Tuesday, 24 September 2019

Hadith jangan memukul anak menagis


Matan hadith


لا تضربوا أولادكم على بكائهم ، فبكاء الصبي أربعة أشهر : شهادة أن لا إله إلا الله ، وأربعة أشهر : الصلاة على محمد صلى الله عليه وسلم ، وأربعة أشهر : دعاء لوالديه

Terjemahan

Janganlah kamu pukul anak-anak kamu disebabkan mereka menangis (dalam masa setahun). Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua ia berselawat kepada Nabi shallAllahu alaihi wasallam. Dan pada empat bulan berikutnya ia mendoakan (kebaikan) bagi kedua orang tuanya.

Takhrij

HR. Al-Khathib Al-Baghdadi dalam Tarikh Banghdad 11/336, daripada Abdullah bin Amr ra. Al-Khathib Al-Baghdadi menilai hadith ini sebagai hadith yang sangat munkar.

Ibnul Jauzi menyebutkan hadith ini dalam kitab Al-Maudhuu’aat 1/233. Dan Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqhalani dalam kitab Lisan Al-Mizan 5/477 pula menilai hadith ini palsu.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...