Tuesday, 24 September 2019

Hadith pembaharu (reformis) agama setiap 100 tahun

Matan hadith

Abu Hurairah ra., dari Rasulullah saw bahawa beliau bersabda:


«إِنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ الْأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مِائَةِ سَنَةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِينَهَا»


Terjemahan 

Sesungguhnya Allah mengutus untuk umat ini, pada setiap akhir seratus tahun, orang yang memperbaharui untuk umat agama mereka.

Takhrij

HR. Abu Daud no. 4291, Disahihkan oleh as-Sakhawi di al-Maqâshid al-Hasanah (149) dan al-Albani di as-Silsilah ash-Sahîhah no. 599.

Makna Hadith

• Daripada hadith ini, kita memahami bahawa Allah SWT akan mengutuskan kepada umat ini setiap seratus tahun orang-orang yang akan membantu masyarakat agar mereka tidak tersesat dan terpesong daripada agama ini dan dalam masa yang sama akan menjaga kesucian agama ini daripada unsur-unsur yang boleh mencemarkan ketulenan agama ini. Oleh itu, setiap orang muslim yang mengaku beriman perlu mempercayai hadith ini.


Imam Ahmad bin Hanbal berkata:

إِنَّ اللَّهَ يُقَيِّضُ لِلنَّاسِ فِي كُلِّ رَأْسِ مِائَةٍ مَنْ يُعَلِّمُ الناس السنن وينفي عن النبي الْكَذِبَ فَنَظَرْنَا فَإِذَا فِي رَأْسِ الْمِائَةِ عُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ وَفِي رَأْسِ الْمِائَتَيْنِ الشَّافِعِيُّ


Sesungguhnya Allah membatasi untuk masyarakat pada setiap penghujung seratus tahun orang yang mengajarkan masyarakat sunnah-sunnah dan menafikan kedustaan dari Nabi (ahlul hadith). Dan kami melihat pada penghujung seratus tahun pertama adalah Umar bin Abdul Aziz dan pada penghujung seratus tahun kedua adalah asy-Syafii (Siyaru A’laam An-Nubalaa’ 10/5-46).

Al-Imam Taajuddiin ‘Abdul Wahhaab bin ‘Aliy bin ‘Abdil Kaafiy As-Subkiy berkata dalam Thabaqaatusy Syaafi’iyyah Al-Kubraa 1/200 :

وهذا ثابت عن الإمام أحمد                                                                                                                                             

“Atsar ini telah tetap (tsabit) dari Al-Imam Ahmad.”

Yang membersihkan agama juga tidak semestinya seorang

Ibn Hajar : "Tidak semestinya setiap seratus tahun itu akan muncul seorang sahaja reformis, kemungkinan perkara tersebut dilakukan secara berkumpulan." [Fath al-Bari, 13:295]

Ibnu Kathir : "Hadith ini meliputi setiap individu pada masa kini yang melaksanakan fardhu kifayah iaitu dengan menunaikan amanah ilmu." [al-Bidayah wa al-Nihayah, 9:303]



Rujukan

Ahlul hadeeth siri ke - 22182

Irsyad al-Hadith siri ke-16, Mufti Wilayah Persekutuan.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...