Hadith:
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ
الْبَاهِلِيِّ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
:خَمْسُ لَيَالٍ لا تُرَدُّ فِيهِنَّ الدَّعْوَةُ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ رَجَبٍ،
وَلَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، وَلَيْلَةُ الْجُمُعَةِ، وَلَيْلَةُ
الْفِطْرِ، وَلَيْلَةُ النَّحْرِ
Terjemahannya:
Daripada Sayyidina
Abu Umamah al-Bahili رضي الله عنه, beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah
صلى الله عليه وآله وسلم: Lima malam yang tidak ditolak pada malam
tersebut akan doa, (iaitu) awal malam daripada Rejab, malam nisfu Sya’ban,malam
Jumaat, malam raya fitri dan malam raya korban (disebut oleh Ibn ‘Asakir di dalam
Tarikh Dimasyq 10/408, al-Albani menilainya maudhu' dalam Silsilah
Hadith Dhaif no. 1452).
Yang benarnya, perkataan ini adalah dari Imam Syafie dalam kitabnya al-Umm
وَبَلَغَنَا أَنَّ الدُّعَاءَ
يُسْتَجَابُ فِيْ خَمْسِ لَيَالٍ : فِيْ لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ ، وَلَيْلَةِ
الْأَضْحَى ، وَلَيْلَةِ الفِطْرِ ، وَأَوَّلِ لَيْلَةِ مِنْ رَجِبٍ ، وَلَيْلَةِ
النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ
وأنا أستحب كل ما حكيت في هذه
الليالي من غير أن يكون فرضاً "الأم"
Terjemahannya:
Telah sampai kepada kami, bahawa doa yang
dimustajabkan (yakni yang makbulkan oleh Allah) pada lima malam iaitu pada
malam Jumaat, malam hari raya korban, malam hari raya fitri, awal malam daripada
bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban. Beliau menganggap amalan berdoa pada hari
tersebut adalah mustahab bukan fardhu (Al-Umm 1/264).
ayat di atas (Telah sampai kepada kami) jelas menunjukkan Imam Syafie dapat dari sumber yang tidak jelas bagi beliau.
Bila dibuat semakan,
riwayat tersebut berasal dari riwayat marfu' dalam Tarikh Dimasyq (seperti telah disebutkan di atas), tapi palsu. ada 2 perawi pendusta, Bundar bin Umar ar-Ruyani dan Ibrahim bin Abi Yahya (Mizanul I'tidal 1/353; 1/58)
ada juga riwayat mauquf dari Ibnu Umar ra diriwayatkan oleh Abdurrazzaq dalam Musannafnya 4/317, juga dhaif.
riwayat tersebut berasal dari riwayat marfu' dalam Tarikh Dimasyq (seperti telah disebutkan di atas), tapi palsu. ada 2 perawi pendusta, Bundar bin Umar ar-Ruyani dan Ibrahim bin Abi Yahya (Mizanul I'tidal 1/353; 1/58)
ada juga riwayat mauquf dari Ibnu Umar ra diriwayatkan oleh Abdurrazzaq dalam Musannafnya 4/317, juga dhaif.
وَأَخْبَرَنِي مَنْ، سَمِعَ الْبَيْلَمَانِيَّ يُحَدِّثُ عَنْ أَبِيهِ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: " خَمْسُ لَيَالٍ لَا تُرَدُّ فِيهِنَّ الدُّعَاءَ: لَيْلَةُ الْجُمُعَةِ، وَأَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ رَجَبٍ، وَلَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، وَلَيْلَتَيِ الْعِيدَيْنِ "
Telah menyampaikan kepada saya seseorang yang mendengar daripada Al-Bailamani, yang menyampaikan daripada ayahnya, daripada Ibnu 'Umar bahawa: Lima malam yang doa padanya tidak tertolak: Malam pertama Rejab, malam Nisfu Sya'ban, malam Jumaat, malam dua hari raya.
Terdapat perawi yang dikritik Imam Bukhari dan Abu Hatim sebagai Munkarul hadith, iaitu Muhammad bin Abdul Rahman al-Bailamani (Tahzib al-Tahzib 9/261; Mizanul I'tidal 2/551)
No comments:
Post a Comment