Wednesday, 29 September 2021

Doa murah rezeki, إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُبِينًا (Inna fatahna laka fathan mubina)?

 

Matan hadith yang digunakan luar konteks pemahaman,

 

لقَدْ أُنْزِلَتْ عَلَيَّ آيَةٌ هي أَحَبُّ إلَيَّ مِنَ الدُّنْيَا جَمِيعًا :إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُبِينًا 

 

Telah diturunkan kepadaku (surat) yang dia lebih aku cintai daripada terbitnya matahari. Kemudian beliau membaca: Inna fatahna laka fathan mubina (surah Al Fath) (HR. Muslim no. 1786 dari Anas bin Malik ra).

 

Juga dirawayatkan oleh Imam Bukhari dalam Sahihnya no. 4553, Musnad Ahmad 1/114 daripada Umar al-Khattab ra:

 

عن عمر بن الخطاب رضي اللَّه عنه أن النبي صلّى اللَّه عليه وسلّم قال: «نزل علي البارحة سورة هي أحب إلي من الدنيا وما فيها: إِنَّا فَتَحْنا لَكَ فَتْحاً مُبِيناً. لِيَغْفِرَ لَكَ اللَّهُ ما تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَما تَأَخَّرَ»

 

Dari Umar bin Al-Khattab r.a., bahawasannya Nabi saw. bersabda, “Telah turun kepadaku tadi malam, surah yang lebih aku cintai dari pada dunia dan seisinya. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata. Nescaya Allah akan mengampuni dosamu yang telah lalu dan yang akan datang.”

 

Tetapi tidak ditemukan dalam mana-mana riwayat hadith dan atsar para sahabat menceritakn tentang amalan membaca surah al-Fath ayat 1 11x pada awal pagi atau pada malam awal Ramadhan (إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُبِينًا) untuk memurahkan rezeki.

 

Melainkan sumber itu datang dari saranan ulama sahaja dalam kitab-kitab mereka seperti Kanzul Najah dan Khazinat al-Asrar hal. 190.

 

Dalam Fatwa Syabakah Islamiyah no. 127107 menyebutkan amalan membaca surah sekian-sekian pada hari tertentu tanpa tuntunan dalil yang sahih seperti surah al-Fath ayat 1 ini di awal malam Ramadhan adalah perkara baharu yang diada-adakan dalam agama. Dengan mengambil fatwa ini, dapatlah disimpulkan membawa al-Fath ayat 1 pada pagi hari sebanyak 11x dengan tujuan menarik rezeki juga tidak ada tuntunannya dari Sunnah. Ia direka-reka.

 

Rujukan

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 127107

 

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...