Ustaz Abduh Zulfidar
Akaha mengulas berkenaan cerita ini:-
Tidak ada riwayat
yang menyebutkan bahawa Utsman bin Affan ra. pernah lupa membayar zakat fitrah.
- Tidak ada hadits
yang mengatakan,
"Sangat merugi
bagi siapapun yang tidak membayar zakat fitrah. Kerana pahala zakat fitrah itu
sangatlah tak terhingga..."
"Jangankan
memerdekakan SEORANG Budak, memerdekakan SERATUS orang budak pun takkan dapat
menyamai pahala zakat fitrah".
===> Ini adalah
dusta ke atas Nabi SAW. Orang yang
sengaja tidak membayar zakat fitrah, dia berdosa, sehinggakan zakat itu diterima saja sebagai sedekah.
Daripada Ibn ‘Abbas RA berkata: “Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa daripada perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk serta untuk menjadi makanan kepada orang-orang miskin. Oleh sebab itu, sesiapa yang menunaikannya sebelum solat hari raya maka jadilah ia zakat fitrah yang diterima. Sesiapa yang menunaikannya sesudah solat hari raya maka jadilah ia sedekah biasa seperti sedekah sunat yang lain.” (HR. Abu Daud, No.1609, Ibn Majah, No. 1827, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, No. 7513, al-Daruqutni dalam sunannya, No. 2042- Hasan)
Tetapi hadits seperti di atas
tidak ada.
- Orang yg belum
bayar zakat fitrah kerana LUPA, dia boleh mengeluarkannya ketika ingat. Dan
mudah - mudahan diterima Allah SWT. Hal ini sebagaimana
hadits Nabi SAW tentang orang yang belum solat kerana lupa atau tidur, maka dia
mesti solat saat ingat atau bangun.
- Mengingatkan untuk
bayar zakat fitrah itu bagus. Tp mesti dengan cara yg benar. Tidak boleh dengan cara
berbohong atau mengarang cerita dusta atas Nabi SAW dan sahabat.
Rujukan
Majmu‘ Fataawa
al-Shaykh Ibn Baaz, 14/217
Fatwa Soal Jawab
Islam no. 162095
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1756092951067835&id=100000014410812
No comments:
Post a Comment