Matan hadith
عِصابتانِ مِن أُمَّتي
أحرَزهما اللهُ مِن النّارِ عِصابةٌ تغزو الهِنْدَ وعِصابةٌ تكونُ مع عيسى ابنِ
مَرْيَمَ
Terjemahan
Ada dua kelompok dari umatku di mana Allah akan
menyelamatkan mereka dari api neraka; kelompok yang memerangi al-Hind dan
kelompok yang berperang bersama Nabi Isa ‘Alaihissalam.”
Takhrij
HR. Ahmad no. 22396, An-Nasaie no. 3175, dari
Tsauban. Disahihkan Syeikh al-Albani dan dihasankan oleh Syeikh al-Arnauth.
Menurut Ibnu Katsir, perang melawan India ini sudah
pernah terjadi pada masa Kerajaan Muawiyah sekitar tahun 44 Hijriah (Bidayah
wan Nihayah, bab Qital al-hind 6/223).
Namun, hadith di atas tidak menunjukkan pembatasan
pada waktu tertentu. Maksudnya hadith di atas bersifat mutlak, boleh jadi sudah
terjadi atau belum terjadi.
Setengah pendapat yang lain mengatakan penaklukan
tersebut akan berlaku ketika saat akhir zaman. Perang melawan Al-Hind hampir
bersamaan dengan kedatangan Isa bin Maryam. Hadith lain yang menegaskan bahawa
peperangan ini akan terjadi menjelang kiamat (Ittihaful Jamaah, 1/366).
Syaikh Muhammad Rafi’ menerangkan syarah hadith
ini:-
Jihad pertama yang dilakukan di Al-Hind (India)
terjadi pada abad pertama Hijriyah di bawah komando panglima Muhammad bin
Qasim, pada zaman Umaiyyah ini sebahagian kecil sahabat dan juga tabi’in
menyertai di dalam peperangan tersebut. Setelah itu, banyak jihad yang
memfokuskan India. Setelah merenungi hadith tersebut, saya berkesimpulan,
bahkan keutamaan itu terjadi di setiap masa. Tidak dibatasi oleh waktu
(‘Alamaat Qiyamat aur Nuzul Masih hal. 58).
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 145636
SAYA MENJEMPUT ANDA SEMUA UNTUK MENGKAJI MIMPINYA DI CHANNEL YOUTUBE MIMPI MUHAMMAD QASIM
ReplyDeleteAllah dan Muhammad S.A.W dalam mimpi Muhammad Qasim. Saya faham perkara ini sukar untuk kamu percaya tapi kajilah dulu sebelum membuat sebarang keputusan.
https://youtu.be/W_8t53N4nGk
Mimpinya juga tentang Dajjal, Yajuj Majuj, Isa A.S, Hari Kiamat dan Perang Dunia Ke 3.
Al hind bukan india tapi tanah nusantara
ReplyDeleteApakah al-Hind dalam hadith adalah merujuk kepada tanah nusantara?
DeleteBerdasarkan hadith:
عِصابتانِ مِن أُمَّتي أحرَزهما اللهُ مِن النّارِ عِصابةٌ تغزو الهِنْدَ وعِصابةٌ تكونُ مع عيسى ابنِ مَرْيَمَ
Ada dua kelompok dari umatku di mana Allah akan menyelamatkan mereka dari api neraka; kelompok yang memerangi al-Hind dan kelompok yang berperang bersama Nabi Isa ‘Alaihissalam (HR. Ahmad no. 22396, An-Nasaie no. 3175, dari Tsauban. Disahihkan Syeikh al-Albani dan dihasankan oleh Syeikh al-Arnauth).
Kena lihat dari dua sudut berdasarkan pendapat yang telah dikemukakan para ulama.
1. Kalau melihat dari pendapat Imam az-Zahabi dalam Bidayah wan Nihayah 6/223, peristiwa itu telah berlaku dan ya, tempatnya itu merujuk kepada benua kecil India.
Ini disokong oleh beberapa fakta sejarah (Bilad al-Hind fi al-‘Asr al-Islami Mundhu Fajr al-Islam wa Hatta al-Taqsim hal. 16-40, al-Kamil fi al-Tarikh 8/3, 174-206; The History of al-Tabari 5/102) :
a) Futuhat Islamiyah di zaman Khalifah ‘Umar b. al-Khattab RA pada 23H yang diketuai oleh ‘Asim b. ‘Amru sambil dibantu oleh ‘Abd Allah b. ‘Umayr, ini menyaksikan pembukaan dua buah kota yang terletak di barat wilayah India, iaitu Sijistan dan Mukran
b) Futuhat Islamiyah di zaman Dinasti Umayyah yang dipimpin oleh Muhammad b. al-Qasim pada 92 hijrah dengan membuka kota Dubayl, Mukran, Qanazbur, Arma’il dan Multan.
c) Futuhan Islamiyah di zaman Dinasti Abbasiyyah yang digerakkan oleh Mahmud al-Ghaznawi dan Muhammad al-Ghuri sekitar tahun 390 – 420 hijrah dengan membuka kota Sijistan, Afghan, Kashmir, Kanauj, Khawarizm, Sumnat, Narin dan lain-lain.
Seterusnya al-Hind merujuk kepada benua India telah diakui oleh ramai pakar sejarah Arab yang ditemukan dalam tulisan mereka dalam sumber primer seperti al-Kamil fi al-Tarikh karya Ibn al-Athir, Muruj al-Dhahab karya al-Mas‘udi dan Surat al-Ard karya Ibn Hawqal.
Malah ia juga disetujui oleh sarjana Arab yang pakar dalam sejarah dan tamandun Islam di India dalam bukunya Bilad al-Hind fi al-‘Asr al-Islami Mundhu Fajr al-Islam wa Hatta al-Taqsim. Buku tersebut membincangkan sejarah dan perkembangan tamadun Islam di India bermula dari zaman awal kemasukan Islam hingga zaman Kerajaan Mughal.
2. Kalau melihat dari pendapat Syeikh Muhammad Rafi dalam ‘Alamaat Qiyamat aur Nuzul Masih hal. 58, peristiwa perperangan dengan al-Hind tidak mempunyai batasan waktu, dan boleh juga terjadi pada masa kini dan akan datang. Maka pada masa akan datang, kemungkinan untuk berlaku perperangan melawan al-Hind itu merujuk kepada wilayah luar benua India juga tidak mustahil.
Hal ini juga disokong oleh satu dapatan kajian terkini (2021) yang dilakukan oleh para penyelidik tempatan (USM) dalam menganalisis maksud al-Hind dalam kitab teks arab Mu’jam al-Buldan karya Yaqut al-Hamawi. Hasil kajian menyatakan al-Hind bukan saja merujuk kepada benua India malah ada bahagian kecil terpecah ke Tanah Melayu dan Indo-China. Kajian ini dapat mengenal pasti 12 nama tempat yang termasuk dalam rantau al-Hind; yang mana 9 daripadanya terletak di Asia Selatan, 2 di Semenanjung Tanah Melayu dan 1 di Indo-China.
Secara lebih terperincinya, sebagaimana berikut:
i.Asia Selatan: Qāmuhul, Quzdāratau Quṣdār(Khuzdar), al-Qass, Qishmīr, Qunduhār, Qannūj, al-Qīqān, Kābulistānatau Kābul (Kabul) dan Kink(Lembah Ganges).
ii.Semenanjung Tanah Melayu: al-Qal’ah, dan Kalāhatau Kalah(Kedah Tua).
iii.Indochina: Qamār(Khmer).
Rujukan
Abu Dulaf al-Khazrajī, M. M.(2013). Riḥlat `Abī Dulaf. J. ‘A. M. al-Hamāwandī. Beirut: Dar Al-Kotob Al-ilmiyah
Ibn al-`Athīr al-Jazarī, M. M. ‘A. (1987). al-Kāmil fī al-tārīkh. M. Y. Al-Daqqāq (Ed.). Beirut: Dār al-Kotob Al-ilmiyyah
Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari, Mohd. Roslan Mohd. Nor, dan Ezad Azraai Jamsari, Perbahasan Sejarah Islam di India dalam al-Kamil fi al-Tarikh Karya Ibn al-Athir, ISLAMIYYAT 35(2) 2013: 35 - 46
Rusni Mohamad, Thuraya Ahmad, Identifikasi Al-Hind berdasarkan Mu’jam Al-Buldān oleh Al-Ḥamawī: Kajian Terhadap Huruf Al-Qāf dan Al-Kāf. Jurnal Pengajian Islam, 2021, Vol. 14, No.II, Hal. 97-108
Kita tgk skrg hindutva telah byk membuat kerosakkan membunuh umat Islam ,nasrani Dan Sikh...jadi sahihlah menurut hadis Nabi bahawa Al hind itu adalah hindutva Dari India ..bukan turkey seperti yg disebutkan oleh para ulama..
Deletemaaf...berkenaan perang hind ini....sekarang ini india sedang tolong isr@hell membantai saudara kita di palantine dalam diam2..https://www.youtube.com/watch?v=UVCnTgpnlhY
ReplyDelete