Tuesday, 25 June 2019

Hadith 4 perkara sebelum tidur


Matan hadith



روي عن النبي صلى الله عليه وسلم انه قال لعائشة رضي الله عنها: يا عائشة لا تنامي حتى تعملي أربعه أشياء: حتى تختمي القران وحتى تجعلي الأنبياء لك شفعاء يوم القيامة، وحتى تجعلي المسلمين راضين عنك، وحتى تجعلي لك حجة وعمرة.

فدخل صلى الله عليه وسلم، فبقيت على الفراش حتى أتم الصلاة، فلما أتمها قالت: يا رسول الله، فداك أبي وأمي، أمرتني أربعه أشياء لا اقدر في هذه الساعة أن أفعلها

فتبسم رسول الله وقال: إذا قرأت قل هو الله احد ثلاثا فكأنك ختمت القران، وإذا صليت علي وعلى الأنبياء من قبلي فقد صرنا لك شفعاء يوم القيامة، وإذا استغفرت للمؤمنين فكلهم راضون عنك، وإذا قلت : سبحان الله والحمد لله ولا اله إلا الله والله اكبر فقد حججت واعتمرت.



Terjemahan

Diriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda berkata kepada Aisyah R.anha : Wahai ‘Aisyah jangan kamu tidur sehingga kamu melakukan empat perkara. Sehingga kamu khatam Al-Quran, sehingga kamu menjadikan para anbiya’ sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat kelak, sehingga kamu menjadikan orang muslim redha kepada kamu dan sehingga kamu melakukan haji dan umrah. Kemudian Nabi SAW masuk ke tempat tidur dan bersolat. Apabila Nabi SAW selesai menunaikan solat Aisyah berkata : Wahai Rasulullah, kamu memerintahkan aku untuk melakukan empat perkara, aku tidak mampu melakukan dalam satu masa yang singkat. Lalu Nabi SAW tersenyum dan berkata : Jika kamu membaca Qul Huwallahu Ahad tiga kali seakan-akan kamu telah mengkhatamkan Al-Quran. Jika kamu berselawat kepada aku dan kepada para nabi sebelumku maka kami akan jadi pemberi syafaat kepada kamu pada hari kiamat kelak. Jika kamu meminta ampun untuk orang mukmin maka mereka semua akan redha kepada kamu. Jika kamu menyebut : subhanallah, walhamdulillah dan La ilaha Illallah Wallahu Akbar maka kamu telah melakukan haji dan juga umrah.”



Takhrij

HN. Sheikh Utsman al-Khubawi dalam Durrantun Nasihin hal. 341 (Darul Fikr), juga dinukilkan oleh Isma’il Haqqi Al-Baraosawiy dalam Tafsir Ruh al-Bayan.


Dia (Ismai'l Haqqi) berfahaman Sufi yang meyakini Wahdatul Wujud. Dan di dalam kitab tafsirnya itu beliau banyak menyebutkan Israiliyyat), hadith-hadith dhaif dan maudhu’.

Hadith ini juga dijumpai dalam kitab Syiah dengan wasiat ini dituju kepada Fatimah az-Zahrah r.a dan Ali r.a.

Mufti Wilayah
Palsu, tiada asal

Syeikh Ibn Baz
Palsu, tiada asal

Syeikh Ibnu Utsaimin
Palsu, tiada asal

Dr . Muhammad Fathi Ali Ibrahim Al-Sakandari
Tiada asal

Ust. Muhammad Washito Abu Fawaz
Palsu

Pentahqiq Kitab Durratun Nasihin Dr. Ahmad Lutfi Fadlullah dalam takhrij hadith kitab Durratun Nasihin hal. 504; hal. 105 (Darul Arqam):
Tidak ditermui asalnya dalam kitab-kitab hadith yang muktamad.
Ini merupakan petanda kepalsuan hadith ini apabila ia tidak ditemui di dalam kitab-kitab hadith muktabar.
Syeikh Al-Mar'i bin Yusuf Al-Karmi Al-Hanbali menukilkan dalam kitabnya Al-Fawaid Al-Maudhu'ah hal. 69, bahawa Imam al-Suyuthi berkata:
وأما الآن فالعمدة على الكتب المدونة ، فمن جاء بحديث غير موجود فيها فهو رد عليه ، وإن كان من أتقى المتقين ،
Sekarang, yang dijadikan pegangan adalah kitab-kitab hadith yang telah disusun. Sesiapa yang datang dengan membawa hadith yang tidak wujud di dalam kitab-kitab hadith, maka ia tertolak walaupun yang membawanya adalah manusia paling bertaqwa.
Prof. Dr. Abul Lais Khayr Abadi dalam kitabnya Ulum al-Hadith: Asiluha Wa Muasiruha hal. 291-292. Ketika menyebutkan tentang petanda hadith palsu, beliau menyebutkan:
"Apabila ulama-ulama hadith mencari hadith dengan penuh ketelitian, lalu dia tidak menemuinya di dalam kitab-kitab hadith, kitab-kitab para huffaz, muhaddisin dan para perawi hadith. Maka ini merupakan petunjuk bahawa hadith itu palsu. Ini kerana ketiadaannya di dalam kitab-kitab hadith merupakan bukti bahawa ia tidak ada asalnya. Ini adalah selepas para ulama itu melakukan pembacaan menyeluruh kepada hadith-hadith di dalam kitab-kitab hadith. Imam Al-Suyuthi berkata: Adapun sekarang, maka yang menjadi pegangan adalah kitab-kitab yang bertulis. Sesiapa yang datang membawa hadith yang tidak wujud di dalamnya, maka ia tertolak.
Dr. Umar Muhammad Noor pernah menulis tentang isu hadith yang tidak ditemui dalam kitab-kitab hadith. Beliau menukilkan perkataan Imam Al-Syafie:
“...iaitu bahawa hadith-hadith yang sahih atau terletak di antara sahih dan lemah telah dihimpun dan ditulis dalam kitab-kitab para imam ahli hadith, tidak mungkin ada yang terlepas daripada pandangan mereka semua walaupun boleh terlepas ke atas sesetengah mereka, kerana jaminan pemilik syariah (Allah) yang akan menjaganya. Maka, siapa yang meriwayatkan sebuah hadith yang tidak dijumpai di sisi mereka semua, maka tidak diterima daripadanya. Dan siapa yang meriwayatkan sesuatu hadith yang dikenal dalam kalangan ulama, maka perawinya tidak bersendirian pada hari ini. Hujah telah tertegak dengan riwayat orang selainnya … (Manaqib al-Imam al-Syafii 2/321)
Syeikh Muhammad Al-Bashir Zhafir al-Azhari memasukkan kitab Durratun Nasihin dalam fasal ketiga, yang bertajuk buku-buku dan risalah-risalah yang mengandungi hadith-hadith palsu daripada kitab Tahzir al-Muslimin min al-Ahadis Al-Mawdhu'ah 'Ala Sayyidil Mursalin hal. 49.
Berkaitan kitab Durratun Nasihin, para ulama telah memberikan amaran tentang kitab ini. Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz berkata:
هذا الكتاب لا يعتمد عليه وهو يشمل أحاديث موضوعة وأشياء سقيمة لا يعتمد عليها، ......، فلا ينبغي أن يعتمد على هذا الكتاب وما أشبهه من الكتب التي تجمع الغث والسمين والموضوع والضعيف،
Kitab ini tidak boleh dijadikan pegangan. Ia mempunyai hadith-hadith palsu dan riwayat-riwayat lemah yang tidak boleh berpegang kepadanya.... Tidak patut berpegang dengan kitab ini atau kitab-kitab seumpamanya yang mengumpulkan hadith-hadith yang cacat, palsu dan dhaif.
Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin berkata dalam Fatawa Nur 'Ala Ad-Darb:
فتاوى نور على الدرب - لابن عثيمين (/ 65)
رأيي في هذا الكتاب وفي غيره من كتب الوعظ أن يقرأها الإنسان بتحفظ شديد؛ لأن كثيراً من المؤلفين في الوعظ يأتون بأحاديث لا زمام لها ولا قيود لها ولا أصل لها عن الرسول صلى الله عليه وسلم، بل هي أحاديث موضوعة أحياناً، وضعيفة جداً أحياناً، يأتون بها من أجل ترقيق القلوب وتخويفها، وهذا خطأ عظيم،
Pendapat aku tentang kitab ini dan kitab-kitab lain yang bertemakan nasihat agar orang ramai membacanya dengan penuh berhati-hati. Ini kerana ramai penulis kitab berbentuk nasihat membawakan hadith-hadith yang tiada asal daripada Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam. Bahkan hadith-hadith itu adakalanya palsu, tersangat dhaif. Mereka membawakan riwayat-riwayat itu atas dasar untuk melembutkan hati dan menimbulkan ketakutan (daripada melakukan dosa). Ini merupakan kesalahan yang besar.


Rujukan

Irsyad al-Hadith no. 496

Tesis PhD, 2017. Creedal Issues in Ismaeel Haqqi's Tafseer (Ruh Al Bayan), King Abdul Aziz University

http://arkib.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=487767&fbclid=IwAR0RhLI9zdwQU4PhROxUuk2XHW5tMsbscYhSEAtVoM6zOOz-W07Ox2SiSz0#487767


http://www.salamdakwah.com/baca-forum/derajat-hadits-tentang-keutamaan-melakukan-4-amalan-sebelum-tidur.html


https://youtu.be/pHP2lDaIXQE


Fatwa Soal Jawab Islam no. 99606 dan 30765

Fatawa al-Lajnah al-Daimah, 4/462, 463


No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...