Thursday 20 June 2024

Hadith orang tidak berkorban jangan mendekati tempat solat

 

Matan hadith

 

مَن كانَ لَهُ سعةٌ ولَم يضحِّ ، فلا يقربنَّ مُصلَّانا

 

Terjemahan

 

Barang siapa yang memiliki kelapangan harta dan tidak berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami

 

Takhrij

 

HR. Ahmad no. 8273, Ibnu Majah no. 3123, al-Hakim no 3525 dan 7647, al-Baihaqi dalam Sunan Kubra no. 19044, ad-Daruquthni 4/285, Al Khathib Al Baghdadi 8/338, daripada Abu Hurairah ra.

 

Hadith ini diperselisihkan statusnya.

 

Al-Hakim mensahihkan hadith ini begitu juga As-Suyuthi dalam Jamius Saghir no. 8954 dan Syeikh al-Albani dalam Sahih Jami’ no. 6490.

 

Manakala kebanyakan ulama lainnya menilai hadith ini dhaif seperti Ibni Abdil Bar dalam al-Istidzkar 4/228, Ibnu Qudamah dalam al-Mughni 13/361, Ibn Baz dalam Hasyiah Bulughul Maram no. 729, Ibnu Utsaimin dalam Syarah Bulughul Maram 6/76.

 

Pendapat yang kuat adalah hadith ini tidak sahih dari Nabi saw.  Bahkan menurut Imam Ahmad seperti mana dinuqilkan Ibnu Jauzi (Tahqiq fi Ahaditsil Khilaf 2/161), Ibnu Qayyim (Furusiyyah 1/200) hadith ini munkar.

 

Hadith di atas dinilai lemah kerana diantara perawinya terdapat Abdullah bin ‘Ayyas, yang dinilai sebagai perawi yang lemah.

 

Sebagaimana keterangan dari Syaikh Syu’aib al Arnauth rahimahullah, “Sanad hadith ini lemah. Abdullah bin ‘Ayyas (salah seorang rawinya) dinilai lemah. Dia juga mengalami kekacauan dalam periwayatan hadith ini. Keterangan selanjutnya akan dipaparkan di pembahasan takhrij.” Kemudian beliau melanjutkan, “Syaikh Albani menilai hadith ini hasan dalam Takhrij Musykilah al Faqr. Namun beliau keliru dalam penilaian tersebut.” (Ta’liq Musnad Imam Ahmad 2/321)

 

Dan yang benar ia adalah mauquf ucapan Abu Hurairah ra,

 

Imam an-Nawawi berkata,

 

(مَنْ وَجَدَ سَعَةً لَأَنْ يُضَحِّيَ فَلَمْ يضحي فَلَا يَحْضُرْ مُصَلَّانَا) رَوَاهُ الْبَيْهَقِيُّ وَغَيْرُهُ وَهُوَ ضَعِيفٌ قَالَ الْبَيْهَقِيُّ عَنْ التِّرْمِذِيِّ الصَّحِيحُ أَنَّهُ مَوْقُوفٌ عَلَى أَبِي هُرَيْرَةَ

 

Barang siapa yang memiliki kelapangan harta untuk berkorban sedangkan dia tidak berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami." Hadith ini diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan selainnya dan ini merupakan hadith yang lemah. Al-Baihaqi berkata dari at-Tirmidzi bahawa yang benar itu adalah ucapan Abu Hurairah (Al-Majmu’ 8/385).

 

Ibnu Abdil Barr berkata,

 

وَالْأَكْثَرُ يَجْعَلُونَهُ مِنْ قَوْلِ أَبِي هُرَيْرَةَ

 

Kebanyakan para ulama menghukuminya sebagai ucapan Abu Hurairah (al-Istidzkar 5/229).

 

Imam Tirmidzi sebagaimana dinukilkan oleh Imam al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kabir, berkata:

 

"Telah sampai kepadaku daripada Abu Isa al-Tirmidzi bahawa beliau berkata: "Riwayat yang sahihnya adalah daripada Abu Hurairah secara mauquf". (Sunan Kubra oleh 19/251).

 

al-Baihaqi sendiri merajihkannya sebagai mauquf melalui banyak riwayat-riwayat secara mauquf yang beliau sebutkan.

 

Imam Ibn 'Abdul Hadi, seusai beliau membawakan riwayat secara mauquf, beliau berkata:

 

"Ianya lebih tepat". (Tanqih al-Tahqiq Fī Ahadith al-Ta'liq 3/564).

 

Imam al-Thahawi sebagaimana disebutkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani di dalam Fathul Bari menyebutkan:

 

"Riwayat secara mauquf adalah lebih tepat sebagaimana kata al-Thahawi dan selain beliau". (Fathul Bari 10/6).

 

Hukum berkorban adalah sunat muakkad menurut majoriti ulama dan inilah pendapat yang lebih tepat

 

Bersamaan dengan itu adalah ucapan Abu Hurairah, tidaklah itu menunjukkan wajibnya berkorban bagi yang mampu kerana telah dinukil bahawa para sahabat tidak ada yang berpendapat berkorban itu wajib. Al-Hafiz ibnu Hajar berkata,

 

مع ذَلِكَ فَلَيْسَ صَرِيحًا فِي الْإِيجَابِ

 

Bersamaan dengan itu adalah ucapan Abu Hurairah, tidak menunjukkan dengan jelas bahawa tentang kewajipan berkorban (Fathul Bari 10/3).

 

Al-Hafiz Ibnu Hajar juga menerangkan,

 

قَالَ ابن حَزْمٍ لَا يَصِحُّ عَنْ أَحَدٍ مِنَ الصَّحَابَةِ أَنَّهَا وَاجِبَةٌ

 

Ibnu Hazm berkata, Tidak sahih dari seorang pun dari para sahabat yang berpendapat bahawa berkorban itu hukumnya wajib (Fathul Bari 10/3).

 

Terdapat riwayat sahih, bahwa Abu Bakar, Umar, Ibnu Abbas, dan beberapa sahabat lainnya tidak berkorban. Kerana mereka khuwatir kalau berkorban dianggap suatu yang wajib.

 

Imam Thahawi menyatakan,

 

وروى الشعبي عن أبي سريحة قال رأيت أبا بكر وعمر ـ رضي الله عنهما ـ وما يضحيان كراهة أن يقتدى بهما.

 

Asy-Sya’bi meriwayatkan dari Suraihah, beliau berkata, “Saya melihat Abu Bakar dan Umar ra tidak berkorban. Kerana tidak ingin orang mengikutinya (menganggapnya wajib).” (Mukhtashar Ikhtilaf al-Ulama 3/221).

 

Abu Mas’ud al Anshari pernah mengatakan

 

إني لأدع الأضحى وأنا موسر مخافة أن يرى جيراني أنه حتم علي.

 

Sungguh saya pernah tidak berkorban padahal keadaan saya mampu. Kerana saya khuwatir tetanggaku akan berpandangan bahawa berkorban itu kewajipan. (Ahkam al Quran, al Jasshas 5/85).

 

Ibnu Umar menegaskan,

 

ليست بحتم ـ ولكن سنة ومعروف

 

Berkorban bukan sebuah kewajipan. Namun hanya sunnah yang ma’ruf.” (Ahkam al Quran, al Jasshas 5/85).

 

Rujukan

 

https://konsultasisyariah.com/28263-mampu-qurban-tapi-tidak-berqurban-berdosa.html

 

https://itishom.org/blog/artikel/fiqh/hukum-berkurban

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...