Matan hadith
رحم الله والدا أعان ولده على بره، قالوا: كيف يا رسول الله
؟ قال: يقبل إحسانه، ويتجاوز عن إساءته.
Terjemahan
Semoga Allah merahmati seorang
ayah yang membantu anaknya dalam berbuat baik. Para sahabat bertanya:
Bagaimanakah itu wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Iaitu dengan menerima
kebaikannya dan memaafkan keburukannya.
Takhrij
HR. ad-Dailami dalam Musnad
Firdaus no. 3216, Abu Syaikh dalam al-Tsawab sepertimana disebutkan as-Suyuthi
dalam Jamius Saghir 1/431, daripada Ali ra dan
Tambahan matan akhir ditemukan
dalam riwayat Ibn Wahab dalam Jami'ul
Ibn Wahab no. 137 daripada Atha' bin Abi Rabah ra.
As-Subki dalam Thabaqat
Syafieyyah 6/318 menyatakan hadith ini tidak ditemui sanadnya.
al-Iraqi mendhaifkan hadith ini
dalam Takhrij Ihya 2/272
Sanadnya dhaif menurut as-Sakhawi
dalam Maqasid al-Hasanah no. 269, begitu juga al-Ajluni dalam Kasyaful Khafa'
1/514
Dhaif menurut Syeikh al-Albani
dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 1946.
Juga dhaif menurut Syeikh Masyhur
bin Hasan al-Salman dalam Silsilah al-Ahadith Dhaifah wal Maudhuah Mujarradah
an al-Takhrij no. 977.
No comments:
Post a Comment