Monday, 11 September 2023

Kisah Dhamrah bin Tsa'labah melihat Nabi saw secara jaga

 

 

Matan atsar

 

وعنه أنه أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: ادع الله لي بالشهادة، فقال النبي صلى الله عليه وسلم:

"اللهم حرم دم ابن ثعلبة على المشركين والكفار".

قال: فكنت أحمل في عرض القوم فيتراءى لي النبي صلى الله عليه وسلم خلفهم فقالوا: يا ابن ثعلبة إنك لتغرر وتحمل على القوم، فقال: إن النبي صلى الله عليه وسلم يتراءى لي خلفهم فأحمل عليهم حتى أقف عنده، ثم يتراءى لي أصحابي فأحمل حتى أكون مع أصحابي.

قال: فعمر زماناً طويلاً من دهره.

 

 

Terjemahan

 

Suatu ketika Abdullah bin Tsa’labah mendatangi Nabi dan berkata, ‘Doakan aku agar mati syahid’. Lalu Nabi berkata, ‘Ya Allah, sesungguhnya aku melindungi darah Ibnu Tsa’labah dari orang-orang musyrik dan kafir’. Dhamrah bin Tsa’labah berkata, ‘Tak jarang aku berperang melawan musuh ini sendirian, akan tetapi Nabi selalu menampakkan dirinya kepadaku di belakang mereka.’ Hal itu membuat teman-teman Ibnu Tsa’labah kehairanan dan bertanya, ‘Bukankah engkau menyerang mereka sendirian?’ Ia menjawab, ‘Sesungguhnya Nabi selalu menampakkan dirinya padaku di belakang para musuh. Lalu aku menyerang mereka sehingga aku berdiri di sisi Nabi.

 

Takhrij

 

AR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir 8/308 dan Musnad al-Shamiyyin 2/298 no. 1378.

 

al-Haithami dalam Majma Zawaid 9/382, no. 16022 berkata sanadnya hasan. Penilaian al-Haitsami ini dibantah oleh pentahqiq Musnad Musnad al-Shamiyyin 2/298, kerana terdapat perawi yang tidak dikenali, mudallis dan terdapat kritikan pada mereka.

 

Didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6388

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...