Wednesday, 6 February 2019

Hadith buat isterimu mandi junub di hari jumaat & raih keutamaan bersegera menuju solat jumaat dan jimak malam jumaat

Hadith:


Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam bersabda,


مَنْ غَسَّلَ وَاغْتَسَلَ وَغَدَا وَابْتَكَرَ فَدَنَا وَأَنْصَتَ وَلَمْ يَلْغُ كَانَ لَهُ بِكُلِّ خُطْوَةٍ كَأَجْرِ سَنَةٍ صِيَامِهَا وَقِيَامِهَا

Terjemahan

“Barangsiapa yang membuat istrinya mandi junub dan ia pun mandi, lalu ia berangkat ke masjid dan bersegera, kemudian ia mendekat kepada imam dan diam mendengarkan khutbah serta tidak berbuat sia-sia, maka setiap langkahnya seperti pahala puasa dan sholat setahun.” [HR. Ahmad dari Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash radhiyallahu’anhuma, Shahihut Targhib: 693]

Takhrij:

HR Ahmad dari Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash, no. 6954 Syuaib al-Arnauth menilainya hasan lighairih.


قال الإمام أحمد : (غَسَّل) أي : جامع أهله ، وكذا فسَّره وكيع

Imam Ahmad berkata, makna ghassala adalah menyetubuhi isteri. Demikian ditafsirkan pula oleh Waki’ (Dinaqalkan oleh Ibnu Qayyim dalam Zaadul Ma'ad 1/385).

As Sindi menjelaskan makna dari “ghassala” adalah ghuslul a’dha lil wudhu iaitu memandikan anggota badan untuk wudhu, lalu dilanjutkan dgn ihgtasala yang ertinya mandi junub kerana tatacara mandi junub adalah wudhu dulu, baru mandi. (Tahqiq Musnad Ahmad 11/545).


Ada ulama yang menafsirkan maksud hadis penyebutan mandi dengan ghasala bermakna mencuci kepala, sedangkan ightasala berarti mencuci anggota badan lainnya (Tuhfatul Ahwadzi 3/3). Bahkan inilah makna yang lebih tepat (Hasyiyah As Suyuthi ‘ala Sunan An Nasai 3/95).

Pendapat ini dikuatkan dengan adanya sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud yang berbunyi,

مَنْ غَسَلَ رَأْسَهُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَاغْتَسَلَ

“Barangsiapa yang membersihkan kepalanya pada hari Jumaat dan mandi.”(HR Abu Daud no. 346 disahihkan oleh al-Albani).

Syaikh Muhammad Shalih al-Munajjid, menyatakan bahawa pendapat yang rajih—menurut beliau—adalah bahawa hadis yang memuat perintah untuk mandi di hari Jumaat tersebut berkaitan dengan mengisi waktu lengang istirehat untuk persiapan solat Jumat dimana pada waktu tersebut dianjurkan untuk mandi, memakai wewangian, dan meminyaki rambut, jadi sama sekali tidak ada kaitannya dengan anjuran melakukan jimak atau menggauli isteri di malam Jumaat, paginya, atau siangnya.

Wallahu a’lam.


Rujukan:

Fatwa soaljawab Islam no. 292165



No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...