1. 1. Kiblat pertama umat Islam
عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ صَلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى بَيْتِ الْمَقْدِسِ سِتَّةَ عَشَرَ شَهْرًا
حَتَّى نَزَلَتْ الْآيَةُ الَّتِي فِي الْبَقَرَةِ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا
وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ…
Dari Al-Bara bin ‘Azib berkata,
“Saya solat bersama Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menghadap ke arah Baitul
Maqdis selama enam belas bulan, sampai turun ayat di dalam Surah Al-Baqarah wahaitsu
ma kuntum fawallau wujuhakum syatrah…” (HR. Bukhari no. 40, Muslim no. 525).
2. Masjid kedua dibina di
Baitulmaqdis
Pertanyaan Abu Dzar ra :
يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ مَسْجِدٍ وُضِعَ فِي الْأَرْضِ
أَوَّلُ قَالَ الْمَسْجِدُ الْحَرَامُ قَالَ قُلْتُ ثُمَّ أَيُّ قَالَ ثُمَّ الْمَسْجِدُ
الْأَقْصَى قَالَ أَبُو مُعَاوِيَةَ يَعْنِي بَيْتَ الْمَقْدِسِ قَالَ قُلْتُ كَمْ
بَيْنَهُمَا قَالَ أَرْبَعُونَ سَنَةً
Wahai Rasulullah, masjid apakah
yang pertama diletakkan oleh Allah di muka bumi?” Beliau bersabda, “Al-Masjid
Al-Haram”. Abu Dzar bertanya lagi, “Kemudian apa?”. Beliau bersabda, “Kemudian
Al-Masjid Al-Aqsa”. Berkata Abu Mu’awiyah “Yakni Baitul Maqdis” . Abu Dzar
bertanya lagi, “Berapa lama antara keduanya?”. Beliau menjawab, “Empat puluh
tahun”. (HR Ahmad no. 21383, sahih al-Arnauth).
3. Musafir ke Baitulmaqdis
(masjid al-Aqsa)
لاَ تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلاَّ إِلَى ثَلَاثَةِ مَسَاجِدَ
مَسْجِدِ الْحَرَامِ وَمَسْجِدِي هَذَا وَالْمَسْجِدِ الْأَقْصَ
Tidak dikerahkan melakukan suatu perjalanan
kecuali menuju tiga Masjid, iaitu Masjid Al-Haram (di Mekkah), dan Masjidku
(Masjid An-Nabawi di Madinah), dan Masjid Al-Aqsa (di
Palestina)”. (HR. Bukhari no. 1995 dan Muslim no. 827 dari
Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu).
4. Hadith yang menyebutkan solat
di Masjid Al-Aqsa lebih utama 1000 kali dibandingkan solat di masjid lain, iaitu
:
أَنَّ مَيْمُونَةَ مَوْلَاةَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَتْ يَا نَبِيَّ اللَّهِ أَفْتِنَا فِي بَيْتِ الْمَقْدِسِ فَقَالَ أَرْضُ
الْمَنْشَرِ وَالْمَحْشَرِ ائْتُوهُ فَصَلُّوا فِيهِ فَإِنَّ صَلَاةً فِيهِ كَأَلْفِ
صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ
Sesunggunya Maimunah pembantu
Nabi berkata, “Ya Nabiyallah, berilah kami fatwa tentang Baitul Maqdis”. Maka
Rasulullah menjawab, “Bumi tempat bertebaran dan tempat berkumpul. Datangilah
ia, maka solatlah di dalamnya, kerana sesungguhnya solat di dalamnya seperti
seribu kali solat dari solat di tempat lain”. (HR. Ahmad no. 27079, sahih
al-Arnauth).
5. Hadith yang menyebutkan bahawa
solat di Masjid Al-Aqsa lebih utama 500 kali dibandingkan solat di masjid lain,
iaitu :
الصلاة في المسجد الحرام بمائة ألف صلاة، والصلاة في مسجدي،
بألف صلاة، والصلاة في بيت المقدس بخمس مائة صلاة
”Solat di Masjidil Haram lebih
utama seratus ribu kali lipat daripada solat di masjid-masjid lainnya. Solat
di Masjid Nabawi lebih utama seribu kali lipat. Dan solat di Masjidil Aqsa
lebih utama lima ratus kali lipat.” (HR. al-Bazzar no. 4142, dari Abu Darda ra,
hasan al-Haithami dan al-Mundziri).
6. solat di Masjid Al-Aqsa lebih
utama 250 kali dibandingkan solat di masjid lain, iaitu :
تَذَاكَرْنَا وَ نَحْنُ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ: أَيُّهُمَا أَفْضَلُ, مَسْجِدُ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ أو مَسْجِدُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ ؟ فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ : صلاة في مَسْجِدِيْ هذا أَفْضَلُ مِنْ أَرْبَعِ صَلَوَاتٍ
فِيْهِ وَ لَنِعْمَ الْمُصَلَّى وَ لَيُوُشِكَنَّ أَنْ لاَ يَكُوْنَ لِلَّرَجُلِ مِثْلُ
شَطَنِ فَرَسِهِ مِنَ اْلأَرْضِ حَيْثُ يُرَى مِنْهُ بَيْتُ الْمَقْدِسِ خَيْرٌ لَهُ
مِنَ الدُّنْيَا جَمِيْعًا أَوْ قَالَ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَ مَا فِيْهَا .
Kami saling bertukar fikiran
tentang mana yang lebih utama, masjid Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam
atau Baitul Maqdis, sedangkan di sisi kami ada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi
Wasallam. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Satu solat di
masjidku lebih utama dari empat solat padanya, dan ia adalah tempat solat yang
baik. Dan hampir-hampir tiba masanya, seseorang memiliki tanah seukuran kekang
kudanya dari tempat itu terlihat Baitul Maqdis lebih baik baginya dari dunia
seluruhnya”, atau ,”lebih baik dari dunia seisinya”. (HR. At-Thabarani dalam
Mu’jam al-Awsath no. 6983 dan Al-Hakim no. 8777, sahih al-Hakim dan al-Albani).
7. Buraq ditunggang Nabi saw
hingga ke Baitulmaqdis.
Anas bin Malik Radhiyallahu
‘anhu, ia berkata, bahawa Rasulullah bersabda:
أُتِيتُ بِالْبُرَاقِ وَهُوَ دَابَّةٌ أَبْيَضُ طَوِيلٌ فَوْقَ
الْحِمَارِ وَدُونَ الْبَغْلِ يَضَعُ حَافِرَهُ عِنْدَ مُنْتَهَى طَرْفِهِ قَالَ فَرَكِبْتُهُ
حَتَّى أَتَيْتُ بَيْتَ الْمَقْدِسِ قَالَ فَرَبَطْتُهُ بِالْحَلْقَةِ الَّتِي يَرْبِطُ
بِهِ الْأَنْبِيَاءُ قَالَ ثُمَّ دَخَلْتُ الْمَسْجِدَ فَصَلَّيْتُ فِيهِ رَكْعَتَيْنِ
ثُمَّ خَرَجْتُ
Aku telah didatangi Buraq. Iaitu
seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keledai tetapi lebih
kecil dari keldai. Ia merendahkan tubuhnya sehingga perut buraq tersebut
mencapai hujungnya. Beliau bersabda lagi: “Maka aku segera menungganginya
sehingga sampai ke Baitul Maqdis. Beliau bersabda lagi: “Kemudian aku
mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi.
Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan solat sebanyak dua
rakaat. Setelah selesai aku terus keluar.” (HR Muslim no. 162).
8. Nabi Sulaiman bin Daud yang
pernah membangun kembali Baitul Maqdis sebagai tempat berdoa dan beribadah
kepada Allah.
أَنَّ سُلَيْمَانَ بْنَ دَاوُدَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
لَمَّا بَنَى بَيْتَ الْمَقْدِسِ سَأَلَ اللهَ – عَزَّ وَجَلَّ – خِلَالاً ثَلَاثَةً؛
سَأَلَ اللهَ – عَزَّ وَجَلَّ – : حُكْماً يُصَادِفُ حُكْمَهُ، فَأُوتِيَهُ، وَسَأَلَ
اللهَ – عَزَّ وَجَلَّ – مُلْكاً لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِهِ، فَأُوتِيَهُ،
وَسَأَلَ اللهَ – عَزَّ وَجَلَّ – حِيْنَ فَرَغَ مِنْ بِنَاءِ الْمَسْجِدِ أَنْ لَا
يَأْتِيَهُ أَحَدٌ لَا يَنْهَزُهُ إلَّا الصَّلَاةُ فِيْهِ أَنْ يُخْرِجَهُ مِنْ خَطِيْئَتِهِ
كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ (فِي رِوَايَةٍ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ
وَسَلَّمَ : أَمَّا اثْنَتَانِ فَقَدْ أُعْطِيَهُمَا وَأَرْجُو أَنْ يَكُوْنَ قَدْ
أُعطِيَ الثَّالِثَةَ(
Sesungguhnya ketika Nabi Sulaiman
bin Daud membangun kembali Baitul Maqdis, (ia) meminta kepada Allah ’azza wa
jalla tiga perkara. (Iaitu), meminta kepada Allah ’azza wa jalla agar (diberi
taufiq) dalam memutuskan hukum yang menepati hukum-Nya, lalu dikabulkan; dan
meminta kepada Allah ’azza wa jalla dianugerahi kerajaan yang tidak patut
diberikan kepada seseorang setelahnya, lalu dikabulkan; serta memohon kepada
Allah bila selesai membangun masjid, agar tidak ada seorangpun yang
berkeinginan solat di situ, kecuali agar dikeluarkan kesalahannya seperti hari
ia dilahirkan oleh ibunya (dalam riwayat lain : Lalu
Nabi shallallaahu ’alaihi wasallam bersabda : ”Adapun yang
kedua, maka telah diberikan. Dan aku berharap, yang ketiga pun dikabulkan)”.
(HR. An-Nasaie no. 693, daripada Abudllah bin ‘Amru ra, sahih al-Albani dan al-Wadi’ie).
9. Nabi saw melihat Nabi Musa as
di Baitulmaqdis, disebutkan :
رأيت ليلة أسري بي موسى، رجلا آدم، طوالا جعدا، كأنه من رجال
شنوءة، ورأيت عيسى رجلا مربوعا، مربوع الخلق إلى الحمرة والبياض، سبط الرأس، ورأيت
مالكا خازن النار، والدجال، في آيات أراهن الله إياه: {فلا تكن في مرية من لقائه}).
قال أنس وأبو بكرة، عن النبي صلى الله عليه وسلم: تحرس الملائكة المدينة من الدجال.
Pada malam aku diisra’kan aku
telah melihat Musa, seorang lelaki berkulit sawo matang, tinggi kekar,
seakan-akan dia adalah lelaki Suku Syanu’ah. Dan aku telah melihat ‘Isa,
seorang lelaki bertinggi sedang, berambut lurus. Dan aku juga telah melihat
Malaikat Penjaga Neraka dan Dajjal” termasuk ayat yang telah diperlihatkan
Allah kepada beliau. (maka janganlah kamu ragu tentang pertemuan dengannya
(Musa). Surat As-Sajadah:23). (HR. Bukhari no. 3239).
10. Masjid Al-Aqsa Tempat bertolaknya Jama’ah Haji/Umrah
مَنْ أَحْرَمَ مِنْ بَيْتِ الْمَقْدِسِ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ
مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Barangsiapa berihram dari Baitul
Maqdis Allah mengampuni dosa-dosanya yang lalu” (HR Ahmad no. 26557, dari
Ummu Salamah ra, sanadnya dhaif menurut al-Arnauth).
11. Masjid Al-Aqsa Tempat I’tikaf yang Utama
لاَ اعْتِكَافَ إِلاَّ فِيْ هَذِهِ الْمَسَاجِدِ الثَّلاِثَةِ
: مَسْجِدِ الْمَدِيْنَةِ وَمَسْجِدِ مَكَّةَ وَمَسْجِدِ إِيْلِيَا
Tidak ada i’tikaf (yang utama),
kecuali di tiga masjid, Masjid Madinah (Masjid Nabawi), Masjid Makkah (Masjidil
Haram), dan Masjid Iliya (Masjidil Aqsa)“. (HR. al-Baihaqi dan At-Thabarani
dalam Mu’jam al-Kabir 9/302 dari Wail bin Hujr ra, para perawinya perawi sahih
tetapi sanadnya mursal (Majma Zawaid 3/176)).
12. Masjid Al-Aqsa Akan Dibangun
Sempurna satu tanda kiamat
عِمْرَانُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ خَرَابُ يَثْرِبَ, وَخَرَابُ
يَثْرِبَ خُرُوْجُ الْمَلْحَمَةِ, وَخُرُوْجُ الْمَلْحَمَةِ فَتْحُ قَسْطَنْطِيْنِيَّةَ,
وفَتْحُ قَسْطَنْطِيْنِيَّةَ خُرُوْجُ الدَّجَّالِ
Pembangunan Baitul Maqdis (Al-Aqsa)
adalah (waktu) hancurnya kota Madinah. Hancurnya kota Madinah adalah (waktu)
munculnya perang besar. Munculnya perang besar adalah (waktu) direbutnya Qastantiniyah
(Romawi). Direbutnya Qastantiniyah (Romawi) adalah (waktu) keluarnya Dajjal“.
(HR. Abu Daud no. 4294, Ahmad no. 22121 daripada Muadz bin Jabal ra, Al-Hakim no.
8517 daripada Abdullah bin Muhairiz ra, sanadnya sahih menurut Ibnu Katsir,
hasan Ibnu Hajar dan al-Albani, dhaif al-Arnauth).
13. Masjid Al-Aqsa Tidak Akan Dimasuki
Dajjal
كُنَّا سِتَّ سِنِيْنَ عَلَيْنَا جُنَادَةُ بْنُ أَبِيْ أُمَيَّةَ,
فَقَامَ فَخَطَبَنَا فَقَالَ: أَتَيْنَا رَجُلاً مِنْ اْلأِنْصَارِ مِنْ أَصْحَابِ
رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ فَدَخَلْنَا عَلَيْهِ فَقُلْنَا:
حَدِّثْنَا مَا سَمِعْتَ مِنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ وَلاَ
تُحَدِّثْنَا مَا سَمِعْتَ مِنْ النَّاسِ. فَشَدَدْنَا عَلَيْهِ فَقَالَ: قَامَ رَسُوْلُ
اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ فِيْنَا فَقَالَ: أَنْذَرْتُكُمُ الْمَسِيْحَ
وَهُوَ مَمْسُوْحُ الْعَيْنَ –قَالَ: أَحْسَبُهُ قَالَ: اَلْيُسْرَى- يَسِيْرُ مَعَهُ
جِبَالُ الْخُبْزِ وَأَنْهَارُ الْمَاءِ, عَلاَمَتُهُ: يَمْكُثُ فِي اْلأَرْضِ أَرْبَعِيْنَ
صَبَاحًا. يَبْلُغُ سُلْطَانُهُ كُلَّ مَنْهَلٍ لاَ يَأْتِيْ أَرْبَعَةَ مَسَاجِدَ
: اَلْكَعْبَةَ وَمَسْجِدِ الرَّسُوْلِ و الْمَسْجِدَ اْلأَقْصَى والطورَ. وَمَهْمَا
كَانَ مِنْ ذَلِكَ فَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ لَيْسَ بِأَعْوَرَ –وَقَالَ
ابْنُ عَوْنٍ: وَأَحْسَبُهُ قَدْ قَالَ:-يُسَلَّطُ عَلَى رَجُلٍ فَيَقْتُلُهُ, ثُمَّ
يُحْيِيْهِ وَلاَ يُسَلَّطُ عَلَى غَيْرِهِ
Selama enam tahun, kami di bawah
pimpinan Junadah bin Abi Umayyah. Dia pernah berdiri memberikan khutbah kepada
kami seraya berkata, “Kami pernah mendatangi seorang Ansar (Ubadah bin Shamit)
dari kalangan sahabat Rasulullah. Kami pun masuk menemuinya seraya berkata,
“Ceritakanlah kepada kami sesuatu yang pernah Anda dengar dari Rasulullah,
jangan Anda ceritakan kepada kami sesuatu yang kau dengarkan dari orang-orang”.
Lalu kamipun mendesaknya. Maka dia (Ubadah bin Shamith) berkata, “Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah berdiri di depan kami seraya bersabda, “Aku
ingatkan kalian (bahaya) Al-Masih (Dajjal). Dia adalah seorang yang buta
sebelah matanya. Rawi berkata, “Aku yakin ia bersabda,”yang kiri”. Akan
berjalan bersamanya gunung-gunung roti, dan sungai air. Tandanya, ia akan
tinggal di bumi selama 40 hari. Kekuasaannya akan mencapai semua tempat minum
(telaga). Dia tak akan mendatangi empat masjid: Masjid Ka’bah, Masjid Rasul,
Masjidil Aqsa, dan Thur (Thursina’). Apapun yang terjadi, ketahuilah bahawa
Allah tidaklah buta sebelah. Ibnu Aun (rawi) berkata,”Aku yakin ia bersabda,
ditundukkan baginya seorang laki-laki. Dajjal pun membunuhnya, lalu ia
hidupkan, dan tidak ditundukkan selainnya“. (HR. Ahmad no. 23090, sahih
al-Wadi’ie, sanadnya sahih menurut al-Arnauth).
14. Masjid Al-Aqsa Diagungkan Nabi
Musa
فسأل الله أن يدنيه من الأرض المقدسة رمية بحجر ، فقال رسول
الله – صلى الله عليه وسلم- فلو كنت ثَمَّ لأريتكم قبره إلى جانب الطريق، تحت الكثيب
الأحمر
Nabi Musa memohon agar ia
didekatkan dengan tanah suci (Baitul Maqdis) sedekat lemparan batu.” Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Jika aku berada di sana, tentu akan
aku tunjukkan kuburannya di sebuah tepian jalan di bawah gundukan tanah
merah.’” (HR Bukhari no. 1339, Musim no. 2372).
15. Masjid Al-Aqsa akan
Dibebaskan
dari Auf bin Malik, ia berkata:
أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي
غَزْوَةِ تَبُوكَ وَهُوَ فِي قُبَّةٍ مِنْ أَدَمٍ فَقَالَ اعْدُدْ سِتًّا بَيْنَ يَدَيْ
السَّاعَةِ مَوْتِي ثُمَّ فَتْحُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ ثُمَّ مُوْتَانٌ يَأْخُذُ فِيكُمْ
كَقُعَاصِ الْغَنَمِ ثُمَّ اسْتِفَاضَةُ الْمَالِ حَتَّى يُعْطَى الرَّجُلُ مِائَةَ
دِينَارٍ فَيَظَلُّ سَاخِطًا ثُمَّ فِتْنَةٌ لَا يَبْقَى بَيْتٌ مِنْ الْعَرَبِ إِلَّا
دَخَلَتْهُ ثُمَّ هُدْنَةٌ تَكُونُ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ بَنِي الْأَصْفَرِ فَيَغْدِرُونَ
فَيَأْتُونَكُمْ تَحْتَ ثَمَانِينَ غَايَةً تَحْتَ كُلِّ غَايَةٍ اثْنَا عَشَرَ أَلْفًا
Aku menemui Nabi Shallallahu
‘Alaihi Wasallam ketika terjadi Perang Tabuk saat sedang berada di tenda
terbuat dari kulit yang disamak. Nabi bersabda, “Hitunglah enam perkara yang
akan timbul menjelang hari Kiamat. Kematianku, dibebaskannya Baitul Maqdis,
kematian yang menyerang kalian bagaikan penyakit yang menyerang kambing
sehingga mati seketika, melimpahnya harta hingga ada seseorang yang diberi
seratus dinar namun masih marah (merasa kurang), timbulnya fitnah sehingga
tidak ada satu pun rumah orang Arab melainkan akan dimasukinya, dan perjanjian
antara kalian dengan bangsa Bani Al-Ashfar (Eropah), lalu mereka mengkhianati
perjanjian kemudian mereka mengepung kalian di bawah delapan bendera
(panji-panji) perang yang pada setiap bendera terdiri dari dua belas ribu
personil.” (HR Bukhari no. 3176).
16. Masjid Al-Aqsa Sebahagian dari
Lokasi Padang Mahsyar
dari Maimunah binti Saad pembantu
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, ia berkata,
يَا نَبِيَ الله أَفْتِنَا فِي بَيْتِ الْمَقْدِسِ. فَقَالَ:
أَرْضُ الْمَحْشَرِ وَالْمَنْشَرِ
Wahai Nabi Allah, berikan aku
fatwa tentang Baitul Maqdis.” Rasulullah menjawab, “(Baitul Maqdis) adalah
tempat Mahsyar (tempat berkumpulnya manusia untuk dihisab) dan Mansyar (tempat
dibangkitkannya manusia setelah kematian).” (HR. Ibnu Majah no. 1407, daripada Maimunah ra, sahih al-Albani,
al-Arnauth).
17. Nabi Yusya’ bin Nun Menuju
Al-Aqsa
Di dalam hadith disebutkan,
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
إِنَّ الشَّمْسَ لَمْ تُحْبَسْ لِبَشَرٍ إِلَّا لِيُوشَعَ
لَيَالِيَ سَارَ إِلَى بَيْتِ الْمَقْدِسِ
Sesungguhnya matahari tak pernah
ditahan untuk seorang manusia pun, selain untuk Nabi Yusya’ di hari ia
melakukan perjalanan menuju Baitul Maqdis (Al-Aqsa).” (HR. Ahmad no. 8315 dari
Abu Hurairah ra, sahih Ibnu Hajar).
18. Nabi saw diperlihatkan Baitul
Maqdis
dari hadith Jabir bin Abdillah
radhiyallahu ‘anhuma bahawa dia mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam
bersabda:
لَمَّا كَذَّبَتْنِي قُرَيْشٌ قُمْتُ فِي الْحِجْرِ فَجَلَّى
اللَّهُ لِي بَيْتَ الْمَقْدِسِ فَطَفِقْتُ أُخْبِرُهُمْ عَنْ آيَاتِهِ وَأَنَا أَنْظُرُ
إِلَيْهِ
Ketika orang-orang Quraisy
mendustakanku, maka aku berdiri di Hijir. Kemudian Allah memperlihatkanku
Baitul Maqdis maka aku mulai menjelaskan kepada mereka tentang ciri-cirinya
sementara aku dalam keadaan melihat kepadanya (HR. Bukhari no. 3886 dan 4710).
19. dari hadith Abu Hurairah
radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,”Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
bersabda:
لقَدْ رَأَيْتُنِي في الحِجْرِ وقُرَيْشٌ تَسْأَلُنِي عن
مَسْرايَ، فَسَأَلَتْنِي عن أشْياءَ مِن بَيْتِ المَقْدِسِ لَمْ أُثْبِتْها، فَكُرِبْتُ
كُرْبَةً ما كُرِبْتُ مِثْلَهُ قَطُّ، قالَ: فَرَفَعَهُ اللَّهُ لي أنْظُرُ إلَيْهِ،
ما يَسْأَلُونِي عن شيءٍ إلَّا أنْبَأْتُهُمْ به
Aku benar-benar melihat jiwaku
sendiri di Hijir sementara orang-orang Quraisy bertanya kepadaku mengenai
berbagai hal tentang Baitul Maqdis yang aku sendiri tidak mengetahuinya secara
pasti. Sehingga aku menghadapi kesulitan yang belum pernah aku alami sebelumnya.
Maka Allah memperlihatkan Baitul Maqdis kepadaku sehingga aku mampu melihatnya.
(Setelah itu) Mereka tidak bertanya tentang sesuatu pun kecuali aku bisa
menjawabnya.” [HR Muslim no. 172]
20. Masjidil Aqsa merupakan
masjid kedua yang dibangun di muka bumi setelah Baitullah Al-Haram
حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ
حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ التَّيْمِيُّ عَنْ أَبِيهِ قَالَ سَمِعْتُ
أَبَا ذَرٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ مَسْجِدٍ
وُضِعَ فِي الْأَرْضِ أَوَّلَ قَالَ الْمَسْجِدُ الْحَرَامُ قَالَ قُلْتُ ثُمَّ أَيٌّ
قَالَ الْمَسْجِدُ الْأَقْصَى قُلْتُ كَمْ كَانَ بَيْنَهُمَا قَالَ أَرْبَعُونَ سَنَةً
ثُمَّ أَيْنَمَا أَدْرَكَتْكَ الصَّلَاةُ بَعْدُ فَصَلِّهْ فَإِنَّ الْفَضْلَ فِيهِ
Abu Dzarr radhiyallahu ‘anhu
berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah ﷺ, masjid apakah yang pertama di
bangun di muka bumi ini?.” Beliau menjawab,”al-Masjidil Haram.” Abu Dzar
berkata,” Aku bertanya lagi,’Kemudian apa?.’ Rasulullah ﷺ menjawab,
”al-Masjidil Aqsa.” Aku bertanya lagi,”Berapa lama selang waktu antara
keduanya?”. Rasulullah ﷺ menjawab,”40 tahun. Kemudian dimana saja kamu berada
dan waktu solat sudah datang maka solatlah, kerana didalamnya ada keutamaan
(HR. Bukhari no. 3115)
21. Solat di Masjidil Aqsa itu
menghapus dosa-dosa.
Hal ini sebagaimana dalam hadith
Abdullah bin Amr bin al’Ash radhiyallahu ‘anhuma:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَمَّا فَرَغَ سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ مِنْ بِنَاءِ
بَيْتِ الْمَقْدِسِ سَأَلَ اللَّهَ ثَلَاثًا حُكْمًا يُصَادِفُ حُكْمَهُ وَمُلْكًا
لَا يَنْبَغِي لَأَحَدٍ مِنْ بَعْدِهِ وَأَلَّا يَأْتِيَ هَذَا الْمَسْجِدَ أَحَدٌ
لَا يُرِيدُ إِلَّا الصَّلَاةَ فِيهِ إِلَّا خَرَجَ مِنْ ذُنُوبِهِ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ
أُمُّهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَّا اثْنَتَانِ فَقَدْ
أُعْطِيَهُمَا وَأَرْجُو أَنْ يَكُونَ قَدْ أُعْطِيَ الثَّالِثَةَ
Dari Abdullah bin Amru dari Nabi ﷺ
bersabda,”Ketika Sulaiman bin Daud selesai membangun Baitul Maqdis ia meminta
Allah tiga hal; hukum yang sesuai dengan hukum-Nya, kerajaan yang tidak
dimiliki oleh orang-orang setelahnya, dan tidak ada seorang pun yang mendatangi
masjid ini kecuali untuk solat, melainkan akan keluar semua dosanya sebagaimana
bayi yang dilahirkan ibunya. Lalu ﷺ bersabda,”Dua perkara pertama telah
dikabulkan, dan aku berharap yang ketiga juga telah diberikan (HR. an-Nasaie no.
693 dan Ibnu Majah no.1408, sahih Ibnu Khuzaimah, al-Mundziri, al-Albani)
22. Baitul Maqdis adalah tempat
keberadaan Thaifah Al-Manshurah
Hal ini sebagaimana dalam hadith:
لا تزال طائفة من أمتي على الحق ظاهرين على من ناوأهم. كالإناء
بين الأكلة حتى يأتي أمر الله عز وجل وهم كذلك. قلنا: يارسول الله وأين هم؟قال بأكناف
بيت المقدس
Senantiasa ada sekelompok orang
dari umatku yang berjaya di atas kebenaran mengalahkan orang-orang yang
memusuhi mereka sebagaimana pinggan yang dikelilingi oleh orang yang hendak
makan, hingga datang keputusan Allah Azza wa Jalla dan mereka (thaifah manshurah
tersebut) tetap seperti itu. Kami bertanya,”Wahai rasulullah, dimanakah mereka
itu?” Rasulullah ﷺ menjawab,”Di sisi Baitul Maqdis (HR. at-Thabarani dalam Mu’jam
al-Kabir no. 754. Al-Haithami berkata dalam Majma Zawaid 7/291, dalamnya
terdapat sekumpulan perawi yang tidak dikenali dan Syeikh al-Albani menilai
hadith ini munkar dengan lafaz tersebut dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6390).
23. Seseorang akan berangan-angan
agar mereka memiliki tanah di sekitar Baitul Maqdis selebar tali kekang kuda
agar boleh berdekatan dengan Baitul Maqdis.
Hal ini sebagaimana dalam hadith:
وَلَيُوشِكَنَّ أَنْ يَكُونَ لِلرَّجُلِ مِثْلُ شَطَنِ فَرَسِهِ
مِنَ الأَرْضِ، حَيْثُ يَرَى مِنْهُ بَيْتَ الْمَقْدِسِ خَيْرٌ لَهُ مِنَ الدُّنْيَا
وَمَا فِيهَا
Hampir tiba saatnya seseorang
memiliki spepetak tanah semisal panjangnya tali kekang kudanya sehingga dari
tanah tersebut dia bisa melihat Baitul Maqdis hal itu lebih baik baginya dari
dunia dan isinya (HR. al-Hakim no. 8777 daripada Abu Dzar ra, sanadnya sahih
menurut al-Hakim dan al-Albani)
24. Al Quds adalah Ibukota
(pusat) Khilafah Islamiyah di akhir zaman. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
sallam pernah meletakkan tangan diatas kepala Abdullah Bin Hawalah dan berkata
:
يَا ابْنَ حَوَالَةَ إِذَا رَأَيْتَ الْخِلَافَةَ قَدْ نَزَلَتْ
الْأَرْضَ الْمُقَدَّسَةَ فَقَدْ دَنَتْ الزَّلَازِلُ وَالْبَلَايَا وَالْأُمُورُ الْعِظَامُ
وَالسَّاعَةُ يَوْمَئِذٍ أَقْرَبُ إِلَى النَّاسِ مِنْ يَدَيَّ هَذِهِ مِنْ رَأْسِكَ
Wahai Ibnu Hawalah, apabila
engkau melihat khilafah telah turun di bumi yang suci, maka telah dekat
kegoncangan, kekacauan. dan sesuatu yang besar. Ketika itu kiamat lebih dekat
kepada manusia daripada tanganku ini di kepalamu (HR. Abu Daud no. 2535, Ahmad no. 22487 dan al-Hakim no. 8529, dhaif
al-Arnauth, sahih al-Albani dan al-Hakim).
25. Salah satu tanda kiamat adalah
pembebasan Baitulmaqdis
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
sallam bersabda :
اعْدُدْ سِتًّا بَيْنَ يَدَيْ السَّاعَةِ مَوْتِي ثُمَّ فَتْحُ
بَيْتِ الْمَقْدِسِ
Hitunglah enam hal sebagai tanda
kiamat, kematianku dan kemenangan Baitul Maqdis (HR. Bukhari no. 3176)
26. Rasulullah saw doakan
keberkatan bumi Syam dan Yaman
اللهم بارك لنا في شامنا ، اللهم بارك لنا في يمننا، فقالوا:
وفي نجدنا يا رسول الله، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: اللهم بارك لنا في شامنا،
اللهم بارك لنا في يمننا، فقال الناس: وفي نجدنا يا رسول الله؟ قال ابن عمر: أظن أنه
قال في المرة الثالثة: الزلازل والفتن هناك: وهناك يطلع قرن الشيطان
Daripada Ibnu Umar RA, dari Nabi
SAW bersabda: ''Ya Allah ya Tuhan kami, berkatilah bagi kami pada Syam kami, Ya
Allah ya Tuhan kami, berkatilah bagi kami pada Yaman kami.'' Mereka berkata:
"Dan pada Najd kami ya Rasulullah." Sabda Rasulullah SAW: ''Ya Allah
ya Tuhan kami, berkatilah bagi kami pada Syam kami, Ya Allah ya Tuhan kami,
berkatilah bagi kami pada Yaman kami.'' Maka berkata orang ramai: ''Dan pada
Najd kami ya Rasulallah?'' Berkata Ibnu Umar RA: "Aku menyangka bahawa
baginda SAW bersabda pada kali yang ketiga; gempa bumi, dan fitnah-fitnah di
sana, dan di sana akan muncul tanduk syaitan (HR. Bukhari no. 1037)
Saat ini Syam yang dimaksudkan adalah
pada beberapa negara iaitu Lebanon, Syiria, Jordan, dan Palestin (al-Hamawi,
Mu'jam al-Buldan 3/ 312)
27. Malaikat mengembangkan sayap
kepada penduduk Syam
طُوبَى لِلشَّامِ فَقُلْنَا لِأَيٍّ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ
قَالَ لِأَنَّ مَلَائِكَةَ الرَّحْمَنِ بَاسِطَةٌ أَجْنِحَتَهَا عَلَيْهَا
Daripada Zaid bin Thabit RA,
bersabda Rasulullah SAW: Beruntunglah penduduk Syam. Maka kami bertanya:
“Kenapa, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: Kerana malaikat mengembangkan
sayap-sayapnya kepada mereka (penduduk Syam) (HR. Tirmidzi no. 3954, Ahmad no.
21607, hasan gharib at-Tirmidzi dan sahih al-Albani).
28. Syam adalah bumi pilihan
allah dan tempat beradanya hamba pilihan-nya
سيصيرُ الأمرُ إلى أن تَكونوا جُنودًا مجنَّدةً جُندٌ بالشَّامِ،
وجندٌ باليمنِ وجُندٌ بالعراقِ قالَ ابنُ حوالةَ: خِر لي يا رسولَ اللَّهِ إن أدرَكْتُ
ذلِكَ، فقالَ: عليكَ بالشَّامِ، فإنَّها خيرةُ اللَّهِ من أرضِهِ، يَجتبي إليها خيرتَهُ
من عبادِهِ، فأمَّا إن أبيتُمْ، فعليكُم بيمنِكُم، واسقوا من غُدُرِكُم، فإنَّ اللَّهَ
توَكَّلَ لي بالشَّامِ وأَهْلِهِ
Daripada Abdullah bin Hawalah ra
bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Urusan (Islam) ini kelak akan menjadi beberapa
pasukan tentera. Ada pasukan di Syam, ada pasukan di Yaman, ada pasukan di
Iraq.”Ibnu Hawalah berkata: “Ya Rasulullah, pilihkan salah satu tempat untukku
apabila aku menemui zaman tersebut.”Baginda bersabda: “Hendaklah engkau memilih
Syam, kerana negeri itu adalah pilihan Allah, Allah memilihkan untuk negeri itu
hamba-hamba pilihan-Nya. Jika engkau enggan tinggal di Syam, hendaklah engkau
memilih Yaman dan berilah minum dari kolam-kolamnya. Sesungguhnya Allah telah
menjamin untukku negeri Syam dan penduduknya.” HR. Abu Daud no. 2483, sahih
al-Albani, hasan al-Wadi’ie)
29. Rasulullah bersolat di masjid
al-aqsa ketika malam israk mikraj
أُتِيتُ بِالْبُرَاقِ وَهُوَ دَابَّةٌ أَبْيَضُ طَوِيلٌ فَوْقَ
الْحِمَارِ وَدُونَ الْبَغْلِ يَضَعُ حَافِرَهُ عِنْدَ مُنْتَهَى طَرْفِهِ قَالَ فَرَكِبْتُهُ
حَتَّى أَتَيْتُ بَيْتَ الْمَقْدِسِ قَالَ فَرَبَطْتُهُ بِالْحَلْقَةِ الَّتِي يَرْبِطُ
بِهِ الْأَنْبِيَاءُ قَالَ ثُمَّ دَخَلْتُ الْمَسْجِدَ فَصَلَّيْتُ فِيهِ رَكْعَتَيْنِ
ثُمَّ خَرَجْتُ
Daripada Anas bin Malik RA,
bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku telah didatangi al-Buraq. Iaitu seekor
binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari
baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehingga perut al-Buraq tersebut mencapai
hujungnya. Baginda bersabda lagi: “Maka aku segera menungganginya sehingga
sampai ke Baitulmaqdis. Baginda bersabda lagi: “Kemudian aku mengikatnya pada
tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi. Sejurus kemudian
aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan solat sebanyak dua rakaat. Setelah
selesai aku terus keluar.” (HR. Muslim no. 126)
30. Sebaik-baik penduduk bumi
adalah di tempat hijrah Nabi Ibrahim as
ستكون هجرةٌ بعد هجرةٍ فخيارُ أهلِ الأرضِ ألزمُهم مهاجرَ
إبراهيمَ ويبقى في الأرضِ شرارُ أهلِها تلفظُهم أرَضُوهم تقذُرُهم نفسُ اللهِ وتحشُرهُم
النَّارُ مع القِردةِ والخنازيرِ
Daripada Abdullah bin Amru RA,
bersabda Rasulullah SAW:"Akan terjadikan hijrah selepas hijrah, maka
sebaik-baik penduduk bumi adalah mereka yang tinggal di tempat hijrah Nabi
Ibrahim AS (Syam), dan yang berbaki tinggal di bumi ini adalah seburuk-buruk
penduduknya. Mereka dicela oleh buminya sendiri, Allah membenci mereka dan
mengumpulkan mereka ke neraka bersama monyet dan khinzir." (HR. Abu Daud
no. 2482, Ahmad no. 6871, hasan Ibnu Hajar, sahih lighairih al-Albani, sanadnya
dhaif menurut al-Arnauth)
31. Tiada kebaikan buat umat islam
jika penduduk syam binasa
إذا فسد أهلُ الشامِ فلا خيرَ فيكم : لا تزالُ طائفةٌ من
أُمَّتِي منصورينَ لا يَضُرُّهُمْ من خَذَلَهُمْ حتى تقومَ الساعةُ
Daripada Muawiyyah bin Qurrah RA,
daripada ayahnya berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sekiranya binasa
penduduk Syam maka tiada kebaikan bagi kamu. Akan sentiasa ada satu kelompok
dari umatku yang dimenangkan, orang yang mengkhianati mereka tidak memberi
mudarat kepada sehingga Hari Kiamat." (HR. Tirmidzi no. 2192, Ahmad no.
15597, sahih at-Tirmidzi, al-Albani, al-Arnauth)
32. Munculnya khalifah yang adil
di akhir zaman selepas huru-hara di Syam dan Iraq
يوشِكُ أهلُ العراقِ ألا يُجبَى إليهم قَفيزٌ ولا درهمٌ
. قلنا : من أين ذاك ؟ قال : من قِبَلِ العجَمِ . يمنعون ذاك . ثم قال : يوشِكُ أهلُ
الشامِ أن لا يُجبَى إليهم دينارٌ ولا مُديٌ . قلنا : من أين ذاك ؟ قال : من قِبَلِ
الرومِ . ثم أسكتُ هُنيَّةً . ثم قال : قال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ
: يكونُ في آخرِ أمتي خليفةٌ يُحثي المالَ حثيًا . لا يَعدُّه عددًا
Daripada Abu Nadhrah RA: “Kami
berada di sisi Jabir bin Abdullah RA lalu dia berkata: “Hampir tiba masanya
penduduk Iraq tidak lagi dikirimkan qafiz dan dirhamnya.” Maka kami pun
bertanya: “Dari mana sekatan tersebut?” Jabir menjawab: “Dari arah orang ‘ajam
(bukan Arab).” Kemudian Jabir berkata lagi: “Sudah hampir masanya penduduk Syam
tidak lagi dikirimkan dinar dan mud-nya.” Maka kami pun bertanya lagi: “Dari
mana sekatan itu?” Jabir menjawab: “Dari arah Rom.” Kemudian Jabir terdiam
sejenak lalu dia berkata lagi: “Rasulullah SAW telah bersabda: “Di akhir umatku
nanti akan muncul seorang khalifah yang akan membahagikan harta tanpa dia
menghitungnya.”(HR. Muslim no. 2913).
33. Perintah Nabi saw untuk ke
Syam menjelang hari kiamat
Dalam hadith yang diriwayatkan
dari Abdullah bin Umar RA, Nabi Muhammad SAW bersabda:
ستَخرُجُ نارٌ من حَضرموتَ أو من نحوِ بحرِ حضرموتَ قبلَ
يومِ القيامةِ تَحشُرُ النَّاسَ قالوا : يا رسولَ اللَّهِ ، فما تأمُرُنا ؟ فقالَ
: عليكُم بالشَّامِ
"Api akan muncul dari
Hadramaut atau dari arah laut Hadramaut sebelum hari kiamat mengumpulkan
manusia." Lalu para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apa yang
engkau perintahkan kepada kami?" Lalu Nabi SAW menjawab, "Kalian harus
pergi ke Syam" (HR. Tirmidzi no. 2217, Ahmad no. 5146, hasan gharib sahih
at-Tirmidzi, sahih al-Albani, al-Wadi’ie).
34. Nabi yang menyatakan
keberuntungan negeri Syam, Nabi bersabda:
عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ ، قَالَ : كُنَّا عِنْدَ رَسُولِ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نُؤَلِّفُ الْقُرْآنَ مِنَ الرِّقَاعِ،
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " طُوبَى لِلشَّامِ
". فَقُلْنَا : لِأَيٍّ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : " لِأَنَّ
مَلَائِكَةَ الرَّحْمَنِ بَاسِطَةٌ أَجْنِحَتَهَا عَلَيْهَا"
dari Zaid bin Tsabit dia berkata,
"Kami menulis Al-Qur'an dari pelepah kurma di sisi Rasulullah SAW, maka
Rasulullah SAW bersabda, "Beruntunglah bagi penduduk Syam." Lalu kami
bertanya, "Kenapa bisa seperti itu wahai Rasulullah?" beliau
bersabda, "Sesungguhnya Malaikat Dzat Yang Maha Pengasih (Allah) telah
membentangkan sayapnya di atas negeri Syam." (HR. Tirmidzi no. 3954, Ahmad no. 21607, hasan
gharib at-Tirmidzi, sahih al-Albani)
No comments:
Post a Comment