Adapun riwayat nabi
berbicara/mengakui binatang boleh bercara memang terdapat dalam banyak riwayat.
Tetapi darjat kisah tersebut ada yang sahih ada yang palsu. Antaranya:-
Kisah unta (nabi
memahami rintihan unta) - Abu Daud 2186, Silsilat al-Ahadith al-Sahihah, 485.
Kisah serigala, lembu
(nabi mengakui kebolehan binatang berbicara) - Bukhari 3471, 3690, 2324, 2156;
Muslim 2388.
Burung humara - Ahmad
3643 isnadnya sahih
Peha kambing
berbicara dengan nabi - Abu Daud 3912 hasan.
Yang diperselisihkan
kesahihan:-
Bercakap dengan singa
- tidak sahih dari nabi kerana yang boleh bercakap itu hamba nabi yang telah
dimerdekakan (Safeenah) - fatwa islamweb no 144539
Kisah nabi berbicara
dengan kijang - Thabarani dan Dalail Nubuwah dan di albani berkata dhaif jiddan
(fatwa islamweb 144539).
Nabi berbicara terus
dengan keldai (nama Ya'fur) - dinukil dari kitab Bidayah wa Nihayah 6166 dan
kitab syiah Khaafiy 1/293 dan Bihar al- anwaar 17/405 - kisah ini di lemahkan
oleh ramai ulama hadis kerana mu'dhol...perawinya tidak dikenali, masakan
perawi hadist adalah keldai.
Kisah dhab berbicara
dalam bahasa arab kepada nabi - Bidayah wa Nihayah 6/149......
Imam Ibn Kathir
berkata di dalam al-Bidayah : Pada kisah ini terdapat keganjilan dan aneh.
Ibn Dihyah mengatakan
di dalam al-Khasais : Ini adalah kisah palsu.
Imam al-Zahabi pula
berkata di dalam al-Mizan : Kisah ini adalah bathil.
Imam al-Hafiz Ibn
Hajar berkata di dalam al-Lisan : Kisah ini bathil kerana salah seorang
daripada perawi di dalam kisah ini iaitu Muhammad bin Ali bin al-Walid
al-Sulami al-Basri adalah munkar al-Hadith.
Rujukan:
Irsyad al-hadis siri
ke 30.
Fatwa Islamweb no
144539
http://www.al-eman.com/Islamlib/viewchp.asp?BID=251&CID=95&SW=دماغك#SR1
No comments:
Post a Comment