Thursday 20 June 2024

Hadith kelebihan baca al-Fatihah, al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas selepas solat jumaat

 

Matan hadith

 

مَنْ قَرَأَ إذا سَلَّمَ الإمامُ يَوْمَ الجُمُعَةِ قَبْلَ أنّ يُثْنِيَ رِجْلَهُ فَاتِحَةَ الكِتَابِ وقُلْ هُوَ الله أحَدٌ وَالْمُعَوِّذَتَيْنِ سَبْعاً سبعاً غَفَرَ الله له ما تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وما تَأخَّرَ وأُعْطِيَ مِنَ الأجْرِ بِعَدَدِ كُلّ منْ آمَنَ بالله ورَسُولِه.

 

Terjemahan

 

Nabi SAW bersabda, ‘Barang siapa yang membaca surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan surat An-Nas (al-mu`awwidzatain) masing-masing sebanyak tujuh kali ketika imam selesai membaca salam solat Jumaat, sebelum melipat kakinya, Allah akan mengampuni dosanya yang lalu dan sekarang, dan diberi pahala sebanyak orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya

 

 

Takhrij

 

HR. Abu al-As'ad al-Qusyairi dalam Arbain sepertimana disebutkan oleh as-Suyuthi dalam Jamius Saghir 2/343, daripada Anas ra

 

Ibnu Hajar al-Asqalani dalam al-Khisal al-Mukaffirah 1/49, menilai sanad hadith ini dhaif syadid jiddan, yakni kelemahan hadith ini sangat parah.

 

 

Matan hadith

 

مَنْ قَرَأ بَعْدَ صَلاةِ الجمعة  قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ الاخلاص) وقُلْ أَعُوذُ بربَّ الفَلَقِ (الفلق) وقَلْ أَعُوذُ بَربَّ النَّاسِ ( الناس) سَبْعَ مَرَّاتٍ أعَاذِهُ اللهُ بِهَا مِنَ السّوُّءِ إِلَى الْجُمُعَةِ الأُخْرَى

 

Terjemahan

 

Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas masing-masing tujuh kali, maka Allah akan melindunginya dari keburukan sampai hari Jumaat yang lain

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Sunni dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah no. 375, Ibnu Syahin dalam al-Targhib fi Fadhail Amal no. 472, daripada Aisyah ra

 

Ibnu Hajar dalam Futuhat Rabbaniyah 4/233, menilai sanad hadith ini dhaif.

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 4169.

 

Yang jelas hadith ini juga lemah sekali:

 

Di dalam sanadnya perawinya ada Amr bin Khalid al-Quraisyi dia tertuduh dusta dan al-Khalil bin Murrah pula sangat lemah dan dikatakan sebagai munkarul hadith oleh Imam Bukhari (Jarh wa Ta'dil 3/2/106). Hadith ini juga tidak mampu dikuatkan dengan jalur lain yang mursal dari Makhul. Kerana selain kemursalannya, terdapat perawi Farj bin Fadhalah yang juga dinyatakan munkarul hadith oleh Imam Bukhari serta Ibnu Hibban menyatakan tidak boleh berhujjah dengannya (al-Majruhin 2/207-208, Mizanul I'tidal 5/415)

 

وأخرج سعيد بن منصور عن مكحول قال: “من قرأ فاتحة الكتاب والمعوذتين وقل هو الله أحد سبع مرات يوم الجمعة قبل أن يتكلم كفر عنه ما بين الجمعتين وكان معصوما”

 

“Sa’id bin Manshur mengeluarkan hadith dari Makhul, berkata: “Barangsiapa membaca al-Fatihah, mu’awwidzatain (al-Falaq dan an-Nas) dan al-Ikhlas (Qul huwaLlahu ahad) sebanyak tujuh kali pada hari Jumaat (setelah solaat Jumaat) sebelum ia membicarakan (hal dunia) maka akan dilebur dosa di antara dua Jumaat dan ia akan dijaga dari melakukannya”

 

Matan atsar

 

Atsar dari Asmâ` binti Abu Bakar radhiyallâhu ‘anha, ia berkata:*

 

من قرأ بعد الجمعة فاتحة الكتاب وقل هو الله أحد وقل أعوذ برب الفلق وقل أعوذ برب الناس حفظ ما بينه وبين الجمعة الأخرى

 

Terjemahan

 

Barangsiapa yang solat jumaat dan lalu membaca setelahnya Al-Ikhlas, dan Muawwidzatain dan Fatihah masing masing tujuh kali tujuh kali, maka ia dijaga dari majlisnya itu sampai jumaat berikutnya.

 

Takhrij

 

AR. Ibnu Abi Syaibah 10/357, dari Abu al-‘Umais, dari ‘Aun ia berkata: Asma` binti Abu Bakar berkata, lalu menyebutkan ungkapan di atas

 

'Aun adalah Ibnu ‘Abdillah bin ‘Utbah bin Mas’ud al-Hudzali. Ia adalah rawi yang dianggap tsiqah oleh Ahmad, Ibnu Ma’in, an-Nasai, dan al-‘Ujali (Tahdzibut Tahzib no, 310  8/171-172 dan Taqribut Tahzib nomor 5258 hal. 758).

 

Atsar ini sahih hingga ‘Aun (Ibnu ‘Abdillah bin ‘Utbah). Namun antara dirinya dengan Asma’ binti Abu Bakar terjadi keterputusan (inqithâ`). Pokoknya atsar ini lemah.

 

 

 

Matan atsar

 

Dari Ibnu Syihab ia berkata:

 

من قرأ: {قل هو الله أحد}، والمعوذتين بعد صلاة الجمعة حين يسلم الإمام قبل أن يتكلم سبعاً سبعاً كان ضامناً. قال أبو عبيد: أُراه قال: على الله هو، وماله، وولده من الجمعة إلى الجمعة.

 

Terjemahan

 

Barangsiapa yang membaca: Qulhuwallahu ahad dan al-Mu’awwidzatain (an-Nas dan al-Falaq) setelah solat jumaat ketika salamnya imam sebelum ia berbicara, masing-masing sebanyak tujuh kali maka Allah akan menjamin diri orang itu berikut harta dan anaknya, dari jumaat ke jumat berikutnya.

 

Takhrij

 

Abu ‘Ubaid al-Qasim bin Salam al-Harawi dalam Fadhailul Qur`an nomor 531-532, Ibnu Zanjawaih dalam Fadhailul A’mal, dan as-Suyuti dalam al-Lum’ah fi Khashaishil Jum’ah no. 93. Abu ‘Ubaid berkata: Telah menceritakan kepada kami Abu al-Aswad, dari Ibnu Lahi’ah, dari al-Kirmani Muhammad bin al-Muhajir, dari Ibnu Syihab, lalu menyebutkan ungkapan di atas]

 

Hadith ini dhaif.

 

Selain kemursalannya, dalam sanadnya terdapat rawi yang bernama Ibnu Lahi’ah. Ia adalah rawi yang terkenal kelemahannya, yakni buruk pada sisi hafalannya, khususnya setelah buku-bukunya terbakar. Dalam kitab Jarh wa at-Ta’dil 5/147: ‘Abdurrahman bin Abi Hatim berkata: Aku pernah bertanya kepada ayahku (Abu Hatim) dan Abu Zur’ah tentang Ibnu Lahi’ah dan al-Ifriqi manakah dari keduanya yang lebih kalian sukai? Keduanya menjawab: Kedua-duanya lemah.” Ad-Daraqutni berkata dalam al-‘Ilal no. 940: Ia tidak dapat dijadikan sebagai hujjah.”

 

Hadith kelebihan amalan membaca 4 surah ini kesemuanya dhaif menurut Syeikh Na'asan dalam Fatwa beliau no. 7267.

 

Kerana itu, tidak disunnahkan membaca bacaan tersebut.

 

Syaikh Shalih al-Fauzan menjelaskan bahawa bacaan zikir yang disunnahkan dibaca selepas solat Jumaat adalah sebagaimana bacaan zikir selepas solat fardhu yang lain.

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...