Matan hadith
مَنْ تَعَلَّمَ بَابًا مِنَ الْعِلْمِ عَمِلَ بِهِ أَوْ لَمْ
يَعْمَلْ بِهِ كَانَ أَفْضَلَ مِنْ صَلاةِ أَلْفِ رَكْعَةٍ، فَإِنْ هُوَ عَمِلَ بِهِ
أَوْ عَلَّمَهُ كَانَ لَهُ ثَوَابُهُ وَثَوَابُ مَنْ يَعْمَلُ بِهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ
Terjemahan
Sesiapa yang mempelajari satu bab
daripada ilmu, beramal dengannya atau tidak beramal dengannya lebih baik
daripada solat sunat 1000 rakaat. Jika dia beramal dengannya atau
mengajarkannya (kepada orang lain), baginya pahala dan pahala orang yang
beramal dengannya sehingga hari kiamat
Takhrij
HR.. al-Khatib al-Baghdadi dalam
Tarikh Baghdad 6/553, daripada Ibnu Abbas ra.
as-Suyuthi menghukumkan hadith
ini palsu dalam kitab al-Ziyadat ‘ala al-Maudhu’at no. 204.
Syeikh al-Albani dalam Silsilah
Hadith Dhaif no. 6803, menilai hadith ini palsu.
Dalam sanadnya terdapat perawi
dituduh pendusta dan pemalsu hadith oleh para nuqqad iaitu Muhammad bin Ziyad
al-Yasykuri (Tahzibut Kamal no. 5223, Mizanul I'tidal no. 7547)
No comments:
Post a Comment