Thursday, 19 January 2023

Hadith mayit menunggu doa

  

Matan hadith

 

ما الميت في قبره إلا كالغريق المستغيث ينتظر دعوة تلحقه من أب أو أم أو أخ أو صديق فإذا لحقته كانت أحب إليه من الدنيا وما فيها وإن الله عز وجل ليدخل على أهل القبور من دعاء أهل الدور أمثال الجبال وإن هدية الأحياء إلى الأموات الإستغفار

 

Terjemahan

 

Tidaklah keadaan mayat di dalam kubur itu kecuali bagaikan orang tenggelam yang meminta pertolongan, menunggu doa yang datang dari ayah, ibu, saudara, atau teman. Apabila doa itu telah sampai, maka baginya lebih ia senangi berbanding dunia dengan segala isinya. Sesungguhnya Allah akan menyampaikan doa kepada ahli kubur pemilik dosa sebesar gunung sekalipun. Sesungguhnya hadiahnya orang yang hidup kepada orang yang sudah meninggal adalah memohonkan ampunan (istighfar) baginya

 

Takhrij

 

HR. al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 7527 dan 8855, ad-Dailami dalam Musnad Firdaus  5/24 dan al-Ghazali dalam al-Ihya sepertimana disebutkan al-Iraqi dalam Takhrij Ihya 5/244.

 

Hadith gharib menurut al-Baihaqi.

 

Hadith munkar jiddan menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 799 dan Syeikh Masyhur Hasan Salman dalam Silsilah Ahadith Dhaifah wal Maudhuah Mujarradah an al-Takhrij  no. 8652.

 

Hadith palsu menurut Multaqa Ahlil Hadith 42/213

Hadith palsu sedekah untuk mayit

 

Matan hadith

 

ما من أهل بيت يموت منهم ميت فيتصدقون عنه بعد موته إلا أهداها له جبريل عليه السلام على طبق من نور ثم يقف على شفير القبر فيقول يا صاحب القبر العميق هذه هدية أهداها إليك أهلك فاقبلها فيدخل عليه فيفرح بها ويستبشر ويحزن جيرانه الذين لايهدى إليهم شيء

 

Terjemahan

 

Tidaklah salah seorang dari anggota keluarga meninggal kemudian (keluarganya) bersedekah atas namanya, kecuali Jibril akan menganugerahkan padanya cahaya di atas talam. Sambil berdiri di hujung kuburan Jibril berkata, "Wahai penghuni kubur yang dalam. Inilah hadiah yang diberikan keluargamu padamu terimalah. " Kemudian Jibril masuk ke dalam kubur menemuinya. Si mayit gembira, sedangkan penghuni kubur di sebelahnya sedih kerana mereka tidak diberi hadiah apa pun

 

Takhrij

 

HR. Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath no. 6504, daripada Anas bin Malik ra.

 

Terdapat perawi yang dijarh pendusta oleh al-Azdi, iaitu Abu Muhammad al-Shami (Majma Zawaid 3/142)

 

Hadith palsu menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 486.

 

 

 

Riwayat tidak sahih menjadi sandaran dalil kepada tahlilan

 

Matan hadith dan atsar

 

ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺍﻟﺪﻋﺎﺀ ﻭﺍﻟﺼﺪﻗﺔ ﻫﺪﻳﺔ ﺇﻟﻰﺍﻟﻤﻮتى

 

ﻭﻗﺎﻝ ﻋﻤﺮ : ﺍﻟﺼﺪﻗﺔ ﺑﻌﺪ ﺍﻟﺪﻓن ﺛﻮﺍﺑﻬﺎ ﺇﻟﻰ ﺛﻼﺛﺔ ﺃﻳﺎﻡ ﻭﺍﻟﺼﺪﻗﺔ ﻓﻰ ﺛﻼﺛﺔ ﺃﻳﺎﻡ ﻳﺒﻘﻰ ﺛﻮﺍﺑﻬﺎ ﺇﻟﻰ ﺳﺒﻌﺔ ﺃﻳﺎﻡ ﻭﺍﻟﺼﺪﻗﺔ ﻳﻮﻡ ﺍﻟﺴﺎﺑﻊ ﻳﺒﻘﻰ ﺛﻮﺍﺑﻬﺎ ﺇﻟﻰ ﺧﻤﺲ ﻭﻋﺸﺮﻳﻦ ﻳﻮﻣﺎ ﻭﻣﻦ ﺍﻟﺨﻤﺲ ﻭﻋﺸﺮﻳﻦ ﺇﻟﻰ ﺃﺭﺑﻌﻴﻦ ﻳﻮﻣﺎ ﻭﻣﻦ ﺍﻷﺭﺑﻌﻴﻦ ﺇﻟﻰ ﻣﺎﺋﺔ ﻭﻣﻦ ﺍﻟﻤﺎﺋﺔ ﺇﻟﻰ ﺳﻨﺔ ﻭﻣﻦ ﺍﻟﺴﻨﺔ ﺇﻟﻰ ﺃﻟﻒ عام

 

Terjemahan

 

Rasulullah saw bersabda: Doa dan sedekah itu hadiah kepada mayyit

 

Berkata Umar: sedekah setelah kematian maka pahalanya sampai tiga hari dan sedekah dalam tiga hari akan tetap kekal pahalanya sampai tujuh hari, dan sedekah di hari ke tujuh akan kekal pahalanya sampai 25 hari dan dari pahala 25 sampai 40 harinya lalu sedekah dihari ke 40 akan kekal hingga 100 hari dan dari 100 hari akan sampai kepada satu tahun dan dari satu tahun sampailah kekalnya pahala itu hingga 1000 hari (Al-Hawi lil Fatawi 2/198)

 

Takhrij

 

Hadith “Doa dan sedekah itu hadiah kepada mayyit”:

 

Ia ditemukan dalam kitab Hadiyyatul Ahya ilal Amwat wa Maa Yashilu Ilaihim 1/174, daripada Abu Hurairah ra. yang diriwayatkan oleh Abul Husain Ali bin Ahmad Al Hakkari.   Juga disebutkan dalam kitab I'anah at-Thalibin 2/161, Hashiyah al-Bujairimi 2/301, Daqaiq al-Akhbar hal. 18

 

((اهدوا لموتاكم)) ، قلنا: وما نهدي يا رسول الله الموتى؟ قال: ((الصدقة والدعاء))

 

Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda, “Kirimlah hadiah untuk orang-orang yang meninggal di antara kalian.” Para sahabat bertanya, “Apa yang kami kirimkan wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Sedekah dan doa.”

 

Hadith dhaif jiddan kerana:

 

Keterputusan sanad antara Ibnu Juraij dan Musa al-Wirdan (al-Ilal al-Waridah fi ahadith an-Nabawiyah 8/318).

 

Ali bin Musa Bashri dan Abul Qasim an-Nasaiburi majhul hal. Tidak ditemukan Jarh wa Ta’dil mereka.

 

Muhammad bin al-Husin bin Musa al-Sulmi, dia dilemahkan oleh para ulama hadith (Lisanul Mizan no. 6695)

 

Atsar Umar ra:

 

Tidak ditemukan asalnya. Kemungkinan ia adalah kutipan daripada beberapa riwayat, yang ternyata riwayat-riwayat tersebut juga dhaif.

 

1. Hadith Thawus

 

إِنَّ الْمَوْتَى يُفْتَنُونَ فِي قُبُورِهِمْ سَبْعًا ، فَكَانُوا يَسْتَحِبُّونَ أَنْ يُطْعَمَ عَنْهُمْ تِلْكَ الْأَيَّامِ

 

“Sesungguhnya orang mati diuji di kuburnya selama tujuh hari. Mereka menyatakan sunnah memberi makanan atas nama orang mati itu selama  hari-hari tersebut.”

 

 

Takhrij

 

HR. Abu Nu'aim dalam Hilyahtul Auliya' 4/11.  Hadith maqthu.

 

Iaitu dari jalur Hasyim bin Qasim, telah meriwayatkan kepada kami Al-Asyja’i, dari Sufyan, dia bekata, Thawus berkata,........

 

Sanad rijalnya seluruhnya tsiqah, tetapi sanad tersebut putus antara Sufyan dan Thawus. Maka hadit tersebut dhaif (Tahqiq Mathalib 'Aliyah, 5/330).

 

Sufyan tidak pernah berjumpa Thawus (Al 'Ilal Wa Ma'rifatur Rijal no. 4579-80).

 

Dan, pendapat yang dipegang oleh As-Suyuthi bahawa Thawus wafat antara tahun 113-119 H sebenarnya sudah dibantah oleh Az-Zahabi.

 

لا رَيْبَ فِي وَفَاةِ طَاوُسٍ فِي عَامِ سِتَّةٍ وَمِائَةٍ، فَأَمَّا قَوْلُ الْهَيْثَمِ: مَاتَ سَنَةَبِضْعَ عَشْرَةَ وَمِائَةٍ فَشَاذٌّ. وَاللَّهُ أَعْلَمُ

 

Tidak ada keraguan tentang wafatnya Thawus pada tahun 106 H, adapun perkataan Al-Haitsam: "Wafat antara tahun 113-119H syadz (Siyar 'Alam Nubala 9/50).

 

 

 

2. Hadith 'Abdullah bin 'Umar

 

Dari Ibnu Juraij, ia berkata : Telah berkata ‘Abdullah bin ‘Umar

 

يفتن رجلان مؤمن ومنافق ، فأما المؤمن فيفتن سبعا ، وأما المنافق فيفتن أربعين صباحا

 

“Dua orang akan diuji, mukmin dan munafik, adapun orang mukmin akan diuji selama tujuh hari, sedangkan munafik akan diuji selama empat puluh hari.”

 

Takhrij

 

HR. Abdul Razzak dalam Al-Mushannaf no. 6757.

 

Riwayat ini dhaif kerana munqathi’. Ibnu Juraij tidak pernah bertemu dengan Ibnu ‘Umar. Selain itu, Ibnu Juraij sendiri seorang yang tsiqah namun sering melakukan tadlis dan irsal (Taqribut Tahdzib no. 4221).

 

Kemudian jika kita analisa lebih dalam, maka jalur riwayat ini telah terjadi mushahhaf dari nama Ubaid bin ‘Umair menjadi Abdullah bin Umar. Hal ini sudah tidak asing lagi jika melihat dalam Hasyah al-Suyuthi , diantaranya apa yang dikatakan oleh Ibn Abdil Barr al-Maliki (Al-Tamhiid limaa fii al-Muwatha minal ma’aani wa al-masaanid 22/252).

 

Adapun jika ia adalah Ubaid bin Umair, kebanyakan para ulama hadith menganggap bahawa beliau adalah tabi’in, bukan sahabat, kerana tidak ada bukti bahawa dia melihat Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam (Tahzib At-Tahzib, 7/71).

 

Ibnu Abdul-Bar rahimahullah berkata bahawa dia (Ubaid) berjumpa dengan Nabi shallallahu alaihi wa sallam. Sedangakan Muslim bin Hajjaj menyebutkan bahawa dia lahir pada masa Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam dan dia dikira sebagai tokoh kalangan tabi’in.” (Al-Isti’ab, 3/1018, Al-Ishabah, 5/47)

 

Kesimpulannya bahawa atsar Ubaid juga mursal (sanadnya hanya sampai sahabat saja) dan dalam sanadnya juga terdapat kritikan.

 

 

3. Hadith Mujahid

 

إن الموتى كانوا يفتنون في قبورهم سبعاً ، فكانوا يستحبون أن يطعم عنهم تلك الأيام

 

“Sesungguhnya orang yang wafat diuji di kuburnya selama tujuh hari. Mereka menganjurkan untuk memberi makan atas nama mayat.”

 

Takhrij

 

HN. Ibnu Rajab dalam kitabnya Ahwal Al-Kubur hal. 16, dari Mujahid bin Jabr. Tanpa sanad.

 

As-Suyuthi berkata demikian, “Tidak kami dapatkan sanadnya.” (Ad-Dibaj Syarhul Muslim, Sahih Muslim, 2/491).

 

 

Ibn Mubarak berkata:

 

اَلإِسْنَادُ مِنَ الدِّيْنِ وَلَوْلَا الإِسْنَادُ لَقَالَ مَنْ شَاءَ مَا شَاءَ

 

“Sanad itu sebahagian dari agama. Kalau bukan kerana sanad, pasti sesiapapun boleh berkata apa yang dia kehendaki (Muqaddimah Sahih Muslim 1/47 no. 32).

 

Imam Malik berkata:

 

لا تحمل العلم عن أهل البدع، ولا تحمله عمن لا يعرف بالطلب، ولا عمن يكذب في حديث الناس وإن كان لا يكذب في حديث رسول الله صلى الله عليه وسلم.

 

“Jangan mengambil ilmu dari orang ahli bid’ah, serta janganlah menukilnya dari orang yang tak diketahui darimana ia mendapatkannya, dan tidak pula dari siapapun yang dalam perkataannya ada kebohongan, meskipun ia tidak berbohong dalam menyebutkan hadith Rasulullah saw.” (Risalah Ahli as Sunnah wal Jama’ah 7/1418).

 

 

Kesimpulan as-Suyuthi (al-Hawi 2/217):-

 

Atsar Thawus dan Ubaid ini dihukumi sebagai marfu' mursal dan tidak dihukumi sebagai mauquf (sampai pada sahabat) meskipun tidak disebutkan secara jelas disandarkan kepada Nabi saw dalam perkara-perkara berkaitan hal ghaib seperti barzakh. Maka dia menjadi dalil bagi ketiga imam; Abu Hanifah, Malik dan Ahmad secara mutlak tanpa syarat.

 

Adapun menurut Imam Syafii radhiallahu anhu, maka dia berpendapat bahawa berdalil dengan mursal jika dikuatkan oleh salah satu perkara yang telah disepakati dalam bidangnya, di antaranya adalah adanya orang lain atau sahabat yang menyetujuinya sedangkan penguat di sini ada, kerana riwayat serupa diriwayatkan dari Mujahid dan dari Ubaid bin Umair, keduanya merupakan tabi’in, jika Ubaid bukan merupakan shahabat, maka kedua riwayat mursal tersebut menguatkan riwayat mursal pertama (Al-Hawi 2/220-222).

 

 

Akan tetapi, kesimpulan as-Suyuthi ini adalah lemah kerana:-

 

1- hanya atsar Thawus saja yang sanadnya selamat. Adapun yang diriwayatkan dari Ubaid bin Umair, dalam sanadnya terdapat kelemahan, sedangkan atsar Mujahid tidak adalah asalnya. Kerana itu yang tinggalhanya atsar Thawus, maka dengan demikian kekuatan atsar ini kehilangan kekuatannya secara keseluruhan.

 

2- Jika sebuah atsar bertentangan dengan hadith-hadith sahih, maka yang lebih kuat adalah kita menjadikan hadith sahih tersebut sebagai penentu. Maka kita tidak dapat memberikan hukum marfu terhadap atsar tersebut dan sebagai dalil. Kerana banyak hadith yang berbicara tentang fitnah kubur dan pertanyaan malaikat menunjukkan dalil yang jelas bahawa hal tersebut hanya terjadi sekali saja, tidak berlangsung selama tujuh hari, atau tidak berulang selama tujuh kali.

 

Yang paling terkenal adalah hadith Barra bin Azib radhiallahu anhu dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam tentang ciri ujian terhadap orang mukmin di alam kubur, iaitu;

 

يَأْتِيهِ مَلَكَانِ فَيُجْلِسَانِهِ فَيَقُولَانِ لَهُ : مَنْ رَبُّكَ ؟ فَيَقُولُ : رَبِّيَ اللَّهُ ، فَيَقُولَانِ لَهُ : مَا دِينُكَ ؟ فَيَقُولُ : دِينِيَ الْإِسْلَامُ ، فَيَقُولَانِ لَهُ : مَا هَذَا الرَّجُلُ الَّذِي بُعِثَ فِيكُمْ ؟ قَالَ : فَيَقُولُ : هُوَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ . فَيَقُولَانِ : وَمَا يُدْرِيكَ ؟ فَيَقُولُ : قَرَأْتُ كِتَابَ اللَّهِ فَآمَنْتُ بِهِ وَصَدَّقْتُ )رواه أبو داود، رقم 4753 وصححه الألباني في " صحيح أبي داود)

 

“Dua malaikat mendatanginya dan mendudukkannya lalu berkata kepadanya, ‘Siapa Tuhanmu?’ Dia berkata, ‘Tuhanku Allah’ Keduanya bertanya kepadanya, ‘Apa agamamu?” Dia berkata, ‘Agamaku Islam,’ Keduanya bertanya kepadanya, ‘Siapakah orang yang diutus kepada kalian?’ Dia berkata, ‘Dia adalah Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam,’ Keduanya berkata, ‘Darimana engkau tahu?’ Dia berkata, ‘Aku membaca Kitabullah, maka saya beriman kepadanya dan membenarkannya.” (HR. Abu Daud, no. 4753, disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahih Abu Daud)

 

Demikian pula halnya, banyak hadith yang berbicara tentang fitnah kubur, tidak ada satupun di dalamnya yang menunjukkan bahawa hal tersebut berlangsung selama tujuh hari penuh terhadap orang beriman dan empat puluh hari terhadap orang munafik.

 

Oleh itu meletakkan kaedah ‘hukum marfu terhadap atsar shahabat dan tabi’in’ tidak memiliki alasan kuat dalam kes ini, bahkan yang lebih utama dan lebih benar adalah tidak memberikan komentar sebagaimana sunnah tidak berkomentar dalam masalah ini, kita beriman cukup dengan yang terucap dan pernyataan jelas.

 

3- Tidak terdapat pernyataan dalam kitab-kitab fiqh yang terpercaya adanya nas yang menganjurkan memberi makan atas nama mayat selama tujuh hari berturut-turut, sebagaimana tidak kita temuka  seorang dari kalangan ulama yang berpendapat sebagaimana pendapat Imam Suyuthi, sehingga kesimpulannya itu mengundang keraguan yang tinggi.

 

 

Hadith tambahan

 

 

ﻓﻠﻤﺎ ﺍﺣﺘﻀﺮﻋﻤﺮ ﺃﻣﺮ ﺻﻬﻴﺒﺎ ﺃﻥ ﻳﺼﻠﻲ ﺑﺎﻟﻨﺎﺱ ﺛﻼﺛﺔ ﺃﻳﺎﻡ ، ﻭﺃﻣﺮ ﺃﻥ ﻳﺠﻌﻞ ﻟﻠﻨﺎﺱ ﻃﻌﺎﻡ، ﻓﻴﻄﻌﻤﻮﺍ ﺣﺘﻰ ﻳﺴﺘﺨﻠﻔﻮﺍ ﺇﻧﺴﺎﻧﺎ ، ﻓﻠﻤﺎ ﺭﺟﻌﻮﺍ ﻣﻦ ﺍﻟﺠﻨﺎﺯﺓ ﺟﺊ ﺑﺎﻟﻄﻌﺎﻡ ﻭﻭﺿﻌﺖ ﺍﻟﻤﻮﺍﺋﺪ ! ﻓﺄﻣﺴﻚ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﻋﻨﻬﺎ ﻟﻠﺤﺰﻥ ﺍﻟﺬﻱ ﻫﻢ ﻓﻴﻪ ، ﻓﻘﺎﻝ ﺍﻟﻌﺒﺎﺱ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﻟﻤﻄﻠﺐ : ﺃﻳﻬﺎ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺇﻥ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻗﺪ ﻣﺎﺕ ﻓﺄﻛﻠﻨﺎ ﺑﻌﺪﻩ ﻭﺷﺮﺑﻨﺎ ﻭﻣﺎﺕ ﺃﺑﻮ ﺑﻜﺮ ﻓﺄﻛﻠﻨﺎ ﺑﻌﺪﻩ ﻭﺷﺮﺑﻨﺎ ﻭﺇﻧﻪ ﻻﺑﺪ ﻣﻦ ﺍﻻﺟﻞ ﻓﻜﻠﻮﺍ ﻣﻦ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﻄﻌﺎﻡ ، ﺛﻢ ﻣﺪ ﺍﻟﻌﺒﺎﺱ ﻳﺪﻩ ﻓﺄﻛﻞ ﻭﻣﺪ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺃﻳﺪﻳﻬﻢ ﻓﺄﻛﻠﻮﺍ

 

Ketika Umar sebelum wafatnya, ia memerintahkan pada Shuhaib untuk memimpin solat, dan memberi makan para tamu selama 3 hari hingga mereka memilih seseorang, setelah pulang dari jenazah umar, mereka datang, sedangkan makanan telahpun dihidangkan, mereka tidak mahu makan kerana sedihnya, maka berkatalah Abbas bin Abdul Muttalib:

 

Wahai hadirin.. sungguh telah wafat Rasulullah saw dan kita makan dan minum setelahnya, lalu wafat Abu Bakar dan kita makan dan minum sesudahnya, dan ajal itu adalah hal yang pasti, maka makanlah makanan ini..!”, lalu beliau menghulurkan tangannya dan makan, maka orang–orang pun mengulurkan tangannya masing–masing dan makan.

 

Takhrij

 

HR. Abu Bakar dalam al-Ghailaniyat no. 296 dan 315, Ibnu Sa'ad dalam Tabaqhat Kubra 426-27 dan Ibnu 'Asakir dalam Tarikh Dimasyq 26/373.

 

Terdapat perawi yang lemah, Ali bin Zaid bin Jud’aan bahkan dituduh terpengaruh dengan fahaman tasyayyu’ (syi’ah) (Taqrib At-Tahdzib no. 4734, Tahdzibut Tahdzib no. 545, Ad-Du’afa 2/447, dan Al-Majruhin 2/103-104).

 

Hadith di atas jikalau sahih tidaklah menunjukkan upacara di adakan makan-makan selepas kematian.

 

Jadi proses menyediakan makanan sudah disediakan semenjak Umar masih hidup dan setelah Umar dikubur masih juga disediakan makanan. Akan tetapi para sahabat enggan untuk memakan kerana kesedihan yang mereka rasakan.

 

Dan dalam riwayat tersebut sangat jelas bahawa tujuan memakan makanan itu adalah kerana urusan pemerintahan, dan mereka harus makan untuk terus menyelenggarakan pemilihan khalifah.

 

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 172254.

Hadith mengikhlaskan diri beribadah kepada Allah swt selama 40 hari

 

Matan hadith

 

من أخلص للهِ أربعينَ يومًا تفجرتْ ينابيعُ الحكمةِ من قلبِه على لسانِه

 

Terjemahan

 

Barangsiapa yang ikhlas demi Allah s.w.t. selama empat puluh hari (dalam beribadah), nescaya mata air hikmah akan terbit dari lidahnya

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Abi Syaibah dalam Musannafnya 7/80; ad-Dailami dalam Musnadnya 3/564; Hilyah al-Auliya`, Abu Nu'aim 5/189, 10/70.

 

Hadith ini dhaif kerana terdapat keterputusan sanad antara Makhul dengan Abu Ayyub Al-Ansari. Selain itu, Hajjaj bin Arthah, rawi dari Makhul adalah seorang mudallis, dan ia meriwayatkannya secara mu’an’anah. Sedang seorang mudallis jika meriwayatkan hadith secara mu’an’anah (dengan memakai kata “dari”), maka hadithnya dhaif (lemah).

 

Al-Zarkasyi mendhaifkan hadith ini dalam al-La’liul Mansurah no. 137

 

Syeikh Al-Albani melemahkannya dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 38.

Hadith Makna Huruf-Huruf Hijaiyah

 

Matan hadith

 

معاني الحروف الهجائية على لسان الإمام علي عليه الصلاه السلام جاء يهودي إلى النبي صلى الله عليه و آله سلم وعنده أمير المؤمنين فقال له : ما الفائدة في حروف الهجاء؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم لعلي : أجبه , وقال اللهم وفقه وسدده فقال علي : مامن حرف إلا وهو اسم من أسماء الله عز وجلثم قال :أما الألف : الله الذي لا إله إلا هو الحي القيوموأما الباء : باق بعد فناء خلقه وأما التاء : تواب يقبل التوبة عن عباده وأما الثاء : الثابت الكائن يثبت الله الذين آمنوا بالقول الثابتvوأما الجيم : جل ثناؤه وتقدست أسماؤه وأما الحاء : حق حي حليم وأما الخاء : خبير بما يعمل العباد وأما الدال : ديان يوم الدين وأما الذال : ذو الجلال والإكرام وأما الراء : رؤوف بعباده وأما الزاي : زين المعبودين وأما السين : سميع البصيروأما الشين : شاكر لعباده المؤمنين وأما الصاد : صادق في وعده ووعيده وأما الضاد : الضار النافع وأما الطاء : الطاهر المطهروأما الظاء : الظاهر المظهر لآياته وأما العين : عالم بعباده وأما الغين :غياث المستغيثين وأما الفاء : فالق الحب والنوى وأما القاف : قادر على جميع خلقه وأما الكاف : الكافي الذي لم يكن له كفوا احد ولم يلد ولم يولدوأما اللام : لطيف بعباده وأما الميم : مالك الملك وأما النون : نور السماوات والأرض من نور عرشه وأما الهاء : هادي لخلقه وأما الواو : واحد صمد لم يلد ولم يولدوأما اللام : لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأما الياء : يد الله باسطة على خلقه فقال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم : هذا هو القول الذي رضي الله عز وجل لنفسه من جميع خلقه, فاسلم اليهودي

 

Terjemahan

 

Dari Husein bin Ali bin Abi Thalib ra, Seorang Yahudi mendatangi Nabi saw seraya bertanya, “Apa makna huruf hijaiyah?”.

 

Rasulullah saw berkata kepada Ali bin Abi Thalib, “Jawablah pertanyaannya, wahai Ali!”.

 

Kemudian Rasulullah saw berdoa, “Ya Allah, jadikanlah dia berhasil dan bantulah dia.

 

”Ali berkata, “Setiap huruf hijaiyah adalah nama-nama Allah.” Ia melanjutkan:

 

Alif (ا) : (Ismullah) nama Allah, yang tiada Tuhan selainNya. Dia selalu hidup, Maha Mandiri dan Maha Kuasa.

 

Ba’ (ﺏ): (al Baqi’) Maha Kekal, setelah musnahnya makhluk.

 

Ta (ﺕ): (al Tawwab) Maha Penerima Taubat dari hamba-hambaNya.

 

Tsa’ (ﺙ): (al Tsabit) Yang Menetapkan keimanan hamba-hambaNya.

 

Jim (ﺝ) : (Jalla Tsanauhu) Yang Maha Tinggi PujianNya kesucianNya, dan nama-namaNya yang tiada berbatas.

 

Ha’ (ﺡ) : (al Haq, al Hayyu, wa al Halim) Yang Maha Benar, Maha Hidup, dan Maha Bijak

 

Kha (ﺥ) : (al Khabir) Yang Maha Tahu dan Maha Lihat. Sesungguhnya Allah Maha Tahu apa yang kalian kerjakan.

 

Dal (ﺩ) : (Dayyanu yaumi al din) Yang Maha Kuasa di Hari Pembalasan

 

Dzal (ﺫ) : (Dzu al Jalal wa al Ikram) Pemilik Keagungan dan Kemuliaan

 

Ra (ﺭ) : (al Rauf) Maha Sayang

 

Zay (ﺯ) : (Zainul Ma’budin)  Kebanggaan Para Hamba

 

Sin (ﺱ) : (al Sami al Bashir)  Maha Dengar dan Maha Lihat

 

Syin (ﺵ) : (Syakur) Maha Penerima ungkapan terima kasih dari hamba-hambaNya

 

Shad (ﺹ) : (al Shadiq) Maha Jujur dalam menepati janji. Sesungguhnya Allah tidak mengingkari janjiNya.

 

Dhad (ﺽ) : (al Dhar wa al Nafi) Yang Menangkal Bahaya dan Mendatangkan Manfaat

 

Tha (ﻁ) : (al Thahir wal al Muthahir) Yang Maha Suci dan Menyucikan

 

Zha (ظ) : (Zhahir) Yang Tampak dan Menampakkan KebesaranNya

 

‘Ain (ﻉ) : (al ’Alim) Yang Maha Tahu atas segala sesuatu.

 

Ghain (ﻍ) : (Ghiyats al Mustaghitsin)  Penolong bagi yang memohon pertolongan dan Pemberi Perlindungan.

 

Fa (ف) : Yang Menumbuhkan biji-bijian dan tumbuhan.

 

Qaf (ﻕ) : Yang Mahakuasa atas makhluk-Nya.

 

Kaf (ﻙ) : (al Kafi) Yang Memberikan Kecukupan( bagi semua makhluk, tiada yang serupa dan sebanding dengan-Nya.

 

Lam (ﻝ) : (Lathif) Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya dengan kelembutan khusus dan tersembunyi.

 

Mim (ﻡ): (Malik ad dunya wal akhirah) Pemilik dunia dan akhirat.

 

Nun (ن) : (Nur) Cahaya langit, cahaya bumi, dan cahaya hati orang-orang beriman.

 

Waw (ﻭ) : (al Wahid) Yang Maha Esa dan tempat bergantung segala sesuatu.

 

Haa (ه) : (al Hadi) Maha Pemberi Petunjuk bagi makhluk-Nya. Dialah yang menciptakan segala sesuatu dan memberikan petunjuk.

 

Lam alif (لآ) : Lam tasydid dalam lafaz Allah untuk menekankan keesaan Allah, yang tiada sekutu bagiNya.

 

Ya (ﻱ): (Yadullahbasithun lil khalqi) Tangan Allah terbuka bagi makhluk. Kekuasaan dan kekuatanNya meliputi semua tempat dan semua keberadaan.

 

Rasulullah saw bersabda, ”Wahai Ali, ini adalah perkataan yang Allah rela terhadapnya.”

 

Dalam riwayat dijelaskan bahawa Yahudi itu masuk Islam setelah mendengar penjelasan Ali.

 

 

Takhrij

 

Tidak ditemukan asal dari kitab-kitab hadith muktabar sunnah dan kitab lainnya.

 

Malah ia ditemukan dalam kitab Syiah. Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Shaduq dalam Kitab Tauhid hal. 235-236, dan dalam Kitab Hadith Syiah Biharul Anwar 2/317, tanpa sanad.

 

Maka jelaslah ia palsu, tidak mempunyai asal, dan merupakan pendustaan ke atas nama Nabi saw yang dilakukan oleh Syiah Rafidah sepertimana dijelaskan oleh Syeikh Abdurrahman al-Suhaim dalam al-Meshkat.net.

 

 

Rujukan

 

http://www.almeshkat.net/vb/showthread.php?t=21840

Kisah seorang lelaki hutangnya terlunas dengan amalan 100 kali surah al-Ikhlas

 

Matan kisah

 

ان النبي عليه السلام كان جالسا على باب المدينة إذ مرت جنازة فقال النبي عليه السلام هل عليه دين فقالوا عليه دين أربعة دراهم فقال النبي عليه السلام صلوا عليه فإني لاأصلى على من كان عليه دين أربعة دراهم فمات ولم يؤدها فنزل جبريل عليه السلام وقال يامحمد إن الله عز وجل يقرئك السلام ويقول بعثت جبرائيل بصورة آدمي وأدى دينه فقال قم فصل فإنه مغفور ويقول من صلى على جنازته غفر الله له وقال النبي عليه السلام ياأخي ياجبرائيل من أين له هذا الكرامة فقال لقراءته كل يوم مائة مرة سورة قل هو الله أحد لأن فيها بيان صفات الله تعالى والثناء عليه قال من قرأها في جميع عمره مرة واحدة  لايخرج  من الدنيا حتى يرى مكانه فى الجنة خصوصا من قرأها فى الصلوات الخمس في كل يوم كذا مرات تشفع له يوم القيامة ولجميع اقربائه ممن قد استوجبت عليه النار

 

Terjemahan

 

Dihikayatkan, Pada suatu hari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tengah duduk di pinggiran kota Madinah. Tiba-tiba melintaslah sebuah keranda yang membawa jenazah seorang laki-laki. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam lantas bertanya, “Apakah mayat laki-laki itu meninggalkan hutang?”   Para sahabat menjawab, “Betul, laki-laki ini meninggalkan hutang sebanyak empat dirham.”   “Solatkanlah laki-laki itu oleh kalian, kerana aku tidak mahu mensolati orang yang memiliki hutang, lalu meninggal dan belum melunasinya,” tutur Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.   Tak lama kemudian, turunlah malaikat Jibril dan berkata, “Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah titip salam kepadamu dan berpesan, ‘Aku telah mengutus Jibril dalam rupa manusia dan melunasi hutang laki-laki itu.’ Maka bangkitlah engkau dan solatkanlah jenazah itu. Sebab, ia telah diampuni Allah dan Dia juga menyampaikan, siapa saja yang mensolati jenazah tersebut, maka dia juga turut diampuni.”   Penasaran terhadap alasannya, Rasulullah shallahu ‘alaihi wasallam pun bertanya kepada malaikat Jibril, “Wahai saudaraku Jibril, dari manakah kemuliaan laki-laki yang meninggal itu?”   Malaikat menjelaskan, “Berkat membaca Surah al-Ikhlas setiap hari sebanyak seratus kali. Kerana, di dalam surah itu terdapat penjelasan sifat-sifat Allah dan pujian kepada-Nya. Dan siapa saja yang membaca Surah al-Ikhlas satu kali seumur hidupnya, maka dia tidak akan keluar dari dunia ini (meninggal), kecuali telah melihat tempatnya di syurga. Khususnya, siapa saja yang membaca surah ini dalam solat lima waktu sebanyak beberapa kali, maka pada hari Kiamat akan diberi syafaat, bahkan diberi kesempatan untuk memberikan syafaat kepada kerabatnya yang telah dihukum masuk neraka.”

 

Takhrij

 

Tiada asal dan tidak tsabit dari Nabi saw.

 

Ia cuma sebuah hikayat yang dinukilkan oleh Syekh Muhammad Abu Bakar dalam Mawa‘izh al-‘Ushfuriyyah hal. 44, DKI, Tanpa Sanad.

Hadith kelebihan 3 akhir ayat surah al-Hasyr: didoakan 70 ribu malaikat dan dikurniakan pahala mati syahid

 

Dari jalan Ma'qil bin Yassar ra....hadithnya lemah:

 

عن معقل بن يسار عن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال: (من قال حين يصبح ثلاث مرات: أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم، ثم قرآ ثلاث آيات من آخر سورة الحشر وكل به سبعين ألف ملك يصلون عليه حتى يمسي، وإن مات في ذلك اليوم مات شهيداً، ومن قالها حين يمسي كان بتلك المنزلة)

 

Dari Ma’qil ibn Yassar dari Nabi ﷺ bersabda: “Barangsiapa membaca tiga kali di pagi hari,

 

أعوذُ باللهِ السميعِ العليمِ ، من الشيطانِ الرجيمِ،

 

Dan kemudian membaca tiga ayat terakhir Surah al-Hashr, Maka dengannya Allah akan mengutuskan 70000 malaikat untuk mendoakannya hingga petang hari, dan sekiranya dia meninggal dunia pada hari tersebut, Ia mati dalam keadaan syahid dan barangsiapa mengucapkannya pada petang hari, kedudukannya sama seperti itu” (HR. Tirmidzi no. 2922 dan Ahmad no. 20306)

 

Imam Tirmidzi berkata, Hadith ini gharib, kami tidak mengetahui kecuali dari jalan ini.

 

Disebutkan oleh Ats-Tsa’labi dalam Tafsirnya: 9/ 289 . Sanadnya dhaif kerana ada perawi yang bernama Khalid bin Thahman, ia didhaifkan oleh Yahya bin Ma’in.

 

Didhaifkan oleh Syeikh Al-Albani di dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 5732.

 

 

 

Dari Abu Umamah ra:

 

1.

 

مَن قرأَ خواتيمَ سورةِ الحشرِ في ليلٍ أوْ نهارٍ فماتَ من يومِهِ أوْ ليلتِه فقد أوْجَبَ اللهُ لهُ الجنةَ

 

Barangsiapa yang membaca akhir surah al-Hasyr baik malam mahupun siang, lalu dia meninggal pada hari itu, maka wajib baginya masuk syurga (HR. al-Baihaqi dalam Syuabhl Iman no. 2501, Ibnu Adi dalam al-Kamil 3/318, al-Khatib dalam Tarikh Baghdad 12/444).

 

Hadith batil menurut az-Zahabi dan Lajnah Daimah 142/142-143, bahkan ada ulama yang menilainya palsu kerana:

 

 Terdapat perawi bernama Sulaim bin 'Uthman al-Fawzi, nama beliau adalah Sulaim bin 'Uthman al-Tha'ei al-Himsi. Ibn Adi berkata:

 

"Beliau telah meriwayatkan daripada Muhammad bin Ziyad al-Alhani riwayat-riwayat yany munkar". (al-Kamil Fi Dhuafa'  3/317).

 

az-Zahabi turut membawakan hadith ini dan beberapa hadith lain yang diriwayatkan oleh Sulaim bin 'Uthman al-Fawzi, lalu beliau berkomentar:

 

Abu Zur'ah berkata: Hadith-hadith ini adalah palsu (Mizanul I'tidal 3/324).

 

 

2.

 

 

من تعوذ بالله من الشيطان ثلاث مرات ، ثم قرأ آخر سورة الحشر بعث الله سبعين ألف ملك يطردون عنه شياطين الانس والجن إن كان ليلا حتى يصبح ، وإن كان نهارا حتى يمسي

 

Dari Abu Umamah ra., Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang minta perlindungan kepada Allah dari gangguan syaitan (dengan membaca Taawudz) sebanyak 3 kali, kemudian dia membaca akhir Surah Al Hasyr, maka Allah akan mengirim 70000 malaikat untuk mengusir syaitan dari golongan jin dan manusia, jika malam - sampai fajar, dan jika siang - sampai matahari terbenam (HR. Ibnu Mardawaih sepertimana disebutkan as-Syaukani dalam Fathul Qadir 5/208-209, as-Suyuthi dalam Durar al-Manthur 8/122).

 

Hadith ini juga ditemukan dalam kitab hadith Syiah Biharul Anwar 89/309.

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...