Melalui satu video ceramah oleh seorang Ustaz tanah air, beliau ada menyebutkan bagaimana Nabi SAW mengajar kita agar keluarga kita mudah untuk tidur malam. Tetapi huraian kepada (perkarah dilalkukan sebelum tidur) yang digunapakai itu agak lari dengan konteks hadith tersebut.
3 perkara yang memudahkan tidur malam?
1-tutup pintu baca bismillah
2-tutup lampu baca bismillah
3-tutup bekas makanan baca bismillah
Huraian
Matan hadith
( إِذَا كَانَ جُنْحُ
اللَّيْلِ أَوْ أَمْسَيْتُمْ فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ
يَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ ، فَإِذَا ذَهَبَ سَاعَةٌ مِنْ اللَّيْلِ فَخَلُّوهُمْ ،
وَأَغْلِقُوا الْأَبْوَابَ ، وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ
لَا يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا ، وَأَوْكُوا قِرَبَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ
، وَخَمِّرُوا آنِيَتَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ وَلَوْ أَنْ تَعْرُضُوا
عَلَيْهَا شَيْئًا، وَأَطْفِئُوا مَصَابِيحَكُمْ
Terjemahan
“Jika malam datang menjelang, atau kalian berada di
petang hari, maka tahanlah anak-anak kalian (di rumah), kerana ketika itu syaitan sedang bertebaran. Jika
telah berlalu sesaat dari waktu malam, maka biarkan mereka (jika ingin keluar).
Tutuplah pintu dan berzikirlah kepada Allah, kerana sesungguhnya syaitan tidak
dapat membuka pintu yang tertutup. Tutup pula bekas minuman dan makanan kalian
dan berzikirlah kepada Allah, walaupun dengan sekedar meletakkan sesuatu di
atasnya, matikanlah lampu-lampu kalian” (HR. Bukhari no 3280, Muslim no. 2012).
Sahih ijma'.
Matan Hadith
خَمِّرُوا الْآنِيَةَ وَأَوْكِئُوا الْأَسْقِيَةَ وَأَجِيفُوا الْبَابَ
وَأَطْفِئُوا الْمَصَابِيحَ عِنْدَ الرُّقَادِ فَإِنَّ الْفُوَيْسِقَةَ رُبَّمَا
اجْتَرَّتْ الْفَتِيلَةَ فَأَحْرَقَتْ الْبَيْتَ ، وَأَكْفِتُوا صِبْيَانَكُمْ
عِنْدَ الْمَسَاءِ فَإِنَّ لِلْجِنِّ انْتِشَارًا وَخَطْفَةً
Terjemahan
“Tutuplah bekas-bekas dan tempat minum kalian.
Serta matikanlah lampu-lampu ketika hendak tidur. Kerana fuwaisiqah (binatang
kecil, seperti cicak, serangga, dll) terkadang terlanggar sumbu dan boleh
membakar rumah. Dan tahanlah anak-anak kalian (di rumah) ketika petang hari
kerana jin bertebaran ketika itu dan terkadang menculiknya”
(HR. Ahmad no. 14747, disahihkan Syeikh al-Albani
di dalam Sahih Jami' no. 3256).
Hadith-hadith ini menunjukkan
beberapa perkara:
1.Dianjurkan untuk melarang anak-anak kecil keluar
rumah ketika menjelang malam. Iaitu petang hari menjelang maghrib hingga
beberapa saat setelah isyak. Kerana ketika itu syaitan yang berupa jin sedang
bertebaran di muka bumi. Adapun setelah beberapa saat masuknya waktu malam
(iaitu waktu isyak), maka dibolehkan untuk keluar.
2. Dianjurkan menutup pintu rumah, bilik dan
tingkap ketika malam hari. Ketika tidak ada keperluan untuk membukanya.
Anjurkan ini terutama ketika hendak tidur.
3. Juga dianjurkan untuk menutup bekas makanan,
tempat minum, tempat makan atau semisalnya. Jika tidak ada benda untuk
menutupnya, dianjurkan tetap berusaha menutupkan semua itu, walaupun dengan
tidak sempurna, semisal dengan menaruh sebatang kayu di atasnya.
Ibnu ‘Abdil Barr mengatakan:
وفي هذا الحديث الأمر بغلق
الأبواب من البيوت في الليل ، وتلك سنة مأمور بها رفقا بالناس لشياطين الإنس والجن
“Dalam hadith ini adalah perintah untuk menutup
pintu rumah di malam hari. Sunnah ini diperintahkan sebagai bentuk kasih
menjaga manusia dari gangguan syaitan yang berupa manusia atau berupa jin”
(Al Istidzkar, 8/363).
Ibnu Bathal mengatakan:
أمره عليه السلام بإغلاق الأبواب بالليل خشية انتشار الشياطين وتسليطهم على
ترويع المؤمنين وأذاهم
“Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam memerintahkan
untuk menutup pintu-pintu ketika malam hari kerana dikhuatiri tersebarnya jin
akan membuat orang dirasuki atau menimbulkan ketakutan dan gangguan pada kaum
mu’minun” (Syarah Shahih Al Bukhari, 9/67).
Imam An Nawawi menjelaskan:
هذا الحديث فيه جمل من أنواع الخير والأدب الجامعة لمصالح الآخرة والدنيا ،
فأمر صلى الله عليه وسلم بهذه الآداب التي هي سبب للسلامة من إيذاء الشيطان ، وجعل
الله عز وجل هذه الأسباب أسبابا للسلامة من إيذائه ، فلا يقدر على كشف إناء ، ولا
حل سقاء ، ولا فتح باب ، ولا إيذاء صبي وغيره إذا وجدت هذه الأسباب ، وهذا كما جاء
في الحديث الصحيح أن العبد إذا سمى عند دخول بيته قال الشيطان : ( لا مبيت ) أي :
لا سلطان لنا على المبيت عند هؤلاء ، وكذلك إذا قال الرجل عند جماع أهله : ( اللهم
جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا ) كان سبب سلامة المولود من ضرر الشيطان ،
وكذلك شبه هذا مما هو مشهور في الأحاديث الصحيحة
“Hadith ini mengandungi sejumlah ajaran kebaikan
serta adab-adab yang mengumpulkan maslahah dunia dan akhirat. Rasulullah
shallallahu alaihi wa sallam memerintahkan untuk melaksanakan adab-adab
sebagai sebab agar terhindar dari gangguan syaitan. Maka setan tidak mampu membuka penutup bekas
makan dan minum, tidak dapat membuka pintu dan tidak dapat mengganggu anak
kecil dan selainnya jika sebab-sebab dilakukan.
Untuk ibadah, ada yang dapat disingkapi oleh akal
hikmahnya, ada yang melalui jalur wahyu, ada yang melalui jalur ijtihad para
ulama. Diantara hikmah ibadah yang dapat kita ketahui melalui jalur wahyu
adalah, hikmah yang terkandung dalam perintah menutup bejana dan pintu-pintu
rumah (termasuk juga jendela) di malam hari.
Ibnu Daqiq Al ‘Ied mengungkapkan alasannya dengan
bahasa yang menarik,
وأما قوله : ( فإن الشيطان
لا يفتح بابا مغلقا ) فإشارة إلى أن الأمر بالإغلاق لمصلحة إبعاد الشيطان عن
الاختلاط بالإنسان وخصه بالتعليل تنبيها
على ما يخفى مما لا يطلع عليه إلا من جانب النبوة
“Sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu
yang tertutup.”
Potongan hadith ini menunjukkan, bahawa perintah
menutup pintu adalah untuk tujuan menjauhkan syaitan dari bercampurbaur dengan
manusia. Kemudian pada hadith hanya disebut alasan ini saja (menjauhkan
dari syaitan), kerana hal ini tidak dapat diketahui kecuali melalui jalur
kenabian (Fathul Bari 11/90).
Kesimpulan
Hadith ini sahih, tetapi konteksnya adalah perintah
berupa adab-adab perlu dilakukakn di rumah untuk manusia menjauhi gangguan
syaitan, bukan untuk memudahkan tidur malam.
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 153403, 125922.