Monday 18 March 2024

Hadith larangan berpuasa selepas 15 Syaaban

 

 

إِذَا انْتَصَفَ شَعْبَانَ فَلَا تَصُومُوا 

 

Dari Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah saw bersabda: Jika telah masuk pertengahan bulan Syaaban, janganlah kalian berpuasa (HR. Tirmidzi no. 738, Abu Daud no. 23737, Ibnu Majah no. 1651, dan Ahmad no. 9414 dari Abu Hurairah ra. Dhaif menurut Imam Ahmad, Ibnu Mahadi, Abu Zur’ah dan disahihkan oleh at-Tirmidzi).

 

Hadith ini diperselisihkan oleh para Ulama akan kesahihannya.

 

Pendapat pertama: Ulama yang mensahihkan, di antaranya at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, Abu Awaanah, Ibnu Hazm, Ibnul Qayyim, as-Sakhawi, dan Syaikh al-Albani.

 

Pendapat kedua: Ulama yang melemahkan, di antaranya adalah al-Imam Ahmad, Yahya bin Ma’in, Abdurrahman bin Mahdi.

 

Jumhur ulama tidak mengamalkan hadith ini kerana bertentangan dengan hadith-hadith sahih lain yang menunjukkan disyariatkannya puasa. Larangan untuk berpuasa sebelum Ramadhan yang benar adalah satu-dua hari sebelum Ramadhan, sebagaimana dalam hadith Bukhari no. 1914 dan Muslim no. 1082 dari jalan Abu Salamah bin Abdirrahman dari Abu Hurairah ia berkata, Rasulullah Shalallahu’alaihi Wasallam bersabda:

 

لا تقدموا رمضان بصوم يوم أو يومين إلا رجلاً كان له صوم فليصمه

 

Jangan kalian mendahului Ramadhan dengan berpuasa satu-dua hari sebelumnya, kecuali seseorang yang memang sudah biasa berpuasa (sunnah) maka silakan berpuasa

 

Hadith ini menunjukkan bolehnya puasa pada hari-hari setelah pertengahan bulan Syaaban. Sebagaimana juga ditunjukkan dalam hadith, bahawa Nabi Shalallahu’alaihi Wasallam:

 

كان يصومُ شعبانَ إلا قليلًا

 

Biasanya beliau berpuasa di bulan Syaaban hampir di seluruh harinya, kecuali hanya beberapa hari saja beliau tidak berpuasa (HR. Bukhari no. 1969, Muslim no. 1156)

 

Jika hadith tersebut sahih, maka yang dimaksudkan adalah larangan puasa sunnah mutlak yang dimulai selepas pertengahan bulan Sya’ban. Adapun jika seseorang mempunyai kebiasaan puasa seperti puasa Isnin Khamis puasa Daud, atau ingin menyambung puasa Syaaban dari separuh yang pertama, begitu pula kerana ingin mengqadha puasa Ramadhan, atau puasa nazar, maka seperti itu tidaklah masuk dalam larangan berpuasa setelah pertengahan Syaaban.

 

Menurut al-Munawi, hadith ini memberi faham bahawa:

 

أي يحرم عليكم ابتداء الصوم بلا سبب حتى يكون رمضان

 

“...iaitu haram ke atas kamu memulakan puasa tanpa sebab, sehingga masuk bulan Ramadan.”(Faidhul Qadir 1/304)

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...