Thursday, 7 May 2020

Doa perlindungan dari azab api neraka



Doa

اللهم اجعلنا من عتقائك من النار


Penjelasan

Meminta perlindungan dari azab api neraka itu dianjurkan sepertimana tsabit dalam hadith antaranya:-

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


مَنْ سَأَلَ اللَّهَ الْجَنَّةَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، قَالَتِ الْجَنَّةُ: اللَّهُمَّ أَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَمَنْ اسْتَجَارَ مِنَ النَّارِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، قَالَتِ النَّارُ: اللَّهُمَّ أَجِرْهُ مِنَ النَّارِ

”Siapa yang meminta syurga 3 kali, maka syurga akan berkata: ’Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga.’ Dan siapa yang memohon perlindungan dari neraka 3 kali, maka neraka akan berkata: ’Ya Allah, lindungilah dia dari neraka.” (HR. Ahmad no.12585, Nasaie no. 5521, Tirmidzi no. 2572 disahihkan Syekh al-Albani).

Matan doa di atas tidak ditemui asalnya dalam kitab hadith, setakat pencarian saya.

Walaupun tidak ditemui asal, tetapi upaya seseorang meminta perlindungan/dimerdekakan dari azab neraka itu tsabit dari nas. Hukum berdoa dengan doa yang tidak datang dari nas yang sahih sekalipun dhaif berat dan maudhu adalah dibolehkan selagi tidak bertetangan dengan syarak.

Dan terdapat juga hadith menceritakan pembebasan ahli-ahli dari neraka pada setiap malam dalam bulan Ramadhan.

Rasulullah Shallallahu ‘Alihi wa Sallam bersabda:


إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِرَمَضَانَ صُفِّدَتِ الشَّيَاطِيْنُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ. وَفُتِحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ، وَيُنَادِي مُنَادٍ: يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ، وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ، وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ، وَ ذَلِكَ كُلَّ لَيْلَةٍ

“Apabila datang awal malam dari bulan Ramadhan, setan-setan dan jin-jin yang sangat jahat dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup tidak ada satu pintupun yang terbuka, sedangkan pintu-pintu surga dibuka tidak ada satu pintupun yang ditutup. Dan seorang penyeru menyerukan: ‘Wahai orang yang menginginkan kebaikan kemarilah. Wahai orang-orang yang menginginkan kejelekan tahanlah.’ Dan Allah memiliki orang-orang yang dibebaskan dari neraka, yang demikian itu terjadi pada setiap malam.” (HR. Tirmidzi no. 682 dan Ibnu Majah no. 1682, dihasankan syeikh al-Albani dalam al-Misykat no. 1960)

Maka doa/permintaan dibebaskan dari azab neraka ini tidaklah mengapa. (Syeikh Salih Utsaimin, Liqa il Bab al- Maftuh 27/122).


Rujukan

Fatwa Soaljawab Islam no. 131985

Doa makbul ketika berbuka puasa dan apa doanya?



Matan hadith

 إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ قَالَ ابْنُ أَبِي مُلَيْكَةَ سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرٍو يَقُولُ إِذَا أَفْطَرَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي


Terjemahan

Sungguh orang yang berpuasa mempunyai doa yang dikabulkan dan tidak akan ditolak tatkala berbuka puasa. "Ibnu Abu Mulaikah berkata, Abdullah bin Amr ketika berbuka membaca doa:

اللهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي


“Ya Allah, aku memohon kepadaMu dengan rahmatMu yang meliputi segala sesuatu, agar Engkau mengampuniku.”


Takhrij

HR. Ibnu Majah no. 1753 dan Al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman no. 3621. Didhaifkan oleh Syeikh al-Albani.

Ibnu Mulaqqin menghasankan hadith ini dalam Tuhfat Muhtaj 2/97.

Akan tetapi, apabila dikumpulkan hadith-hadith dengan tema yang sama, berdoa disaat berbuka puasa ini ternyata mempunyai sokongan-sokongan. Antaranya adalah:-


Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda; "Ada tiga orang yang doanya tidak ditolak: 
(1) Pemimpin yang adil, (2) Orang yang berpuasa ketika dia berbuka, 
(3) Doa orang yang terzalimi.” (HR. Tirmidzi no. 2526, 3598 dan Ibnu Majah no. 1752. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa hadits ini hasan ).

Dalam Tuhfah Al-Ahwadzi (7/278) disebutkan bahwa kenapa doa mudah dikabulkan ketika berbuka puasa iaitu kerana saat itu, orang yang berpuasa telah menyelesaikan ibadahnya dalam keadaan tunduk dan merendahkan diri.


Sepanjang puasanya org berpuasa tu mustajab doanya dari sahur sampai buka:


Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda; "Tiga orang yang doanya tidak tertolak: orang yang berpuasa sampai ia berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi."  (HR. Ahmad 2/305. Syaikh Syu’aib Al-Arnauth mengatakan bahawa hadith ini sahih dengan berbagai jalan dan penguatnya).

Imam Nawawi rahimahullah berkata, "Disunnahkan orang yang berpuasa untuk memperbanyak doa demi urusan akhirat dan dunianya, juga ia boleh berdoa untuk hajat yang ia inginkan, begitu pula jangan lupakan doa kebaikan untuk kaum muslimin secara umum.” (Al-Majmu’, 6/ 273).


dan juga hadith ini secara umum,


Hadith doa saat azan saat dikumandang, masa buka tu (tu hasan sahih)


Rasulullah Shallallahu’alaihiWasallam bersabda:

ثنتان لاتردان أو قلما تردانالدعاء عند النداء وعندالبأس حين يلحم بعضهمبعضا


“Doa tidak tertolakpada dua waktu, atau minimal kecil kemungkinan tertolaknya. Iaitu ketika azan berkumandang dan saat perang berkecamuk, ketika kedua kubu saling menyerang”(HR. Abu Daud, 2540, Ibnu Hajar Al Asqalani dalam Nata-ijul Afkar,1/369, berkata: “Hasan Sahih”).


Doa selepas sahur



Matan hadith


وروي عن السائب بن يزيد رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم نعم السحور التمر وقال يرحم الله المتسحرين


Terjemahan

Diriwayatkan oleh As-Saib bin Zaid ra., ia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, ‘Sebaik-baik sahur adalah kurma.” Rasulullah SAW lalu berdoa, ‘Semoga Allah menurunkan rahmatNya bagi mereka yang bersahur,’”


Takhrij

HR At-Thabarani dalam Mu'jam al-Kabir no. 6689, didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Dhaif Targhib no. 648.

Amalan para wali di awal malam Ramadhan



Anjuran amalan pada awal malam bulan Ramadhan adalah membaca surah Al-Fath

ينبغي في أول ليلة من شهر رمضان :
أن نصلي أربع ركعات نفلا مطلقا إما بتشهد واحد وسلام واحد أو كل ركعتين بذاتها ونقرأ في كل ركعة مقرأ (ربع) من سورة الفتح.

Dianjurkan pada malam pertama di bulan Ramadlan:
Kita solat sunnah mutlaq empat rakaat, baik dengan satu tasyahhud dan satu salam atau setiap dua rakaat dengan sendirinya. Kita baca pada setiap rakaat 1/4 daripada surat Al Fath.

وقد ورد في الحديث الذي رواه الإمام الخطيب الشربيني في كتابه التفسير في الكتاب المنير بإسناد إلى النبي صلى الله عليه وسلم
( أن من صلى في أول ليلة من رمضان أربع ركعات قرأ فيها سورة الفتح مر عامه كله في غنى وفي رواية مر عامه كله في خير)

Sebagaimana telah diriwayatkan dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Khatib Asy-Syirbiniy dalam kitabnya At-Tafsir fil Kitabil Munir dengan sanad yang bersambung kepada Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam :

Barang siapa yang solat (sunnah mutlaq) empat rakaat pada malam pertama di bulan Ramadhan, kemudian dia membaca surat Al-Fath, dia (akan) lalui setahun penuh dalam kekayaan. Atau dalam riwayat lain dia lalui setahun penuh dalam kebaikan.

وفي تفسير القرطبي:
من قرأ سورة الفتح في أول ليلة من رمضان في صلاة التطوع حفظه الله ذلك العام

Dan dalam Tafsir Al-Imam Qurthubi disebutkan :

Barang siapa yang membaca surat Al-Fath di dalam solat sunnahnya pada malam pertama di bulan Ramadhan, Allah subhanahu wa ta'ala pelihara dirinya pada tahun itu.


 Penjelasan

Ia adalah palsu menurut Syeikh Zakaria Mandou, Syiria dalam Fb rasmi beliau (https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2083522185102598&id=685115674943263).

Dan amalan tersebut tidak ditemui dalam mana-mana kitab muktabar sunnah. Ia adalah bidaah menurut lajnah fatwa Syabakah Islamiyah.


 Rujukan

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 127107

Kisah asal usul kejadian manusia



Betapa payahnya malaikat meminta tanah dari bumi… Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi.

Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masin kembali dengan tangan yang hampa. Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.

Kata Allah: ” Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu.

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman :”Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh uma manusia.

Lalu Allah berfirman lagi: “tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh,terbakar,sakit dan sebagainya.

TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN? Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis Tanah Bukit Tursina Tanah Iraq Tanah Aden Tanah Al-Kautsar Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah Tanah Paris Tanah Khurasan Tanah Babylon Tanah India Tanah syurga Tanah Tha’if Kata Ibnu Abbas :

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.

13. Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.

Bagaimanakah prosesnya :

1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin,air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”.

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”.

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah-Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”.Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail. Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya.

Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.

Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera :

1. Mata alat penglihatan

2. Hidung alat penciuman

3. Telinga alat pendengaran

4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.

5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya.


Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia. Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan.

Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah.

Lalu Allah berkata: “Yarkhamukallah” yang ertinya: “semoga engkau diberi rahmat Allah” Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan “Yarkhamukallah”. Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).

Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :”Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa”.(Al-Israk:II) Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna.

Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.


Takhrij

Kisah nukilan Syeikh Zainal Abidin Fathani dalam Kasbul Ghaibiyah hal. 6. cetakan Maktabah Maarif Pulau Pinang. 2001. Tanpa sanad.

Ketiadaan sanad, menyebbakan hadith gagal melalui tapisan syarat hadith sahih yang pertama. Maka kisah ini tidak sahih.


Kisah Masyitah penyisir rambut anak Firaun



Matan hadith

عَنِ ‏‏ابْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنهما ‏‏قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (‏ ‏لَمَّا كَانَتْ اللَّيْلَةُ الَّتِي ‏‏أُسْرِيَ ‏‏بِي فِيهَا أَتَتْ عَلَيَّ رَائِحَةٌ طَيِّبَةٌ فَقُلْتُ: يَا ‏جِبْرِيلُ‏ مَا هَذِهِ الرَّائِحَةُ الطَّيِّبَةُ؟ فَقَالَ: هَذِهِ رَائِحَةُ ‏‏مَاشِطَةِ ابْنَةِ فِرْعَوْنَ ‏‏وَأَوْلادِهَا قَالَ: قُلْتُ: وَمَا شَأْنُهَا ؟ قَالَ: بَيْنَا هِيَ تُمَشِّطُ ابْنَةَ ‏‏فِرْعَوْنَ ‏‏ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ سَقَطَتْ ‏‏الْمِدْرَى ‏‏مِنْ يَدَيْهَا فَقَالَتْ : بِسْمِ اللَّهِ فَقَالَتْ لَهَا ابْنَةُ ‏ ‏فِرْعَوْنَ‏ ‏أَبِي؟ قَالَتْ: لا وَلَكِنْ رَبِّي وَرَبُّ أَبِيكِ اللَّهُ قَالَتْ: أُخْبِرُهُ ‏‏بِذَلِكَ ! قَالَتْ : نَعَمْ فَأَخْبَرَتْهُ فَدَعَاهَا فَقَالَ: يَا فُلانَةُ ؛ وَإِنَّ لَكِ رَبًّا غَيْرِي ؟ قَالَتْ: نَعَمْ ؛ رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ فَأَمَرَ بِبَقَرَةٍ مِنْ نُحَاسٍ فَأُحْمِيَتْ ثُمَّ أَمَرَ بِهَا أَنْ‏ ‏تُلْقَى هِيَ وَأَوْلادُهَا فِيهَا قَالَتْ لَهُ : إِنَّ لِي إِلَيْكَ حَاجَةً قَالَ: وَمَا حَاجَتُكِ؟ قَالَتْ: أُحِبُّ أَنْ تَجْمَعَ عِظَامِي وَعِظَامَ وَلَدِي فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ وَتَدْفِنَنَا قَالَ : ذَلِكَ لَكِ عَلَيْنَا مِنْ الْحَقِّ قَالَ: فَأَمَرَ بِأَوْلادِهَا فَأُلْقُوا بَيْنَ يَدَيْهَا وَاحِدًا وَاحِدًا إِلَى أَنْ انْتَهَى ذَلِكَ إِلَى صَبِيٍّ لَهَا مُرْضَعٍ وَكَأَنَّهَا تَقَاعَسَتْ مِنْ أَجْلِه قَالَ: يَا ‏‏أُمَّهْ؛‏ ‏اقْتَحِمِي فَإِنَّ عَذَابَ الدُّنْيَا أَهْوَنُ مِنْ عَذَابِ الْآخِرَةِ فَاقْتَحَمَتْ). ‏‏قَالَ ‏‏ابْنُ عَبَّاسٍ رضي الله عنهما: ‏تَكَلَّمَ أَرْبَعَةُ صِغَارٍ: ‏‏عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ ‏‏عَلَيْهِ السَّلام‏ ‏وَصَاحِبُ ‏جُرَيْجٍ‏ ‏وَشَاهِدُ ‏‏يُوسُفَ ‏وَابْنُ ‏مَاشِطَةِ ابْنَةِ فِرْعَوْنَ .


Terjemahan

Dari Ibnu Abbas r.a. ia berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Ketika malam diisra’kannya saya (tiba-tiba) ada aroma wangi yang mendatangiku.” Lalu aku bertanya, “Wahai Jibril, aroma wangi apakah ini?” Ia pun menjawab, “Ini adalah aroma (wangi) wanita tukang sisir puterinya Firaun dan anak-anaknya. “Aku bertanya.” “Apa kelakuannya?” Jibril menjawab, “Ketika suatu hari ia sedang menyisir rambut puterinya Firaun, tiba-tiba sisirnya jatuh dari tangannya. Lalu ia berkata, “Bismillah (dengan nama Allah).” Lalu puteri Firaun (dengan kehairanan yang baru pertama kali mendengar kata Allah) berkata kepadanya, “(Apakah Allah itu) ayahku?” “Tidak, tetapi Tuhanku dan Tuhan ayahmu adalah Allah.” (mendengar jawaban itu) puteri Firaun pun berkata, “Aku akan memberitahukannya kepada ayahku.” “Silahkan” Jawabnya tenang. Lalu setelah dikabarkan kepada Firaun, dipanggilah wanita tukang sisir tersebut. “Wahai fulanah/wanita, apakah engkau memiliki Tuhan selain Aku?” “Iya, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.” Lalu ia memerintahkan dibawakan sebuah patung sapi yang terbuat dari tembaga, lalu dipanaskan. Lalu Firaun memerintahkannya beserta anak-anaknya agar melompat ke dalamnya.” Wanita tukang sisir itu pun berkata, “Aku punya satu keperluan kepadamu.” Firaun berkata, “Apa keperluanmu?” “Aku ingin agar engkau mengumpulkan tulang-tulangku dan tulang anakku ke dalam satu kain, lalu engkau mengubur kita.” “Itu hakmu atas kami.” Lalu Fir’aun memerintahkan untuk melemparkan anak-anaknya di hadapan wanita tukang sisir itu satu persatu hingga tinggal anaknya yang masih menyusu. Ia amat terpukul dengan keadaan anaknya tersebut (yang harus ikut dipanggang hidup-hidup). (Tiba-tiba) anak kecil itu berkata, “Wahai ibuku tabahlah, sesungguhnya azab dunia lebih ringan dari pada azab akhirat.” Maka ia pun tabah. Ibnu Abbas berkata, “Ada empat anak kecil yang boleh berbicara: Isa bin Maryam, temannya Juraij, saksinya Yusuf, dan putera tukang sisir puterinya Firaun.


Takhrij

HR. Ahmad 1/309, Thabarani dalam Mu'jam al-Kabir no. 12280, Ibnu Hibban no. 2903, al-Hakim 2/469.

Sanadnya disahihkan oleh Ahmad Syakir dalam taaliq Musnad Ahmad 4/295.

Hadith ini didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam al-Isra' wa al-Mi'raj hal. 80.



Rujukan

Fatwa Soaljawab Islam no. 39678

Hadith manusia yang paling besar fitnahnya



Matan hadith

إِنَّ أَعْظَمَ النَّاسِ فِرْيَةً لَرَجُلٌ هَاجَى رَجُلًا فَهَجَا الْقَبِيلَةَ بِأَسْرِهَا وَرَجُلٌ انْتَفَى مِنْ أَبِيهِ وَزَنَّى أُمَّهُ

Terjemahan

Sesungguhnya manusia yang paling besar fitnahnya adalah orang yang mencaci seseorang, kemudian dia membalas mencacinya hingga kabilah semuanya ikut mencaci, dan seorang lelaki yang menyingkirkan ayahnya dan menzinahi ibunya

Takhrij

HR. Ibnu Majah no. 3751 daripada Aisyah ra. Disahihkan Syeikh al-Albani.

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...