Wednesday, 31 May 2023

Hadith mandi di antara dua azan di 10 malam terakhir Ramadhan

 

Matan hadith

 

كان رسول الله صلى الله عليه و سلم إذا كان رمضان قام و نام فإذا دخل العشر شد المئزر و اجتنب النساء و اغتسل بين الأذانين و جعل العشاء سحور

 

Terjemahan

 

Apabila datang Ramadhan, Rasulullah SAW solat dan tidur. Dan jika telah datang sepuluh hari terakhir, beliau mengikat sarungnya, menjauhi isteri-isterinya, mandi antara dua azan (maghrib dan isyak) dan mengakhirkan makan malamnya di waktu sahur

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Abi Asim sepertimana disebutkan Ibnu Rejab dalam Lathaif Ma’ arif hal. 189. Tanpa sanad lengkap.

 

Ibnu Rejab menilai sanad hadith ini muqarib, sejenis penilaian ta’dil baik kepada perawi hadith ataupun boleh juga kepada hadith tersebut (Fathul Mughits 2/114-116). Ini menunjukkan Ibnu Rejab tidak pasti akan hadith tersebut sama ada sahih atau dhaif.

 

Syeikh Yusuf Shabir dalam fatwanya, memngatakan beliau tidak berjaya mendapatkan sumber asal (sanad) hadith ini. Ini kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yang diperselisihkan iaitu Muslim bin Khalid az-Zinji. Padanya terdapat kritikan para ulama, manakala Yahya Ibn Main menilainya tsiqah dalam salah satu riwayat beliau mendhaifkan perawi tersebut (Sunan wal Ahkam 3/528).

 

Multaqa Ahlil Hadith 45/292 pula menilai sanad hadith ini dhaif.

 

Walaubagaimanapun seperti yang di nukilkan oleh Ibnu Jarir, para ulama salaf kebanyakannya menyukai amalan ini jika dilakukan semasa 10 hari terakhir Ramadhan seperti an-Nakhaie, Anas bin Malik, Ayyub as-Sakhtiyani, Thabit al-Bunani, Humaid at-Tawhil, Tamim ad-Dari (Lathaif Ma’arif hal. 189).

 

 

Rujukan

 

https://islamicportal.co.uk/performing-ghusl-after-maghrib-in-the-final-ten-nights-of-ramadan/

https://al-maktaba.org/book/31615/22294


No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...