Tuesday, 23 July 2019

Hadith doa khatam quran


Matan Hadith


من قرأ القرأن ثم دعا امن على دعائه اربعة الاف ملك

Terjemahan

Barangsiapa membaca al-Quran kemudian berdoa maka akan diaminkan oleh  4000 malaikat.



Takhrij

HR. ad-Darimi, Kitab Fadhail al-Quran, Bab Khatm al-Quran no. 3384, Humaid al-'Araj.


Ibnu Hajar al-Asqhalani di dalam Nataij al-Afkar 3/177, athar ini munqati' dan sanadnya dhaif.

Juga hadith doa khatam al-quran yang popular dalam masyarakat kita:

Doa

حديثُ الدعاءِ عندَ ختمِ القرآنِ
اللَّهُمَّ ارْحَمْنِي بِالْقُرْآنِ وَاجْعَلْهُ لِي إِمَامًا وَنُورًا وَهُدًى وَرَحْمَةً، اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مِنْهُ مَا نُسِّيتُ وَعَلِّمْنِي مِنْهُ مَا جَهِلْتُ وَارْزُقْنِي تِلَاوَتَهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ وَاجْعَلْهُ لِي حُجَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

Terjemahan

Ya Allah, rahmati aku dengan al-Qur`an, dan jadikanlah ia sebagai imam, cahaya, petunjuk dan rahmat bagiku. Ya Allah, ingatkanlah aku akan ayat yang terlupa, dan ajari aku apa yang belum aku ketahui darinya. Anugerahkan aku untuk membacanya di waktu malam dan siang. Jadikan ia sebagai hujjah untukku, wahai Rabb semesta alam.

Takhrij

Hadith di atas disebutkan oleh Al Ghazali dalam Ihya ‘Ulumuddin 1/278 dan doa ini diriwayatkan oleh Abu Mansur al-Arjani dalam kitab Fadha’il al-Qur`an bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam membacanya saat mengkhatamkan al-Qur`an.

Dalam sanad ini terdapat Daud bin Qays al-Farra`, seorang tabi’u tabi’in yang meriwayatkan dari Nafi’ bin Jubair bin Muth’im dan Ibrahim bin Abdullah bin Hunain. Al-Hafiz al-‘Iraqi menjelaskan bahawa hadith ini mu’dhal (An-Nasyr fil-Qira`at al-`Asyr, Ibnul-Jazari 2/464; al-Mughni ‘an Hamlil Asfar fil-Asfar, al-‘Iraqi 1/329)

Mu'dhal = Yakni pada sanadnya ada dua rawi yang terputus secara berurutan. Dengan demikian, hadith ini termasuk hadith yang lemah.

Selain itu, terdapat juga beberapa jalan sanadnya meriwayatkaa hadith yang sama:

Ada yang berasal dari hadith Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu, dalam sanadnya ada perawi yang pendusta (hadith maudhu’).

Ada pula dari hadith Abu Hurairah, namun tidak diketahui siapa yang mengeluarkan hadith itu.

Ada juga hadith dari ‘Ali bin Al Husain yang hukumnya mursal (seorang tabi’in berkata langsung dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam) dan di dalamnya juga ada perawi yang dituduh berdusta dan dituduh berfahaman Syiah Rafidah. (Syeikh Bakr Abu Zaid, Juz-u fii Marwiyaat Du’a Khatmi al Qur’an, hal. 264).
Tidak ada dalam sunnah nabawiyah doa khusus setelah menghatamkan al-Quran, tidak juga dari para sahabat Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam atau para Imam yang terkenal. Apa yang tertulis di akhir mushaf yang disandarkan kepada Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, tidak ada dalilnya( Fatawa Syeikh Ibnu Utsaimin, 14/226).


Syaikh Bakr Abu Zaid rahimahullah menjelaskan:-

Riwayat dalam masalah doa setelah khatam al-Quran tidak sahih sama sekali jika disandarkan pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Lihatlah bagaimana pelbagai kitab-kitab ulama Islam yang terkenal seperti Kutubus Sittah, Muwattha’, Musnad Ahmad, dan tulisan ulama dalam Bab zikir (seperti Ibnu Daqiq Al ‘Ied dalam al-Ilmam, al- Majd Ibnu Taimiyah dalam al-Muntaqa, Ibnu Hajar dalam Bulughul Maram, dan selainnya), dalam kitab-kitab  tersebut tidak menerangkan adanya doa (khusus) setelah khatam al-Quran. (Juz-u fii Marwiyaat Du’a Khatmi al-Quran, hal. 265).

Cuma yang ada hanyalah amalan Anas bin Malik, iaitu dengan mengumpulkan keluarga lalu mendoakan kebaikan bagi mereka, maka itu baik. Dan itupun masih terdapat kecacatan sanad dan tidak pula menyebutkan doa yang khusus 

عن أنس بن مالك كان رسولُ اللهِ ﷺ إذا ختم القرآنَ جمع أهلَه ودعا

Anas bin Malik R.A, apabila mengkhatamkan al-Quran, beliau mengumpulkan ahli keluarganya dan berdoa (AR. al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 2071, Abu Nua'im dalam Hilyatul Auliya  7/260, terdapat perawi yang lemah dan majhul dalam sanadnya)

Doanya ini sifatnya umum dan tidak dikhususkan pada satu-satu doa sahaja.



Rujukan

Fatwa Soaljawab Islam no. 65581.

Fatawa Arkanil Islam, hal. 354.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...