al-Ajluni membawakan kata Ibnu
Arabi:
فرب حديث يكون صحيحاً
من طريق رواته، يحصل لهذا المكاشف أننه غير صحيح، لسؤاله لرسول الله صلى الله عليه
وسلم، فيعلم وضعه. ورب حديث تُرك العمل به لضعف طريقه، من اجل وضاع في رواته، يكون
صحيحاً في نفس الأمر، لسماع المكاشف له من الروح حيث إلقائه على رسول الله صلى الله
عليه وسلم
Sebagai contoh, sebuah hadith
yang sahih dari sisi ahli kasyaf menjadi tidak sahih kerana dia bertanya langsung kepada Rasulullah saw tentang
kepalsuan hadith tersebut, lalu beliau mengetahui kepalsuannya. Hadith yang
ditinggalkan untuk diamalkan kerana kelemahan jalan-jalannya, kerana kelemahan
para perawinya, adalah sahih dalam hal yang sama, kerana ahli kasyaf
mendengarnya dari ruh sebagaimana yang disampaikan kepada Rasulullah
Shallallahu alaihi wa sallam (Kasyful Khafa' 1/9)
al-Mubarakfuri membawakan kalam
Ibnu Arabi:
ونُصَحِّح من هذا الطريق أحاديث النبي، فرُبَّ حديث صحيح
عن أهل الفن لا يثبت عندنا من هذا الطريق، ورب موضوع عندهم يصح بقوله صلى الله عليه
وسلم هذا حديث قلته.
Kami mensahihkan menerusi cara
ini (kasyaf) hadith-hadith Nabi. Jadi, kadang-kadang sebuah hadith hadith di
sisi ahli hadith tidak tsabit di sisi kita melalui cara ini. Dan kadang-kadang
hadith palsu di sisi mereka sahih dengan kata baginda SAW, ‘hadith ini aku
pernah ucapkan (Muqadimah Tuhfat al-Ahwadzi hal. 208-209, Darul Fikr)
Kaedah ini tidak pernah
disebutkan atau diamalkan oleh mana-mana ulama hadith, kecuali ulama hadith
yang mempunyai latar belakang sufi. Ibnu Arabi, sufi yang dianggap “termasuk
golongan hashawiyyah, melampau, penganut falsafah batiniyyah, mulhid, jabriyyah,
mutaṣawwifah yang mengaku Islam...” oleh Imam al-Ahdal (855 H) ulama sufi
berakidah Asya‘irah dan bermazhab Syafie. Ibnu Arabi adalah orang pertama yang
memperkenalkan kaedah ini. Jadi, mengikut manhaj ahli hadith yang sebenar,
manhaj ini menyeleweng.
Tidak dinafikan ada ulama hadith
yang menerima atau tidak mengingkari manhaj ini (al-Ajluni, as-Sha'rani,
al-Bajuri), namun itu tidak bermakna ia boleh dianggap sebagai manhaj ahli
hadith. Sebab itulah, al-‘Ajluni yang memperakukan manhaj tersebut ditempelak
oleh Syeikh Abdul Fattaḥ Abu Ghuddah, ulama hadith dari Syria dengan katanya:
ولا يكاد ينقضي عجبي من صنيعه هذا وهو المحدث الذي شرح صحيح
البخاري، كيف استساغ قبول هذا الكلام الذي تهدر به علوم المحدثين، وقواعد الحديث والدين؟
ويصبح به أمر التصحيح والتضعيف من علماء الحديث شيئاً لا معنى له بالنسبة إلى من يقول:
إنه مكاشَف أو يَرى نفسه أنه مكاشَف! ومتى كان لثبوت السنة المطهرة مصدران: النقل الصحيح
من المحدثين والكشف من المكاشفين؟!
“Hampir-hampir tidak terhenti
kehairananku dengan perbuatannya ini, padahal beliau ahli hadis yang mensyarah
Sahih Bukhari. Bagaimana mungkin beliau menerima kata-kata (Ibnu ‘Arabi) ini
yang memusnahkan ilmu ahli hadith serta kaedah hadith dan agama, dan menjadikan
urusan mensahihkan dan mendhaifkan yang dilakukan oleh ulama hadith tidak
mempunyai makna bagi orang yang mendakwa ia kasyaf atau mendapati dirinya
kasyaf. Sejak bila tsabitnya sunnah yang suci ada dua sumber: riwayat sahih
daripada ahli hadith dan kasyaf daripada orang kasyaf?”
Beliau menyudahkan kalamnya
dengan katanya:
فحذارِ أن تغتر بهذا، والله يتولاك ويرعاك.
“Maka hati-hati jangan terpedaya
dengan ini. Semoga Allah menjaga dan memeliharamu.” ((al-Masnu‘ fi Ma‘rifat
al-Hadith al-Mawdu‘ hal. 273).)
Rujukan
https://islamsyria.com/ar/%D8%AD%D9%83%D9%85-%D8%A7%D9%84%D8%AA%D8%B5%D8%AD%D9%8A%D8%AD-%D9%88%D8%A7%D9%84%D8%AA%D8%B6%D8%B9%D9%8A%D9%81-%D8%A7%D9%84%D9%83%D8%B4%D9%81%D9%8A/%D8%A7%D9%84%D9%85%D9%82%D8%A7%D9%84%D8%A7%D8%AA
https://gerakanpenamalaysia.blogspot.com/2021/03/syeikh-al-sharani-bukan-bermanhaj-hadis.html
No comments:
Post a Comment