهِ صاحبِه، إنه أراد بعمله هذا عَرَضَ الدنيا، أمرني ربي أن لا أدَعَ
عملَه يجاوزُني إلى غيري، إنه كان يفتخرُ على الناسِ في مجالسِهم قال: وتصعدُ
الحفَظةُ بعملِ العبدِ يبتهجُ نورًا من صدقةٍ وصيامٍ وصلاةٍ قد أعجب الحفَظةَ،
فتجاوز به السماءَ الثالثةَ، فيقول لهم الملَكُ الموكَّلُ بها: قِفوا واضربوا بهذا
العمل وجهَ صاحبِه، أنا ملَكُ الكِبرِ، أمرني ربي أن لا أدَع عملَه يجاوزُني إلى
غيري، إنه كان يتكبّرُ على الناسُ في مجالسِهم. قال: وتصعد الحفظَةُ بعمل العبدِ
يزهرُ كما يزهرُ الكوكبُ الدُّرِّيُّ، له دَويٌّ من تسبيحٍ وصلاةٍ وحجٍّ وعمرةٍ،
حتى يجاوزوا به إلى السماء الرابعةِ، فيقول لهم الملَكُ الموكَّلُ بها: قِفوا
واضربوا بهذا العملِ وجهَ صاحبِه، اضربوا ظهرَه وبطنَه، أنا صاحبُ العُجْبِ، أمرني
ربي أن لا أدعَ عملَه يجاوزُني إلى غيري، إنه كان إذا عمل عملًا أدخل العُجْبَ في
عملِه. قال: وتصعد الحفظةُ بعمل العبدِ حتى يجاوزوا به إلى السماءِ الخامسةِ، كأنه
العَروسُ المزفوفةُ إلى بَعْلِها، فيقول لهم الملَكُ الموكَّلُ بها: قِفوا واضربوا
بهذا العملِ وجهَ صاحبِه، واحمِلوه على عاتقِه، أنا ملَكُ الحسَدِ، إنه كان يحسدُ
الناسَ ممن يتعلمُ ويعملُ بمثلِ عملِه، وكلُّ من كان يأخذ فضلًا من العبادة
يحسدُهم ويقعُ فيهم، أمرني ربي أن لا أدَع عملَه يجاوزني إلى غيري. وتصعَدُ
الحفَظةُ بعمل العبدِ من صلاة وزكاةٍ وحجٍّ وغيرِه وصيامٍ فيجاوزون به السماءَ
السادسةَ فيقول لهم الملَكُ الموكَّلُ بها قِفوا واضربوا بهذا العملِ وجهَ صاحبِه
إن كان لا يرحم إنسانًا قطُّ من عبادِ اللهِ أصابه بلاءٌ أو ضُرٌّ بل كان يشمتُ به
أنا ملَكُ الرحمةِ أمرني ربي لا أدع عملَه يجاوزني إلى غيري قال: وتصعدُ الحفظةُ
بعملِ العبدِ إلى السماءِ السابعةِ، من صومٍ وصلاةٍ ونفقةٍ واجتهادٍ وورعٍ، له
دَويٌّ كدويِّ الرَّعدِ، وضوءٌ كضوءِ الشمسِ، معه ثلاثةُ آلافِ ملَكٍ، فيجاوزون به
إلى السماء السابعةِ: فيقول لهم الملَكُ الموكَّلُ بها: قِفوا واضرِبوا بهذا
العملِ وجهَ صاحبِه، اضربوا جوارحَه، اقفِلوا على قلبِه، إني أحجُبُ عن ربي كلَّ
عملٍ لم يُرِدْ به وجهَ ربي، إنه أراد بعمله غير اللهِ، إنه أراد به رِفعةً عند
الفُقهاءِ، وذكرًا عند العلماءِ، وصوتًا في المدائن، أمرني ربي أن لا أدع عملَه
يجاوزني إلى غيري، وكلُّ عملٍ لم يكن لله خالصًا فهو رياءٌ، ولا يقبل اللهُ عملَ
المُرائي. قال: وتصعد الحفظةُ بعمل العبدِ من صلاةٍ وزكاةٍ وصيامٍ وحجٍّ وعمرةٍ،
وخلُقٍ حسنٍ، وصمتٍ، وذكرٍ لله تعالى، وتُشَيِّعُه ملائكةُ السمواتِ حتى يقطعوا به
الحُجُبَ كلَّها إلى اللهِ ﷿، فيقِفون بين يدَيه، ويشهدون له بالعملِ الصالحِ المخلصِ لله، قال: فيقولُ اللهُ لهم: أنتم الحفَظةُ على عملِ عبدي، وأنا الرَّقيبُ على نفسه، إنه لم يُرِدْني بهذا العمل، وأراد به غيري،
فعليه لَعْنتي، فتقول الملائكةُ كلُّها: وعليه لعنَتُك ولعنتُنا وتقول السمواتُ
كلُّها: عليه لعنةُ اللهِ ولعنتُنا، وتلعنُه السمواتُ السبعُ ومن فيهنَّ، قال
معاذٌ: قلتُ: يا رسولَ اللهِ ! أنت رسولُ اللهِ وأنا معاذٌ. قال: اقْتَدِ بي، وإن
كان في عملِك تقصيرٌ، يا معاذُ ! حافِظْ على لسانِك من الوقيعةِ في إخوانك من
حملَةِ القرآنِ، واحمل ذنوبَك عليك، ولا تحملْها عليهم ولا تُزَكِّ نفسَك بذمِّهم،
ولا ترفعْ نفسَك عليهم، ولا تدخِلْ عملَ الدنيا في عملِ الآخرةِ، ولا تتكبَّرْ في
مجلسِك، لكي يحذرَ الناسُ من سوءِ خُلُقِك، ولا تُناجِ رجلًا وعندك آخرُ، ولا
تتعظَّمْ على الناسِ فينقطعَ عنك خيرُ الدنيا والآخرةِ، ولا تمزِّقِ الناسَ،
فتُمزِّقك كلابُ النّارِ يومَ القيامةِ في النّارِ، قال تعالى (والنّاشِطاتِ
نَشْطًا)، أتدري ما هنَّ يا معاذُ؟ قلتُ: ما هن بأبي أنت وأمي؟ قال: كلابٌ في
النّارِ، تنشطُ اللَّحمَ والعظمَ.
قلتُ: بأبي وأمي ! فمن يُطيقُ هذه الخصالَ، ومن ينجو منها؟ قال: يا معاذُ !
إنه لَيسيرٌ على من يسَّره اللهُ عليه. قال: فما رأيتَ أكثرَ تلاوةً للقرآنِ من
معاذٍ، للحذَرِ مما في هذا الحديثِ.
Terjemahan
Ibnu Mubarak menceritakan bahawa
Khalid bin Ma’dan berkata kepada Mu’adz, “Mohon Tuan ceritakan hadith
Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yang Tuan hafal dan yang Tuan anggap
paling berkesan. Hadith manakah menurut Tuan?
Jawab Mu’adz, “Baiklah, akan
kuceritakan.”
Selanjutnya, sebelum bercerita,
beliaupun menangis. Beliau berkata, “Hmm, Betapa rindunya diriku pada
Rasulullah, ingin rasanya diriku segera bertemu dengan beliau.”
Kata beliau selanjutnya, “Tatkala
aku menghadap Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, beliau menunggang unta
dan menyuruhku agar naik di belakang beliau. Kemudian berangkatlah kami dengan
berkenderaan unta itu. Selanjutnya beliau menadah ke langit dan bersabda:
Puji syukur ke hadrat Allah Yang
Berkehendak atas makhlukNya, ya Mu’adz!
Jawabku, “Ya Sayyidi l-Mursalin.”
Beliau kemudian berkata,
‘Sekarang aku akan mengisahkan satu cerita kepadamu. Apabila engkau
menghafalnya, cerita itu akan sangat berguna bagimu. Tetapi jika kau menganggapnya
remeh, maka kelak di hadapan Allah, engkau pun tidak akan mempunyai hujah
(argumen).
Hai Mu’adz! Sebelum menciptakan
langit dan bumi, Allah telah menciptakan tujuh malaikat. Pada setiap langit
terdapat seorang malaikat penjaga pintunya. Setiap pintu langit dijaga oleh
seorang malaikat, menurut darjat pintu itu dan keagungannya.
Dengan demikian, malaikat pulalah
yang memelihara amal si hamba. Suatu saat sang Malaikat pencatat membawa amalan
sang hamba ke langit dengan kemilau cahaya bak matahari.
Sesampainya pada langit tingkat
pertama, malaikat Hafadzah memuji amalan-amalan itu.
Tetapi setibanya pada pintu
langit pertama, malaikat penjaga berkata kepada malaikat Hafadzah:
“Tamparkan amal ini ke muka
pemiliknya. Aku adalah penjaga orang-orang yang suka mengumpat. Aku
diperintahkan agar menolak amalan orang yang suka mengumpat. Aku tidak
mengizinkan ia melewatiku untuk mencapai langit berikutnya!”
Keesokan harinya, kembali
malaikat Hafadzah naik ke langit membawa amal soleh yang berkilau, yang menurut
malaikat Hafadzah sangat banyak dan terpuji.
Sesampainya di langit kedua (ia
melepasi langit pertama, sebab pemiliknya bukan pengumpat), penjaga langit
kedua berkata, “Berhenti, dan tamparkan amalan itu ke muka pemiliknya. Sebab ia
beramal dengan mengharap dunia. Allah memerintahkan aku agar amalan ini tidak
sampai ke langit berikutnya.”
Maka para malaikatpun melaknat
orang itu.
Di hari berikutnya, kembali
malaikat Hafadzah naik ke langit membawa amalan seorang hamba yang sangat
memuaskan, penuh sedekah, puasa, dan berbagai kebaikan, yang oleh malaikat
Hafadzah dianggap sangat mulia dan terpuji.
Sesampainya di langit ketiga,
malaikat penjaga berkata:
“Berhenti! Tamparkan amal itu ke
wajah pemiliknya. Aku malaikat penjaga kibr (sombong). Allah memerintahkanku
agar amalan semacam ini tidak pintuku dan tidak sampai pada langit berikutnya.
Itu kerana salahnya sendiri, ia takbur di dalam majlis.”
Singkat kata, malaikat Hafadzah
pun naik ke langit membawa amal hamba lainnya. Amalan itu bersifat bak bintang
kejora, mengeluarkan suara gemuruh, penuh dengan tasbih, puasa, solat, ibadah
haji, dan umrah.
Sesampainya pada langit keempat,
malaikat penjaga langit berkata:
“Berhenti! Tamparkan amal itu ke
wajah pemiliknya. Aku adalah malaikat penjaga ujub (rasa bangga terhadap
kehebatan diri sendiri). Allah memerintahkanku agar amal ini tidak melewatiku.
Sebab amalnya selalu disertai ujub.”
Kembali malaikat Hafadzah naik ke
langit membawa amal hamba yang lain. Amalan itu sangat baik dan mulia, jihad,
ibadah haji, ibadah umrah, sehingga berkilauan bak matahari.
Sesampainya pada langit kelima,
malaikat penjaga mengatakan:
“Aku malaikat penjaga sifat
hasud(dengki). Meskipun amalannya bagus, tetapi ia suka hasud kepada orang lain
yang mendapat kenikmatan Allah swt. Bererti ia membenci yang meredhai, yakni
Allah. Aku diperintahkan Allah agar amalan semacam ini tidak melewati pintuku.”
Lagi, malaikat Hafadzah naik ke
langit membawa amal seorang hamba. Ia membawa amalan berupa wuduk yang
sempurna, solat yang banyak, puasa, haji, dan umrah.
Sesampai di langit keenam,
malaikat penjaga berkata:
“Aku malaikat penjaga rahmat.
Amal yang kelihatan bagus ini tamparkan ke mukanya. Selama hidup ia tidak
pernah mengasihani orang lain, bahkan apabila ada orang ditimpa musibah ia
merasa senang. Aku diperintahkan Allah agar amal ini tidak melewatiku, dan agar
tidak sampai ke langit berikutnya.”
Kembali malaikat Hafadzah naik ke
langit. Dan kali ini adalah langit ke tujuh. Ia membawa amalan yang tak kalah
baik dari yang lalu. Seperti sedekah, puasa, solat, jihad, dan warak. Suaranya
pun menggeledek bagaikan petir menyambar-nyambar, cahayanya bak kilat.
Tetapi sesampai pada langit ke
tujuh, malaikat penjaga berkata:
“Aku malaikat penjaga sum’at
(sifat ingin terkenal). Sesungguhnya pemilik amal ini menginginkan ketenaran
dalam setiap perkumpulan, menginginkan darjat tinggi di kala berkumpul dengan
kawan sebaya, ingin mendapatkan pengaruh dari para pemimpin. Aku diperintahkan
Allah agar amal ini tidak melewatiku dan sampai kepada yang lain. Sebab ibadah
yang tidak kerana Allah adalah riak. Allah tidak menerima ibadah orang-orang
yang riak.”
Kemudian malaikat Hafadzah naik
lagi ke langit membawa amal dan ibadah seorang hamba berupa solat, puasa, haji,
umrah, ahlak mulia, pendiam, suka berzikir kepada Allah. Dengan diiringi para
malaikat, malaikat Hafadzah sampai ke langit ketujuh hingga menembus
hijab-hijab (tabir) dan sampailah di hadapan Allah. Para malaikat itu berdiri
di hadapan Allah. Semua malaikat menyaksikan amal ibadah itu shahih, dan
diikhlaskan kerana Allah.
Kemudian Allah berfirman:
“Hai Hafadzah, malaikat pencatat
amal hambaKu, Aku-lah Yang Mengetahui isi hatinya. Ia beramal bukan untuk Aku,
tetapi diperuntukkan bagi selain Aku, bukan diniatkan dan diikhlaskan untukKu.
Aku lebih mengetahui daripada kalian. Aku laknat mereka yang telah menipu orang
lain dan juga menipu kalian (para malaikat Hafadzah). Tetapi Aku tidak tertipu
olehnya. Aku-lah Yang Maha Mengetahui hal-hal ghaib. Aku mengetahui segala isi
hatinya, dan yang samar tidaklah samar bagi-Ku. Setiap yang tersembunyi
tidaklah tersembunyi bagiKu.
PengetahuanKu atas segala sesuatu
yang telah terjadi sama dengan pengetahuanKu atas segala sesuatu yang belum
terjadi. PengetahuanKu atas segala sesuatu yang telah lewat sama dengan yang
akan datang. PengetahuanKu atas segala yang telah lewat sama dengan yang akan
datang.
PengetahuanKu atas orang-orang
terdahulu sama dengan pengetahuanKu atas orang-orang kemudian.
Aku lebih mengetahui atas sesuatu
yang samar dan rahsia. Bagaimana hambaKu dapat menipu dengan amalnya. Mereka
mungkin dapat menipu sesama makhluk, tetapi Aku Yang Mengetahui hal-hal yang
ghaib. Aku tetap melaknatnya…!”
Tujuh malaikat di antara tiga
ribu malaikat berkata, “Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat
kami atas mereka.”
Kemudian semua yang berada di
langit mengucapkan, “Tetaplah laknat Allah kepadanya, dan laknatnya orang-orang
yang melaknat.”‘
Sayyidina Mu’adz (yang
meriwayatkan hadith ini) kemudian menangis tersedu-sedu. Selanjutnya berkata,
“Ya Rasulallah, bagaimana aku boleh selamat dari semua yang baru engkau
ceritakan itu?”
Jawab Rasulullah, “Hai Mu’adz,
ikutilah Nabimu dalam masalah keyakinan.”
Tanyaku (Mu’adz), “Engkau adalah
Rasulullah, sedang aku hanyalah Mu’adz bin Jabal. Bagaimana aku boleh selamat
dan terlepas dari bahaya tersebut?”
Berkatalah Rasulullah sallAllahu
‘alayhi wasallam, “Memang begitulah, bila ada kelengahan dalam amal ibadahmu.
Kerana itu, jagalah mulutmu jangan sampai menburukkan orang lain, terutama
kepada sesama ulama. Ingatlah diri sendiri tatkala hendak menburukkan orang
lain, sehingga sedar bahawa dirimupun penuh aib.
Jangan menutupi kekurangan dan
kesalahanmu dengan menburukkan orang lain. Janganlah mengorbitkan dirimu dengan
menekan dan menjatuhkan orang lain. Jangan riak dalam beramal, dan jangan
mementingkan dunia dengan mengabaikan akhirat. Jangan bersikap kasar di dalam
majlis agar orang takut dengan keburukan akhlakmu. Jangan suka
mengungkit-ungkit kebaikan, dan jangan menghancurkan peribadi orang lain, kelak
engkau akan dirobek-robek dan dihancurkan anjing Jahanam, sebagaiman firman
Allah dalam surah An-Naziat ayat 2.”
Tanyaku selanjutnya, “Ya
Rasulallah, siapakah yang bakal menanggung penderitaan seberat itu?”
Jawab Rasulullah sallAllahu
‘alayhi wasallam, “Mu’adz, yang aku ceritakan tadi akan mudah bagi mereka yang
dimudahkan Allah. Engkau harus mencintai orang lain sebagaimana engkau
menyayangi dirimu. Dan bencilah terhadap suatu hal sebagaimana kau benci bila
itu menimpa dirimu. Jika demikian engkau akan selamat.”
Khalid bin Ma’dan meriwayatkan,
“Mu’adz sering membaca hadith ini seperti seringnya membaca al Quran, dan
mempelajari hadith ini sebagaimana mempelajari al Quran di dalam majlis.”
Takhrij
HR. Ibnu Hibban dalam al-Majruhin
2/217, Ibn Mubarak dalam al-Zuhd no. 452, Ibnu Jauzi dalam al-Maudhuat 2/339,
daripada Muadz ra.
Hadith palsu menurut Ibnu Jauzi.
Hadith palsu menurut al-Mundziri
dalam al-Targhib wa al-Tarhib 1/57.
Hadith palsu menurut Syeikh
al-Albani dalam Dhaif Targhib no. 27.
Hadith palsu menurut Fatwa
Syabakah Islamiyah no. 308665
No comments:
Post a Comment