Menurut Muhammad Ali Wafa dalam Majalah Nabawi 05/12/2017, jika ditinjau
dari kajian ilmu riwayat, hadith tersebut tidak memiliki sanad. Tidak adanya
sanad menjadikan hadith ini bermasalah, lemah tidak memiliki dasar yang jelas.
Ibnu Mubarak meriwayatkan:
اَلإِسْنَادُ مِنَ الدِّيْنِ وَلَوْلَا الإِسْنَادُ لَقَالَ مَنْ شَاءَ مَا
شَاءَ
Sanad adalah sebahagian dari agama, seandainya tanpa sanad seseorang
boleh berkata sekehendak hatinya (Muqaddimah Sahih Muslim, 1/15).
Muhammad bin Sirin berkata:
إِنَّ هَذَا الْعِلْمَ دِينٌ فَانْظُرُوا عَمَّنْ تَأْخُذُونَ دِينَكُمْ
“Sesungguhnya ilmu ini adalah agama, maka hendaklah kamu perhatikan
daripada siapa kamu mengambil agama kamu. (Muqaddimah Sahih Muslim 1/43-44)
Imam Muslim berkata:
فَإِذَا كَانَ الرَّاوِي لَهَا لَيْسَ بِمَعْدِنٍ لِلصِّدْقِ وَالْأَمَانَةِ
ثُمَّ أَقْدَمَ عَلَى الرِّوَايَةِ عَنْهُ مَنْ قَدْ عَرَفَهُ وَلَمْ يُبَيِّنْ
مَا فِيهِ لِغَيْرِهِ مِمَّنْ جَهِلَ مَعْرِفَتَهُ كَانَ آثِمًا بِفِعْلِهِ ذَلِكَ
غَاشًّا لِعَوَامِّ الْمُسْلِمِينَ إِذْ لَا يُؤْمَنُ عَلَى بَعْضِ مَنْ سَمِعَ
تِلْكَ الْأَخْبَارَ أَنْ يَسْتَعْمِلَهَا أَوْ يَسْتَعْمِلَ بَعْضَهَا وَلَعَلَّهَا
أَوْ أَكْثَرَهَا أَكَاذِيبُ لَا أَصْلَ لَهَا
Jika perawi bagi hadith-hadith itu bukan merupakan sumber bagi kebenaran
dan amanah kemudian orang yang memang mengenalinya memberanikan diri
meriwayatkan daripadanya dan dia tidak menyatakan keburukan yang ada pada
perawi tadi kepada orang lain iaitu orang-orang yang tidak tahu, maka dia
berdosa dengan perbuatannya. Dia adalah penipu bagi orang-orang awam Islam
kerana tidak selamat sebahagian orang yang mendengar cerita-cerita itu daripada
mengamalkannya semua atau sebahagiannya. Dan barangkali semuanya itu atau
kebanyakannya dusta belaka tidak ada puncanya. (Muqaddimah Sahih Muslim 1/22)
Sebuah ungkapan berharga Imam as-Syafie dalam ilmu hadith:-
وَجِمَاعُ هَذَا أَنَّهُ لَا يُقْبَلُ إِلَّا حَدِيثٌ ثَابِتٌ كَمَا لَا
يُقْبَلُ مِنَ الشُّهُودِ إِلَّا مَنْ عُرِفَ عَدْلُهُ، فَإِذَا كَانَ الْحَدِيثُ
مَجْهُولًا أَوْ مَرْغُوبًا عَمَّنْ حَمَلَهُ كَانَ كَمَا لَمْ يَأْتِ؛ لِأَنَّهُ
لَيْسَ بِثَابِتٍ
“Kesimpulan dari semua ini, bahawa tidaklah (sebuah hadith) diterima
kecuali hadith yang sah, sebagaimana tidaklah para saksi diterima
(persaksiannya) kecuali orang yang dikenali keadilannya. Sehingga apabila
hadith itu tidak diketahui atau dijarh perawinya, maka seakan hadits itu tidak
ada, kerana ketidaksahannya.” (Ma’rifat Sunan Wal Atsar, 1/180).
Imam Malik berkata:
لا تحمل العلم عن أهل البدع، ولا تحمله عمن لا يعرف بالطلب، ولا عمن يكذب في
حديث الناس وإن كان لا يكذب في حديث رسول الله صلى الله عليه وسلم.
“Jangan mengambil ilmu dari orang ahli bid’ah, serta janganlah
menukilnya dari orang yang tak diketahui darimana ia mendapatkannya, dan tidak
pula dari siapapun yang dalam perkataannya ada kebohongan, meskipun ia tidak
berbohong dalam menyebutkan hadith Rasulullah saw.” (Risalah Ahli as Sunnah wal
Jama’ah 7/1418).
Sehingga kemudian hadith seperti itu (tanpa sanad) dalam kajian ilmu
hadith disebut sebagai hadith yang la ashla lahu atau laisa lahu ashl (tidak
ada dasarnya). Hadith-hadith yang la ashla lahu seperti ini, tidak boleh
dibenarkan kerana tergolong sebagai hadith maudhu’ (palsu).
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ
– صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ دَجَّالُونَ
كَذَّابُونَ يَأْتُونَكُمْ مِنَ الْأَحَادِيثِ بِمَا لَمْ تَسْمَعُوا أَنْتُمْ
وَلَا آبَاؤُكُمْ ، فَإِيَّاكُمْ وَإِيَّاهُمْ ، لَا يُضِلُّونَكُمْ وَلَا
يَفْتِنُونَكُمْ .
Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Akan ada di
akhir zaman para Dajjal Pendusta membawa hadith-hadith kepada kalian yang tidak
pernah kalian mendengarnya dan bapak-bapak kalian juga belum pernah
mendengarnya. Maka jauhilah mereka oleh kalian, sehingga mereka tidak dapat
menyesatkan kalian dan tidak pula dapat memfitnah kalian (HR. Muslim no. 8).
No comments:
Post a Comment