Wednesday, 19 June 2024

Hadith membenci ahlul bait masuk neraka

 

Matan hadith

 

إن النبي صلى الله عليه و سلم قال لو ان رجلا صفن بين الركن والمقام و صلى وصام ثم مات وهو مبغض لأهل بيت محمد صلى الله عليه وسلم دخل النار

 

Terjemahan

 

Sesungguhnya Nabi saw bersabda: "Andaikata seorang lelaki berdiri antara hajar aswad dan maqam Ibrahim melakukan solat dan puasa, kemudian meninggal dunia sedangkan membenci ahlul bait maka ia masuk neraka

 

 

Takhrij

 

HR. at-Thabrani dalam Mu'jam al-Kabir no. 11412 dan Al-Hakim no. 4766, daripada Ibnu Abbas ra.

 

Abu Hatim ar-Razi dalam 'Ilal Ibnu Abi Hatim no. 2624, menilai hadith ini munkar.

 

Ibnu Hajar al-Haithami dalam Majma Zawaid 9/174, menilai hadith ini dhaif kerana dhaifnya perawi bernama Muhammad bi  Zakariya al-Ghallabi.

 

Mencintai ahlul bait yang wajib bagi muslim (https://youtu.be/24f7FCIZxiw?si=2LmcIzO74stlgtCg)

 

Tapi ahlul bait yang bagaimana?

 

-ahlul bait yang tidak menconteng arang ke muka Baginda saw, yakni yang mengikuti sunnah baginda saw dengan baik

 

-yang gadungan, cetak rompak, bajakan, jadi jadian, mengusung bidaah, pencandu rokok, kudeta, mengusung hadits palsu, selawat muzik joget dan  yang menyelisihi sunnah nabi tidak harus diikuti

 

 

Pesan Sayyid al-Haddad:

 

  فعلى كافة المسلمين أن يعتقدوا حبّهم ومودتهم، وان يوقّروهم ويعظّموهم من غير غلوّ ولا إسراف. 

 

Artinya: “Seluruh kaum Muslimin hendaknya memastikan kecintaan dan kasih sayang mereka kepada Ahlul Bait, serta menghormati dan memuliakan mereka secara wajar dan tidak berlebih-lebihan.” (Al-Fushul al-‘Ilmiyyah wal Ushul al-Hikamiyyah hal. 90)

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...