Hadith
إِذَا فَعَلَتْ أُمَّتِي خَمْسَ عَشْرَةَ خَصْلَةً حَلَّ بِهَا الْبَلَاءُ
فَقِيلَ وَمَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا كَانَ الْمَغْنَمُ دُوَلًا
وَالْأَمَانَةُ مَغْنَمًا وَالزَّكَاةُ مَغْرَمًا وَأَطَاعَ الرَّجُلُ زَوْجَتَهُ
وَعَقَّ أُمَّهُ وَبَرَّ صَدِيقَهُ وَجَفَا أَبَاهُ وَارْتَفَعَتْ الْأَصْوَاتُ
فِي الْمَسَاجِدِ وَكَانَ زَعِيمُ الْقَوْمِ أَرْذَلَهُمْ وَأُكْرِمَ الرَّجُلُ مَخَافَةَ
شَرِّهِ وَشُرِبَتْ الْخُمُورُ وَلُبِسَ الْحَرِيرُ وَاتُّخِذَتْ الْقَيْنَاتُ
وَالْمَعَازِفُ وَلَعَنَ آخِرُ هَذِهِ الْأُمَّةِ أَوَّلَهَا فَلْيَرْتَقِبُوا
عِنْدَ ذَلِكَ رِيحًا حَمْرَاءَ أَوْ خَسْفًا وَمَسْخًا
Terjemahan
Jika ummatku mengerjakan lima
belas perkara maka bencana pasti akan menimpa mereka, " ditanyakan kepada
beliau: Apa perkara itu wahai Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam? beliau
menjawab: "Apabila harta rampasan dimonopoli kelompok tertentu, amanat
dijadikan harta rampasan, zakat dijadikan sebagai denda, suami tunduk kepada
isterinya, derhaka kepada ibunya, berbuat baik kepada temannya, kasar terhadap
bapanya, meninggikan suara di masjid, pemimpin suatu kaum adalah orang yang
paling hina, seseorang dihormati kerana dikhawatirkan dari kejahatannya,
meminum khamar (arak), memakai sutera, mengambil para wanita penyanyi dan alat
alat muzik, dan akhir ummat ini melaknat orang orang pendahulu, maka tunggulah
saat itu akan datang angin merah atau tanah longsor atau diganti rupanya.
Takhrij
HR. Tirmidzi, Kitab
Fitan, Bab al-'Alamai Hululi al-Maskhi wal Khasf, dari Ali bin Abi Talib, no.
2210.
Didhaifkan oleh
al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 1170.
Didhaifkan oleh Imam
Tirmidzi dalam Sunannya
Didhaifkan oleh
Mubarakfuri dalam Tuhfat al-Ahwadzi 6/69.
Didhaifkan oleh Ibn
Bazz dalam Majmu Fatawa 26/243.
No comments:
Post a Comment