Wednesday 19 June 2024

Hadith imam Mahdi akan menyelamatkan umat Nabi saw dari syirik

 

Matan hadith

 

عن علِيِّ بنِ أبي طالبٍ أنَّه قال للنَّبيِّ: أَمِنّا المَهْديُّ أم مِن غيرِنا يا رسولَ اللهِ قال بل منّا بنا يختِمُ اللهُ كما بنا فتَح وبنا يُستنقَذونَ مِن الشِّركِ وبنا يُؤلِّفُ اللهُ بَيْنَ قلوبِهم بعدَ عداوةٍ بيِّنةٍ كما بنا ألَّف بَيْنَ قلوبِهم بعدَ عداوةِ الشِّركِ قال علِيٌّ أمُؤمِنونَ أم كافرونَ فقال مفتونٌ وكافرٌ

 

Terjemahan

 

Sebuah riwayat Atsar dari Saidina Ali radhiyallahu 'anhu bahawa dia berkata kepada Nabi ﷺ ,  "Apakah Mahdi (seorang yang mendapat petunjuk) itu dari kami, atau dari selain kami ya Rasulullah?" Dia (ﷺ) berkata: "Bahkan, dari kami (keturunan kita). Allah akan menyelesaikan urusan (Islam) dengan kami seperti Dia memulainya (Islam) dengan kami. Dengan kami, mereka (umat Islam) akan diselamatkan dari perbuatan syirik dan bersama kita, Allah akan menyatukan hati mereka (umat Islam) setelah terjadinya permusuhan (perpecahan), seperti kita, Allah menyatukan hati mereka setelah (mereka) memusuhi (menghapuskan) syirik.” Ali berkata: "Apakah mereka akan beriman atau kafir?" Dia (ﷺ) berkata: "Akan ada mereka yang di adili (diuji sama saja dengan yang beriman), dan di sana akan ada yang menjadi kafir (tidak beriman/tidak menerimanya)."

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath no. 157 dan didhaifkan oleh Imam  at-Thabarani.

 

Hadith ini palsu. Didalam sanad tersebut terdapat beberapa kecacatan, antaranya perawi yang lemah iaitu Ibnu Lahi'ah dan perawi pendusta iaitu 'Amru bin Jabir al-Hadrami (Majma Zawaid 7/320).

 

حدثنا أحمد بن يحيى بن خالد بن حيان قال:

حدثنا محمد بن سفيان الحضرمي قال: حدثنا ابن لهيعة، عن أبي زرعه عمرو بن جابر، عن عمر بن علي عن أبيه علي بن أبي طالب أنه قال للنبي صلى الله عليه وسلم...

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...