1.
مَنْ أَحْيَا الليَالِيْ
الخَمْس ؛ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّة: لَيْلَةَ التَّرْوِيَةِ، وَلَيْلَةَ عَرَفَةَ،
وَلَيْلَةَ النَّحْرِ، وَلَيْلَةَ الْفِطْرِ، وَلَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ
Barangsiapa yang menghidupkan
lima malam maka dia akan masuk syurga, iaitu: malam tarwiyah (9 Zulhijjah),
malam ‘Arafah, malam aidiladha, malam aidilfitri dan malam pertengahan di bulan
Syaaban
Takhrij
HR. Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 43/93,
al-Asbahani dalam al-Qawam as-Sunnah, daripada Muadz bin Jabal ra seperti disebutkan
dalam al-Targhib wa al-Tarhib al-Mundziri 2/158 dan beliau menilainya dhaif,
al-Dimyathi menilai sanadnya parah dalam al-Mutjir Rabih no. 138, palsu menurut
syeikh al-Albani dalam Dhaif Targhib no. 667
2.
من أحيا الليالي
الأربع وجبت له الجنة ليلة التروية وليلة عرفة وليلة النحر وليلة الفطر
Barangsiapa menyemarakkan malam
yang empat, maka dia berhak masuk syurga: malam tarwiyah, malam wuquf di
Arafah. malam penyembelihan korban dan malam hari raya aidil Fitri
Takhrij
HR. Nashr aI-Maqdisi dalam
bahagian kitab al-Amah` 2/186, dengan sanad dari Suwaid bin Said, dari Abdur
Rahim bin Zaid al-Ammi, dari bapanya, dari Wahab bin Munabbah, dari Mu'adz bin
Jabal r.a.
Sanad riwayat ini palsu. Telah
diutarakan oleh as-Suyuthi dalam kitab al-Jami' as-Saghir, kemudian pensyarahnya
(al-Manawi) menyatakan, ”Hadith ini dinyatakan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam
Takhrij al-Adzkar sebagai hadith gharib (asing).
Sedangkan Abdur Rahim bin Zaid
ditinggalkan riwayatnya, dengan kata lain tidak diterima oleh jumhur ulama ahli
hadith.
No comments:
Post a Comment