Monday, 27 May 2019

Kelebihan surah al-Ikhlas

 

Hadith 1

 

Matan hadith

 

عن ابن عباس عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال :لما أسري إلى السماء رأيت العرش على ثلثمائة وستين الف ركن من الركن الى الركن ثلثمائة الف وتحت كل ركن اثنا عشر الف صحراء من المشرق الى المغرب وفي كل صحراء ثمانون الفا من الملائكة يقرؤون قل هو الله احد فإذا فرغوا من القراءة يقولون يا ربنا يا سيدنا قد وهبنا ثواب هذه القراءة لمن قرأ قل هو الله احد من الرجال والنساء...

 

Terjemahan

 

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya {Rasulullah SAW} Isra’ ke langit, saya melihat Arasy di atas 360000 tiang dan jarak jauh antara satu tiang ke satu tiang yang lain ialah 300000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap tiang  itu terdapat padang pasir yang jumlahnya 12000 dan luasnya setiap satu padang itu seluas dari timur  hingga ke barat. Pada setiap padang itu terdapat 80000 Malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca Surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik lelaki mahupun perempuan...

 

Takhrij

 

Hadith ini ditemukan di dalam kitab sufi yang ditulis oleh As-Sayyid Muhammad Haqqiy An-Naziliy dalam Khazinat al-Asrar Jahilat al-Azkar hal. 162 dan Syeikh Utsman al-Khubawie dalam Durratun Nasihin hal. 332, tanpa sanad.

 

Pentahqiq Durratun Nasihin dalam nota kaki hadith ini menyebutkan, hadith ini tidak ditemui asal daripada kitab hadith muktabar sunnah.

 

Dinilai maudhu' ( palsu ) oleh panel dakwah JAKIM dalam soal jawab kemusykilan agama

 

Hadith 2

 

كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِتَبُوكَ، فَطَلَعَتِ الشَّمْسُ بَيْضَاءَ لَهَا شُعَاعٌ وَنُورٌ، لَمْ أَرَهَا فِيمَا مَضَى طَلَعَتْ قَطُّ كَذَلِكَ، فَأَتَى جِبْرِيلُ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: [يا جبريل، مالي أَرَى الشَّمْسَ طَلَعَتْ بَيْضَاءَ بِشُعَاعٍ لَمْ أَرَهَا طَلَعَتْ كَذَلِكَ فِيمَا مَضَى قَطُّ [؟ فَقَالَ: [ذَلِكَ لان معاوية بن مُعَاوِيَةَ اللَّيْثِيَّ تُوُفِّيَ بِالْمَدِينَةِ الْيَوْمَ، فَبَعَثَ اللَّهُ سَبْعِينَ أَلْفَ مَلَكٍ يُصَلُّونَ عَلَيْهِ [. قَالَ] وَمِمَّ ذَلِكَ [؟ قَالَ: [كَانَ يُكْثِرُ قِرَاءَةَ (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ، وَفِي مَمْشَاهُ وَقِيَامِهِ وَقُعُودِهِ، فَهَلْ لَكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْ أَقْبِضَ لَكَ الْأَرْضَ. فَتُصَلِّي عَلَيْهِ [؟ قَالَ] نَعَمْ [فَصَلَّى عَلَيْهِ ثُمَّ رَجَعَ.

 

Terjemahan

 

Pernah suatu ketika kami bersama Rasulullah SAW di Tabuk. Matahari terbit dengan sinaran dan cahaya putih, tidak seperti terbit yang biasa dilihat sebelumnya. Lalu datanglah Jibril dan Rasulullah SAW bertanya kepada beliau, ‘Wahai Jibril, mengapakah aku melihat matahari terbit dengan sinaran yang tidak pernah aku lihat terbitnya sebegitu sebelum ini?’ Jibril menjawab, ‘Itu kerana Muawiyah bin Muawiyah al-Laitsi meninggal di Madinah hari ini, maka Allah membangkitkan 70 000 malaikat untuk berselawat ke atasnya.’ Dia berkata, ‘Mengapa begitu?’. Jawab Jibril, ‘Adalah (Muawiyah) banyak membaca Qul huwallahu Ahad (Surah al-Ikhlas) sepanjang malam dan siang, ketika berjalan, bangkit dan duduknya. Maka adakah anda ingin wahai Pesuruh Allah aku tahan bumi ini supaya anda boleh berselawat (berdoa) juga keatasnya?’ Jawab Nabi, ‘Ya.’ Lalu Baginda berselawat ke atas Muawiyah kemudian pulang.

 

Takhrij

 

HR. Tsa'labi sepertimana disebutkan oleh al-Qurtubi dalam al-Jami’ li Ahkam al-Quran 20/250.

 

Ibn al-Jauzi dalam al-Ilal al-Mutanahiyah 1/298: “Tidak sahih.”

 

Ibn Hibban dalam al-Majruhin 2/173: “Hadith munkar yang tidak dapat dikuatkan dengan mutabaah.”

 

Imam Nawawi berkata Ulama sepakat atas kedhaifan hadith ini antaranya al-Baihaqi dengan katanya, ‘al-Ala’ mengambil hadith daripada Anas dengan hadith-hadith munkar.”

 

Berkata Imam al-Bukhari: “Munkarul Hadith”. Begitu juga pendapat Abu Hatim dan Ibn Adi

 

(Khulasah al-Ahkam 2/964).

 

 

Hadith 3

 

روى أبو نعيم من حديث أبي العلاء يزيد بن عبد الله بن الشخير عن أبيه قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم: “من قرأ { قل هو الله أحد } في مرضه الذي يموت فيه لم يفتن في قبره، وأمن من ضغطة القبر، وحملته الملائكة يوم القيامة بأكفها حتى تجيزه من الصراط إلى الجنة

 

Terjemahan

 

Abu Nu’aim meriwayatkan dari hadith dari Abul ‘Alaa’ Yazid bin Abdullah Asy-Syikhkhir, dari ayahnya, ia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ”Barangsiapa membaca surat “Qul Huwallaahu Ahad” (yakni surah Al-Ikhlas) pada sakit yang membawa kepada kematiannya, nescaya ia tidak akan menghadapi fitnah dalam kuburnya (yakni pertanyaan dan siksaan di alam kubur), ia juga aman dari disempitkan kuburnya, dan para malaikat akan membawanya dengan sayap-sayapnya melalui titian sirat mustaqim sampai ke dalam syurga.”

 

Takhrij

 

HR. Abu Nu’aim di dalam Hilyatu Al-Auliya’ 2/213, dan at-Thabarani dalam Mu'jam Al-Ausath 2/54 no.5913.

 

Hadith ini dinilai Maudhu’ (PALSU) oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif dan Maudhu' 1/473 no. 301.

 





Rujukan

 

Al-Kafi li al-Fatawi no. 346

 

Khazinat al-Asrar Jalilat al-Azkar, Syed Muhammad Haqqi an-Naziliy, 1909, Darul Kutub Arabiyyah Kubra, Mesir.

 

Durratun Nasihin, Syeikh Utsman al-Khubawie, 2016, Darul Arqam bin Abi al-Arqam, Beirut, Lebnon

 

http://kemusykilan.islam.gov.my/v2/index_jawapan.php?ids=106380&q=

 

https://archive.org/details/in.ernet.dli.2015.361929/page/n1

2 comments:

  1. Assalamualaikum.. bagaimana pula dgn hadis ni adakah sahih... Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca 10 kali surah Al-Ikhlas siang dan malam; Maka Allah memberinya sebuah istana dalam syurga.” (HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam

      Boleh semak sini:-

      https://tintasalatin.blogspot.com/2020/05/hadith-kelebihan-membaca-surah-al.html

      Delete

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...