Monday, 28 October 2019

Doa terhalang kerana tidak berselawat


Matan hadith

كل دعاء محجوب حتى يصلى على النبي صلى الله عليه وسلم

Terjemahan

Semua doa itu terhalang, sampai dibacakan selawat untuk Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.


Takhrij

HR. Thabarani dalam Mu’jam Al-Awsath 1/220, As-Suyuthi dalam Jami’ as-Saghir 2/160.

Hadith ini diperselisihkan, apakah marfu’ kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam atau mauquf kepada Ali bin Abi Thalib.

Jika marfu’ maka ia adalah dhaif jiddan (Tuhfat al-Dzakirin no. 58), kerana terdapat perawi hadits munkar, Muhammad Abdul Aziz Dinury.

Jika mauquf (ini adalah ucapan Ali bin Abi Thalib dan bukan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam) maka sanadnya sahih seperti yang diriwayatkan oleh at-Thabarani dan al-Baihaqi.

As-Sakhawi pula menghukumi hadith mauquf ini kepada hukum marfu’ dan mensahihkannya atau minimum hasan. Kerana mustahil sahabat berijtihad melainkan ia telah tsabit datang dari Nabi saw (Silsilah Hadits Sahih no. 2035).

Wallahu ‘alam

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...