Matan hadith
diriwayatkan oleh Abu Hurairah
RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
أنَّ النَّبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم صَعِدَ المِنْبَرَ
فَقَالَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ إنَّكَ صَعِدْتَ المِنْبَرَ
فَقُلْتَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ فَقَالَ إنَّ جِبْرِيْلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ أَتَانِيْ
فَقَالَ مَنْ أَدْرَكَ شَهْرَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ
اللَّهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ وَمَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ أَوْ أَحَدَهُمَا
فَلَمْ يَبِرَّهُمَا فَمَاتَ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ اللهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ
آمِيْنَ وَمَنْ ذُكِرْتَ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ فَأَبْعَدَهُ اللهُ قُلْ
آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ
Terjemahan
Ketika Nabi SAW menaiki mimbar,
Baginda SAW bersabda: “Amin, Amin , Amin (sebanyak 3 kali)”. Baginda SAW
ditanya: “Wahai Rasulullah, apabila engkau menaiki mimbar, engkau telah berkata
amin, amin , amin”. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Jibril AS telah
datang kepadaku, lalu dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang bertemu dengan
bulan Ramadhan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke
dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Katakanlah
(wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin. Dan barangsiapa sempat dengan
kedua orang tuanya tetapi tidak berlaku baik kepada meraka. Kemudian dia
meninggal maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada
rahmat) oleh Allah SWT. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan:
Amin. Dan barangsiapa yang disebut kepadanya dan dia tidak berselawat kepadaku,
maka dia akan dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Katakanlah (wahai
Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin”.
Takhrij
HR. Ibnu Hibban no. 907.
Disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib no. 997
dan al-Wadi’ie dalam Sahih Musnad 2/322.
Berdasarkan hadith ini, tiga hal
yang disebut di dalam hadith yang sahih ini adalah:
-Orang yang bertemu bulan
Ramadhan tetapi tidak mendapat keampunan daripada Allah SWT.
-Orang yang tidak berlaku baik
kepada kedua orang tuanya sehingga dia meninggal.
No comments:
Post a Comment