1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
Takhrij : HR. Abu Daud no. 3358 – hasan
Ulasan : Barli telah dijalankan kajian secara ilmiah
dan ia mempunyai lebih 30 manfaat
kesihatan [1].
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah
seperti rumah yang tidak ada makanan.
Takhrij : HR. Muslim no. 2046
Ulasan: Konteks hadits merujuk makanan ruji pada zaman itu [2]. Dan
manfaat dalam kesihatan tidak mungkin di nafikan, atioksida, antikanser,
kesuburan, memelihara kesihatan otak dan jantung, antidiabetik, dan baik untuk
ibu mengandung, melahirkan dan menyusukan anak [3].
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
Takhrij: HR. Dailami di dalam musnadnya no. 4716 dan Abu Nuaim di
dalam Tibb an-Nabawi no. 467 – dhaif (Silsilah Hadith Dhaif no. 165).
Ulasan : Buah Tin mempunyai nilai perubatan tradisional dan
dibuktikan secara ilmiah, antikanser, antioksida, anti-Alzheimer, antimikrob, antidiabetic,
cegas sembelit, ubati luka dll [3].
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut
Takhrij: HR. Abu Nuaim di dalam Hilyatul Auliya no. 319, 371, didhaifkan
Ibnu Hibban. Ibnu Qayyim mengatakan hadith ini tidak sahih di dalam Zadul Maad
4/292.
Ulasan : Buah anggur mempunyai nilai perubatan dan tradisional serta
dibuktikan secara ilmiah. Kaya antioksida, antibakteria, antikanser, memelihara
kesihatan jantung, otak ,mata [3, 4].
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, *ubat
segala ubat*. Mengubati *cirit birit* jika dibancuh dengan air panas, membuka
selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminum waktu pagi dengan air
suam.
Takhrij: HR. Bukhari no. 5386, 5248 (cirit-birit, berubat dengan
madu), Ibnu Majah no. 3441 (menghindar penyakit) – dhaif, no. 3448 (penawar
penyakit kecuali mati) –sahih
Ulasan: Madu
memang sudah terkenal dengan khasiat perubatannya [5].
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak
yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.
Takhrij: HN. Ibnu Qayyim di dalam al-Manar al-Munif hal. 130. dan
Zadul Maad 4/263 – tidak ada satu pun hadith yang sahih berkenaan kelebihan
buah tembikai.
Ulasan: Tembikai
memang mengandungi zat dan vitamin yang banyak dan mempunyai maanfaat kesihatan
secara ilmiah [6], tetapi menisbatkan kelebihan-kelebihan ini secara tidak
sahih datang dari sabda Nabi SAW adalah satu perbuatan yang salah.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan.
Menguatkan belakang, memperbaik otak, memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.
Takhrij: HR. Ahmad no. 18831 (susu lembu adalah ubat penyakit)-
hasan, HR. Bukhari no. 5362 (khasiat susu unta)
Ulasan: Susu
(manusia, kambing, lembu) memang telah diketahui akan manfaatnya kepada
kesihatan manusia, baik untuk tumbesaran anak-anak, sumber protein [7] dan
terbaharu adalah susu unta sebagai antimikrob dan merawat penyakit perut dan
hati [8].
8. Cendawan – *Baik untuk mata*, perancang keluarga.
Takhrij: HR. Bukhari no. 5708
Ulasan: Terdapat
kesan antikanser, penyembuhan luka dan rawatan mata [9, 10]
9. Minyak Zaitun – Rawatan
kulit dan rambut. Melambatkan
penuaan, merawat radang perut.
Takhrij: HR. Tirmidzi no. 1851 (berminyak selain makan), 1859
(radang peparu) – sahih
Ulasan: Terdapat
kajian-kajian yang menunjukkan keberkesanan buah/minyak zaitun dalam perubatan
dan tradisional seperti mencantikkan kulit dan rambut, memelihara sistem
pernafasan dan kardiovaskular, antiradang dan antikanser [3, 11].
10. Delima – Membersihkan tubuh
dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
Takhrij: HR. Abu Nuai’m di dalam Hilyatul Auliya’ no. 363 –
dihukum palsu oleh Az-Zahabi di dalam Siyar ‘Alam an-Nubala 9/392-393 dan
as-Suyuthi di dalam Masnu’ah 2/177.
Ulasan: Delima juga telah terbukti secara saintifik mempunyai
manfaat dalam kesihatan manusia, tetapi tidaklah sampai mampu menghindari dari bisikan
syaitan (dihindari melalui bacaan zikir (al-A’raf: 201), ayat kursi, berdoa
(al-Baqarah: 186) dan amalan menghindari was-was yakni meminta perlindungan
seperti disebutkan dalam Hadith HR. no. 134, Antara manfaatnya adalah sebagai
antioksida, antidiabetic, anticirit birit, antibakteria, memelihara kesihatan
saraf, mencegah buasir deman dll [3].
11. Air – Minuman terbaik. *Jika dahaga hendaklah disedut
perlahan-lahan*, *jangan diteguk*, mudah
mendapat sakit pada hati.
Takhrij: HR. Tirmidzi no. 1884 (minum 3x nafas) - sahih, HR.
Bukhari no. 5628 (jangan meneguk air terus dari mulut bekas minuman)
Ulasan: Air sangat berharga dalam kehidupan manusia. Dalam konteks
minum, seelok-eloknya kita ikutilah sunnah Nabi SAW. Jangan pula kita terlalu
cepat percaya dengan sebaran-sebaran umum di internet, media sosial yang
menyarankan untuk minum air putih bergelas-gelas sekali gus untuk rawat
penyakit-penyakit tertentu.
Saya sendiri telah membaca buku terapi air putih tersebut,
kesimpulan yang dapat saya buat berdasarkan tinjauan pustaka dan ilmiah atas
kapasiti saya sebagai warga akademik dan penyelidik terbahagi kepada beberapa
poin
-terapi tersebut bercanggah dengan keperluan air untuk tubuh badan
manusia normal.
-terapi tersebut boleh menyebabkan pesakit mendapat gejala lebih
teruk, contohnya terapi pesakit buah pinggang perlu meminum air suam 4 gelas setiap
pagi sekali gus selama beberapa hari berterusan. Ini akan menyebabkan pesakit
itu mengalami edema.
-tidak ada “citation”
dan rujukan yang absah pada setiap fakta yang dikemukakan
Manusia bukanlah memerlukan air putih minimum 8 gelas sehari. Ini adalah
fakta yang selalu digunapakai tanpa diselidiki akan kesahihannya. Sehingga kini
tiada bukti saintifik yang menunjukkan tubuh manusia memerlukan minum air putih
dengan banyak [12, 13]. Dan Food and Nutrition
Board of the National Research Council telah menilai semula
cadangan untuk memminum 8 gelas sehari pada tahun 2002 lagi [13]. Tubuh
badan manusia dikurniakan sistem pengesan dahaga yang sangat berkesan. Ia dapat
mengesan haus dan menyukat keperluan air yang diperkukan oleh tubuh untuk
minum. Dan air yang diminum itu adalah mengikut jantina, keadaan tubuh (BMI),
jumlah makanan, aktiviti, umur, adanya dan penyakit-penyakit tertentu. Minum
air secara berlebihan pula dapat menyebabkan hyponatremia dan “water
intoxication”. Perlu diingat sumber air bukanlah semata-mata berasal dari
minuman sahaja malah ia datang dari sumber makanan yang kita makan. Air yang
berlebihan akan memberi beban kepada buah pinggang kita untuk menuras dan
menapis dan mengkumuhkan air tersebut. Ia akan berkerja lebih masa. Lebih teruk
lagi ada kes seorang wanita yang kehilangan pandangan apabila minum air
berlebihan, ia telah menyebabkan sel otak membengkak (edema). Beliau telah
meminum 7 liter air sehari selama 3 bulan untuk detoksifikasi dan mengurangkan
tekanan darah [14]. Perkara yang hampir serupa juga turut berlaku ke atas ibu
kepada 3 orang anak di United Kingdom, di mana beliau mengambil hampir 28 tin
Redbull sehari [15]. Kesimpulannya menurut kajian yang di jalankan oleh Centre
of Disease Control and Prevention, menyatakan bahawa tiada sebarang jumlah
tertentu untuk minum air putih dalam sehari, dan keperluan air tubuh turut
diambil kira daripada jumlah yang masuk dari sumber yang berbeza seperti
makanan, buah dan sayur [16-18].
Sabda Rasulullah
SAW:
"Siapa yang
menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh
pahala walau pun sudah tiada."
Takhrij:
Tidak ditemui asalnya.
Ulasan: Boleh jadi ia merujuk
kepada hadith berikut. Nabi SAW bersabda:
مَنْ
دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ
Sesiapa
yang menunjukkan kepada kebaikan, maka dia akan mendapat pahala sebagaimana
pelakunya (Sahih Muslim no. 1893).
Nota:
Hadith berkaitan
kelebihan makanan sahaja diterangkan melalui *bold* ataupun dinyatakan secara
spesifik dalam (). Mana-mana kelebihan tanpa *bold* dan () maka ia tidak
dijumpai dalam mana-mana hadith. Makai a akan diulas dengan bukti saintifik
sahaja secara general di bahagian ulasan.
Wallahu ‘Alam.
Rujukan
1. Marwat, S. K., Hashimi, M.,
Khan, K. U., & Khan, M. A. (2012). Barley (Hordeum vulgare
L.) A Prophetic Food Mentioned in Ahadith and its Ethnobotanical
Importance. American-Eurasian
J. Agric. & Environ. Sci, 12(7), 835-841.
2. https://www.facebook.com/DrRozaimiRamle/posts/1179069082120590/ Dicapai pada
25 Jun 2019.
3. Sumaiyah, M. T. (2015). TUMBUHAN
TERPILIH MENURUT PERSPEKTIF ISLAM DAN SAINS KESIHATAN (Master's
thesis, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia).
4. Sofia, H. Y. (2019). Perubatan Nabi:
Kefahaman terhadap sunnah dan praktis perawat. Journal of Islamic Social Sciences
and Humanity, 17, 97-106.
5. Khan, F. R., Abadin, Z. U.,
& Rauf, N. (2007). Honey: nutritional and medicinal value. International
Journal of Clinical Practice, 61(10), 1705-1707.
6. Perkins-Veazie, P. (2010). CUCURBITS,
WATERMELON, AND BENEFITS TO HUMAN HEALTH. Acta Horticulturae,
(871), 25-32.
7. Thorning, T. K., Raben, A.,
Tholstrup, T., Soedamah-Muthu, S. S., Givens, I., &
Astrup, A. (2016). Milk and dairy products: good or bad for human health?
An assessment of the totality of scientific evidence. Food &
Nutrition Research, 60(1), 32527.
8. Ali, A., Baby, B., &
Vijayan, R. (2019). From Desert to Medicine: A Review of Camel Genomics
and Therapeutic Products. Frontiers in Genetics, 10,
17.
9. Valverde, M. E., Hernández-Pérez, T.,
& Paredes-López, O. (2015). Edible Mushrooms: Improving Human Health
and Promoting Quality Life. International Journal of Microbiology, 2015,
1-14.
10. http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/sains/khasiat-polisakarida-cendawan-1.522661.
Dicapai pada
25 Jun 2019.
11. Covas, M., Fitó, M., & De la
Torre, R. (2015). Minor Bioactive Olive Oil Components and Health: Key
Data for Their Role in Providing Health Benefits in Humans. Olive and Olive Oil Bioactive Constituents, 31-52.
12. https://www.bharian.com.my/node/134960. Dicapai pada 26
Jun 2019.
13. Valtin, H. (2002). “Drink at least eight
glasses of water a day.” Really? Is there scientific evidence for “8 × 8”? American Journal of Physiology-Regulatory, Integrative and
Comparative Physiology, 283(5), R993-R1004.
doi:10.1152/ajpregu.00365.2002
14. The Apple Daily Taiwan inside The New Paper (World), Thursday, 22
Nov 2007, page 17.
15. https://www.telegraph.co.uk/news/health/news/11782369/Woman-going-blind-after-drinking-28-Red-Bulls-every-day.html.
Dicapai pada
26 Jun 2019.
16. https://www.medicalnewstoday.com/articles/306638.php. Dicapai pada
26 Jun 2019.
17. CDC. Beverage Consumption Among High
School Students — United States, 2010. MMWR Morb Mortal Wkly Rep.
2011;60(23):778-780.
18. National Center Health Statistics. National
Health and Nutrition Examination Survey, 2013–2014: overview. http://www.cdc.gov/nchs/data/nhanes/nhanes_13_14/2013-14_overview_brochure.pdf.
Dicapai pada 26 Jun 2019.
No comments:
Post a Comment