Matan hadith
الأكل في السوق دناءة.
Terjemahan
Makan di pasar adalah suatu
kehinaan
Takhrij
HR. ad-Dailami dalam Musnad
Firdaus no. 439, daripada Abu Huairah ra.
Al-Baihaqi meriwayatkan daripada
Abu Hurairah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) dan pada sanadnya
terdapat Muhammad Bin Furat seorang perawi pendusta (Tartib Maudhuat no. 228).
Al-Khatib meriwayatkan pada
sanadnya terdapat al-Haitham bin Sahl iaitu seorang yang lemah.
Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada
hadith Abu Umamah pada sanadnya terdapat dua perawi yang dikritik (al-Kamil
6/14).
Al-‘Uqaili berkata: Tidak ada
satupun hadith yang sahih dalam bab ini (Dhuafa' al-Kabir 3/190).
As-Syawkani menilai palsu hadith
tersebut di dalam al-Fawaid Al-Majmuah hal. 158, no. 13.
No comments:
Post a Comment