Matan hadith
مَا مِنْ عَبْدَيْنِ مُتَحَابَّيْنِ فِي اللهِ يَسْتَقْبِلُ
أَحَدُهُمَا صَاحِبَهُ فَيَتَصَافَحَانِ، وَيُصَلِّيَانِ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، إِلَّا لَمْ يَتَفَرَّقَا حَتَّى تُغْفَرَ ذُنُوبُهُمَا مَا تَقَدَّمَ
مِنْهَا وَمَا تَأَخَّرَ
Terjemahan
Tidaklah dua orang hamba yang
saling mencintai di jalan Allah saling berhadapan lalu berjabat tangan dan berselawat
kepada Nabi Muhammad Saw, kecuali pasti mereka tidak berpisah sebelum diampuni
dosanya baik yang terdahulu mahupun yang kemudian
Takhrij
HR. Abu Ya'la dalam Musnadnya no.
2960, al-Uqaili dalam al-Dhuafa al-Kabir 2/45, Ibnu Hibban dalam al-Majruhin
1/330, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 8543, Ibnu Sunni dalam Amal al-Yaum wa
al-Lailah no. 190, daripada Anas ra.
Hadith ini dhaif seperti
dinyatakan ibnu Hbban, al-Uqaili, az-Zahabi dalam Mizan al-'Itidal 2/26.
Akan tetapi kandungan hadith ini
boleh diamalkan, kerana termasuk dalam perkara fadhilat amal, bukan akidah,
ibadah dan hukum-hakam
Syaikh Abdullah Al Faqih ketika
mengomentari hadith ini menjelaskan:
ولا مانع من العمل
بما في الحديث لأنه في فضائل، وهو داخل تحت الأصول العامة التي تحث على الذكر والصلاة
على النبي صلى الله عليه وسلم
Tidak terlarang mengamalkan
kandungan yang ada di dalam hadith tersebut, kerana ini masuk kategori fadhilah
amal. Dan itu tercakup oleh prinsip pokok tentang disyariatkannya amalan
membaca selawat kepada Nabi ﷺ.” (Fatwa
Syabakah Islamiyah no. 18346)
No comments:
Post a Comment