Tuesday, 17 March 2026

Kemuliaan muslim yang wafat di atas islam dan sunnah Nabi saw

  

(1). Al-Fudhail bin Iyadh berkata :

 

طُوبَى لِمَنْ مَاتَ عَلَى الإِسْلَامِ وَالسُّنَّةِ

 

"Telah beruntunglah bagi orang yang wafat di atas Islam dan as-Sunnah"  (Syarah I'tiqaad Al-Lalikaie hal. 268)

 

الحَيَاةُ الطَّيِّبَةُ هِيَ الإِسْلَامُ وَالسُّنَّةُ

 

"Kehidupan yang baik adalah (berada di atas) Islam dan as-Sunnah"  (Dzammul Kalam (237)

 

(2). Abdullah bin Mubarak berkata:

 

إِعْلَمْ أَنِّي أَرَى الْمَوْتَ الْيَوْمَ كَرَامَةً لِكُلِّ مُسْلِمٍ لَقِيَ اللَّهَ عَلَى السُّنَّةِ

 

"Ketahuilah sesungguhnya aku memandang bahawa kematian pada hari ini adalah sebuah kemuliaan bagi setiap muslim yang bertemu Allah di atas Sunnah. Sesungguhnya kita ini

milik Allah dan hanya kepada-Nya kita akan kembali"  (AI-Bida' hal. 84 oleh Ibnu Wadhdhah)

 

(3). Imam Malik berkata :

 

مَنْ مَاتَ عَلَى السُّنَّةِ فَلْيَبْشِرْ

 

"Barangsiapa yang wafat di atas sunnah maka bergembiralah, barangsiapa yang wafat di atas sunnah maka bergembiralah, dan barangsiapa yang wafat di atas sunnah maka bergembiralah"  (Dzammul Kalam 7/76)

 

(4). Thalhah al-Baghdadi berkata :

 

"Aku pernah berlayar di atas kapal bersama Imam Ahmad, dan saat itu beliau sentiasa diam, maka ketika ia berucap ia pun berkata :

 

اللَّهُمَّ أَمِتْنَا عَلَى الإِسْلَامِ وَالسُّنَّةِ

 

"Ya Allah, wafatkanlah kami di atas Islam dan as-Sunnah"  (Tarikh Dimasyq 7/232 oleh Ibnu ‘Asakir dan Thabaqat al-Hanabilah 1/179)

 

(5). Al-Marwazi berkata :

 

قُلْتُ لِأَبِي عَبْدِ اللَّهِ الإِمَامِ أَحْمَدَ رَحِمَهُ اللَّهُ: مَنْ مَاتَ عَلَى الإِسْلَامِ وَالسُّنَّةِ مَاتَ عَلَى خَيْرٍ.

قَالَ: اسْكُتْ، بَلْ مَاتَ عَلَى الْخَيْرِ كُلِّهِ.

 

"Aku telah berkata kepada Abu Abdillah iaitu Imam Ahmad: "Barangsiapa yang mati di atas Islam dan as-Sunnah, maka dia telah mati di atas kebaikan". Beliau berkata : "Diamlah, bahkan dia itu telah mati di atas semua kebaikan"  (Siyar A’lam an-Nubala 11/296 dan Manaqib al-Imam Ahmad 180 oleh Imam Ibnul Jauzi).

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...