Kisah tular
Ada seorang wanita di Tarim yang
selalu melazimi berselawat dalam hidupnya sepanjang hari. Suatu hari wanita
tersebut meninggal dan kemudian di kuburkan. Anak dari wanita itu kemudian
bermimpi dengan ibunya. Dia melihat ibunya tinggal di sebuah singgasana.
Dia kemudian datang kepada ibunya
dan bertanya; " Wahai Ibu, bagaimana keadaan ibu setelah kematian dan
dikuburkan ?"
Ibunya menjawab :
" Aku dikuburkan. Aku
menunggu malaikat Munkar & Nakir yang sepatutnya datang. Aku menunggu 1 jam
2 jam hingga 5 jam, mereka tidak datang juga. Setelah 5 jam aku merasa kakiku
bergerak. Tiba-tiba aku boleh berdiri dan saat berdiri runtuhlah dinding-dinding
di kuburku. Kemudian aku melihat cahaya, bidadari-bidadari dan kebun-kebun yang
dipenuhi buah-buahan yang sangat banyak. Aku pergi ke bidadari-bidadari di
kebun tersebut dan bertanya,
" Dimanakan Malaikat Munkar
& Nakir? Mengapa mereka tidak datang kepadaku ? "
Para bidadari menjawab;
" Mereka tidak akan datang
kepadamu."
Aku bertanya lagi;
" Mengapa? "
Kerana engkau sudah di syurga.
Ini adalah syurga. Ini kerana selawat yang banyak yang engkau kirimkan kepada
Rasulullah ﷺ. Engkau tak didatangi mereka dan menyoalmu. " Jawab
bidadari-bidadari tersebut.
Takhrij
Kisah ini banyak disebutkan dalam
laman web indonesia yang pro habaib.
Malah hampir kesemua sumber yang
ditelaah menyatakan kisah ini adalah diceritakan oleh Habib Musa Kadzim bin
Ja'far al-Saggaf dan sebahagiannya menyatakan dari Habib Umar bin Muhammad bin
Salim bin Hafiz.
Petanda dusta yang jelas dalam
kisah ini adalah:
1- mimpi dijadikan hujah fadhilat
amal.
2- mayat boleh tahu dalam alam
barzakh sudah menunggu 1/2/5 jam
3- terdapat perbezaan dari sudut
kerangka zaman dan masa di antara alam dunia dan alam barzakh. Justeru apabila
roh seseorang itu keluar daripada alam dunia dan pergi ke alam barzakh, maka
dia terkeluar daripada kerangka perkiraan tempoh masa di dunia ini.
Hal ini berdasarkan firman Allah
SWT:
تَعْرُجُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ
مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ
Jalan para malaikat naik mengadap
Tuhan dalam sehari seperti lima puluh ribu tahun bagi orang yang berdosa kerana
banyak hintungan hisab (QS. al-Ma’arij: 4)
Rujukan
Al-Afkar no. 123
No comments:
Post a Comment