Keutamaan
membaca selawat bersandarkan nas yang sahih
Yang
dimaksudkan dengan selawat di sini adalah selawat yang diajarkan oleh Nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadith-hadith beliau shallallahu ‘alaihi wa
sallam yang sahih (yang biasa dibaca oleh kaum muslimin dalam solat mereka
ketika tasyahhud) (HR. Bukhari no. 5996 dan Muslim no. 406), bukan
selawat-selawat bidaah yang diada-adakan oleh orang-orang yang kebelakangan,
seperti selawat nariyah, badriyah, berzanji dan selawat-selawat bidaah lainnya.
Kerana selawat adalah ibadah, maka syarat diterimanya harus ikhlas kerana Allah
Ta’ala semata dan sesuai dengan tuntunan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam
(Fadha-ilush shalaati wassalaam hal. 3-4).
Kelebihannya
adalah:-
1)Allah
swt berselawat (memberi rahmat) kepadanya
2)Digugurkan
kesalahan
3)Ditinggikan
darjat
4)Dikurniakan
keampunan
5)Diberikan
pahala
6)
dicukupkan segala urusan (dunia dan akhirat- Tuhfatudz Dzakirin hal. 45)
Dalil 1-6
:-
مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً ، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ،
وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَططياتٍ ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ
“Barangsiapa
yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya
sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan
baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak)
Takhrij
HR
an-Nasaie no. 1297, Ahmad 3/102, Ibnu Hibban no. 904 dan al-Hakim no. 2018. Disahihkan
oleh Ibnu Hibban, al-Hakim dan disepakati oleh az-Zahabi, juga disahihkan
oleh Ibnu hajar dalam “Fathul Baari” (11/167) dan Syeikh al-Albani dalam Sahih
Adabul Mufrad no. 643.
يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي أُكْثِرُ الصَّلَاةَ عَلَيْكَ فَكَمْ
أَجْعَلُ لَكَ مِنْ صَلَاتِي ؟ فَقَالَ : مَا شِئْتَ . قَالَ قُلْتُ الرُبُعَ ؟
قَالَ : مَا شِئْتَ فَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ . قُلْتُ النِّصْفَ ؟ قَالَ
: مَا شِئْتَ فَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ . قَالَ قُلْتُ فَالثُّلُثَيْنِ ؟
قَالَ : مَا شِئْتَ فَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ . قُلْتُ أَجْعَلُ لَكَ
صَلَاتِي كُلَّهَا ؟ قَالَ : إِذًا تُكْفَى هَمَّكَ وَيُغْفَرُ لَكَ ذَنْبُكَ
“Saya
berkata: “Wahai Rasulullah, sungguh saya telah memperbanyak berselawat
kepadamu, lalu seberapa banyak saya jadikan selawat saya kepadamu di dalam doa
saya ?, beliau menjawab: “Silahkan saja”, ia berkata: “seperempat ?”, beliau
menjawab: “Silahkan saja, dan jika kamu tambah maka akan lebih baik”. Saya
berkata: “setengahnya ?”, beliau menjawab: “Silahkan saja, dan jika kamu tambah
maka akan lebih baik bagimu”. Saya berkata: “Dua pertiga ?”. beliau menjawab:
“Silahkan saja, dan jika kamu tambah maka akan lebih baik”. Saya berkata: “Akan saya tujukan selawatku kepadamu
pada semua waktu”. Beliau menjawab: “Kalau begitu, maka akan dicukupkan semua
keinginanmu, dan dosamu akan diampuni”.
Takhrij
Imam
Tirmidzi berkata: “Hadith hasan sahih”, Dihasankan oleh Al
Mundziri di dalam At Targhib wa Tarhib, dihasankan juga oleh Al Hafiz di
dalam Fathul Baari (11/168), Al Baihaqi memberikan isyarat di dalam Syu’abul
Iman (2/215) dengan menguatkannya, disahihkan oleh Albani di
dalam Sahih At Targhib (1670) dan yang lainnya.
7. Tanda
cinta kepada Nabi saw (Fadhail as-solati wassalaam hal. 3-4).
8. Sebab
terkabulnya doa
كل دعاء محجوب حتى يصلى على النبي صلى الله عليه وسلم
Semua doa
itu terhalang, sampai dibacakan selawat untuk Nabi shallallahu ‘alaihi wa
sallam.
Takhrij
HR.
Thabarani dalam Mu’jam Al-Awsath 1/220, As-Suyuthi dalam Jami’ as-Saghir 2/160.
Disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 2035.
9. Majlis
yang dibacakan selawat akan dipenuhi dengan cahaya dan rahmat
ما جلس قوم مجلسا ثم تفرقوا ولم يذكروا الله و لم يصلوا على النبي صلى
الله عليه وسلم إلا كان عليهم من الله تره إن شاء عذبهم وإن شاء غفر لهم .
Tidaklah
suatu kaum bermajlis, lalu mereka bersurai dalam keadaan belum berzikir
mengingat Allah dan berselawat untuk Nabi shallallahu’alaihi wasallam melainkan
mereka akan mendapatkan kerugian dan penyesalan
dari Allah ta’ala,jika Dia berkehendak,Dia akan mengazab mereka,atau memberikan
ampunan untuk mereka
Takhrij
HR.
Tirmidzi no. 3380, dari Abu Hurairah.
Imam Tirmidzi berkata hadith ini hasan sahih. Juga diriwayatkan
Ahmad dalam Musnadnya no. 9842. Sanadnya dinilai sahih oleh Syeikh
al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 74.
10.
Mendapat syafaat
مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ : اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ
الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ ، وَالصَّلَلَاةِ الْقَائِمَةِ ، آتِ مُحَمَّدًا
الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ ، وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ : حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ
الْقِيَامَةِ
Siapa yg
mendengar azan setelah itu membaca: “Ya Allah, Tuhan kepada seruan yang
sempurna ini, dan solat yang didirikan, kurniakanlah kepada Nabi Muhammad
al-Wasilah dan al-Fadhilah, bangkitkan baginda dalam dikurniakan maqam yang
terpuji yg telah Engkau janjikan.” Dia berhak mendapat syafaatku pada hari
kiamat (HR. Bukhari no. 614).
11. Dekat
dengan Nabi saw
أَوْلَى النَّاسِ بِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَىَّ صَلاَةً
“Orang
yang paling dekat denganku di hari kiamat nanti adalah orang yang paling banyak
berselawat kepadaku”
Takhrij
HR.
Tirmidzi no. 484; Imam Tirmidzi menilai hadith ini hasan gharib dan didhaifkan
oleh Syeikh al-Albani, Ibnu Hajar berkata hadith ini mempunyai syawahid
dalam (Fathul Bari 11/172).
12.
Menghilangkan sifat bakhil
الْبَخِيلُ الَّذِى مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَىَّ
Orang yang
disebut bakhil adalah orang yang ketika disebut namaku di sisinya lalu ia tidak
berselawat untukku.
Takhrij
HR.
Tirmidzi no. 3546 dan Ahmad no. 1376. Syeikh al-Albani menilai hadith ini sahih.
Keutamaan
membaca selawat bersandarkan nas yang dhaif
1-Diampunkan
dosa kerana membaca 3x kerana kecintaan dan kerinduan
قَالَ لِيْ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله
عليه وسلم: يَا اَبَا كَاهِل، مَنْ صَلَّى عَلَيَّ كُلَّ يَوْمٍ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ
وَكُلَّ لَيْلةَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ حُبًّا وَشَوْقًا اِلَيَّ، كَانَ حَقا على الله
اَنْ يَغْفِرَ له ذُنُوْبَه تلك الليلة وَذَلِكَ اْليَوْمَ.
Nabi Saw.
berkata kepada saya; Wahai Abu Kahil, barang siapa berselawat atasku setiap
hari tiga kali dan setiap malam tiga kali kerana kecintaan dan kerinduan
kepadaku maka hak atas Allah untuk mengampuni dosa-dosanya pada malam itu dan
hari itu.
Takhrij
HR. Thabarani
no. 928. Al-Mundziri berkata hadith dengan lafaz ini adalah munkar dalam
at-Targhib wa at-Tarhib 2/404).
2.
Mendapat syafaat bila dibaca 10x pagi dan petang
من صلى عليَّ حين يصبح عشرًا ، وحين يمسي عشرًا ، أدركته شفاعتي يوم
القيامة
Sesiapa
yang berselawat ke atasku pada pagi hari sebanyak 10 kali dan petang hari 10
kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.
Takhrij
HR.
As-Suyuthi dalam Jami’as-Saghir no. 8792, dihasankan oleh as-Suyuthi.
TETAPI
al-Hafiz al’Iraqi telah menilai hadith ini sebagai lemah di dalam
Takhrij al-Ihyaa’ 1/441, juga al-Sakhawi di dalam al-Qaul al-Badii’ no. 179 dan
al-Syeikh Muqbil al-Wada’ie di dalam al-Syafa’ah no. 270.
Syeikh
al-Albani juga mendhaifkan hadith ini dalam Silsilah Hadith Dhaif no.
5788.
3. Penarik
rezeki dengan membaca selawat Jibril 2000 kali dalam sehari semalam – tidak
diketahui asal
4. Selawat
sebagai penenang jiwa dan pembersih dosa
صلُّوا علَيَّ فإِنَّ صلاتَكم علَيَّ زكاةٌ لكم
Berselawatlah
kamu kepadaku, kerana selawatmu itu menjadi zakat (penenang jiwa pembersih
dosa) untukmu.”
Takhrij
HR.
Dailami dalam Musnad Firdaus no. 3708, didhaifkan Syeikh al-Albani dalam
Dhaif Jami’no. 3486 dan as-Suyuthi dalam Jami’as-Saghir no. 5014.
5.
Dipermudahkan urusan dunia dan akhirat, terhindar dari api neraka, dimasukkan
ke dalam syurga, dikurniakan cahaya semasa melintasi jambatan sirath,
Dibangunkan istana di syurga
من صلى علي مرة واحدة صلى الله عليه
عشر مرات ، ومن صلى علي عشر مرات صلى الله عليه مائة مرة ، ومن صلى علي مائة مرة
صلى الله عليه ألف مرة، ومن صلى علي ألف مرة حرم الله جسده على النار، وثبته
بالقول الثابت في الحياة الدنيا، وفي الآخرة عند المسألة، وأدخله الجنة، وجاءته
صلاته علي نور يوم القيامة على الصراط مسيرة خمسمائة عام ، وأعطاه الله بكل صلاة
صلاها قصرا في الجنة قل ذلك أو كثر )
“Barang
siapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat
kepadanya 10 kali, dan barang siapa yang berselawat kepadaku 10 kali, maka
Allah akan berselawat kepadanya 100 kali, dan barang siapa yang berselawat
kepadaku 100 kali, maka Allah akan berselawat kepadanya 1000 kali, dan barang
siapa yang berselawat kepadaku 1000 kali, maka Allah akan mengharamkan tubuhnya
dari api neraka, dan akan menetapkan ucapan yang kuat pada kehidupan dunia dan
pada kehidupan akhirat pada saat ada masalah, dan Dia akan memasukkannya ke
dalam syurga, dan selawatnya akan datang kepadanya berupa cahaya pada hari
kiamat pada saat berada di atas sirath yang ditempuh selama 500 tahun
perjalanan, dan Allah telah memberikan kepadanya bagi setiap selawat yang
diucapkan sebuah istana di dalam syurga, baik dengan jumlah sedikit ataupun
banyak.
Takhrij
Tiada asal (Fatwa
Soaljawab Islam no. 283191).
Palsu pada
matan selawat sebanyak 10, 100, 100 dan tambahan “Nabi dan dia dibangunkan
pada hari kiamat dengan dekat bersama orang yang berselawat” (As-Sakhawi
dalam Qaul Badi' hal. 115).
6.
Terbebas dari kemunafikan dan api neraka dan ditempatkan bersama para syuhada
مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرًا،
وَمَنْ صَلَّى عَلَيَّ عَشْرًرًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ مِائَةً، وَمَنْ صَلَّى
عَلَيَّ مِائَةةً كَتَبَ اللَّهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ: بَرَاءَةً مِنَ النِّفَاقِ،
وَبَرَاءَةً مِنَ النَّارِ، وأَسْكَنَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَعَ الشُّهَدَاءِ
Barang
siapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat kepadanya
10 kali, dan barang siapa yang berselawat kepadaku 10 kali maka Allah akan
berselawat kepadanya 100 kali, dan barang siapa yang berselawat kepadaku 100
kali, maka akan Allah akan menuliskan di antara kedua matanya: terbebas dari
kemunafikan, terbebas dari neraka, dan Allah akan menempatkannya pada hari
kiamat bersama para syuhada”.
Takhrij
HR.
At-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath 7/187.
As-Sakhawi
menilai hadith ini dhaif dalam Qaul Badi' no. 153.
Syeikh
al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no.
6852 dan berkata: “Hadith munkar tanpa kalimat pertama”.
7. Pelebur
dosa pada hari jumaat jika dibaca 40 x
مَنْ صَلَّى عَلَيَّ في كُلِّ جُمُعَةٍ أرْبَعِينَ مَرَّةً مَحَا الله
ذُنُوبَهُ كُلَّهَا
Siapa yang
selawat ke atasku di setiap hari Jumaat empat puluh kali maka Allah akan
menghapus dosanya semuanya
Takhrij
HR.
As-Sakhawi dalam Qaul Badi' hal 282. As-Sakhawi berkata: sanadnya dhaif.
8.
Ditunaikan 100 hajat dengan 100 selawat
صَلَّى عَلَيَّ فِي يَوْم مائَةَ مَرَّةٍ قَضَى الله لَهُ مائَةَ حَاجَةٍ سَبْعِينَ
مِنْهَا لآخِرَتِهِ وَثَلاثِينَ مِنْهَا
لِدُنْيَاهُ}.
"Barang
siapa berselawat seratus kali dalam sehari maka Allah menunaikan seratus hajatnya. Tujuh puluh
untuk hajat akhiratnya dan tiga puluh
untuk hajat dunianya."
Takhrij
HN.
As-Sakhawi dalam al-Ajwabah 3/947. Beliau berkata hadith ini mempunyai syawahid
hadith selawat hari Jumaat, manakala Ibn Baz menilai hadith ini palsu (Majmu
Fatawi 8/314).
9. Hilang
keberkatan sesuatu amalan jika tidak berselawat
حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ ابْنُ أَبِي زِيَادٍ الشَّامِيُّ ، عَنْ يُونُسَ
بْنِ يَزِيدَ ، عَنِ الزُّهْرِيِّ ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” كُلُّ
كَلامٍ لا يُبْدَأُ فِيهِ بِحَمْدِ اللَّهِ وَالصَّلاةِ ععَلَيَّ فَهُوَ أَقْطَعُ
أَبْتَرُ مَمْحُوقٌ مِنْ كُلِّ بَرَكَةٍ “
Dari
Ismail bin Abi Ziyad Asy Syami, dari Yunus bin Yazid, dari Az Zuhri, dari Abu
Salamah, dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu, ia berkata: Rasulullah
Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: “Setiap perkataan yang tidak dimulai
dengan hamdalah dan selawat kepadaku, maka terputus dan terhalang dari semua
keberkahan“
Takhrij
HR. Al
Khallal dalam kitab Al Irsyad 119, Ar Rafi’i dalam Tadwin fil Akhbar Qairawan
2/228, As-Subki dalam Thabaqat Asy Syafi’iyyah Kubra no. 6
Ibnu Hajar
menilai hadith ini dhaif jiddan dalam Nataij al-Afkar 3/281 kerana
perawi dhaif jiddan bernama Ismail bin Abi Ziyad Asy Syami. Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif
no. 902 menilai hadith ini sebagai hadith palsu.
10.
Diampunkan dosa 80 tahun bila berselawat pada hari Jumaat
" من صلى علي يوم الجمعة ثمانين مرة غفر الله
له ذنوب ثمانين عاما، فقيل له: وكيف الصلاة عليك يا رسول الله ؟ قال: تقول: اللهم
صل على محمد عبدك ونبيك ورسولك النبى الأمي ، وتعقد واحدا "
"Barangsiapa
yang berselawat kepadaku hari Jumaat sebanyak 80 kali nescaya Allah
mengampuninya selama 80 tahun," lalu beliau ditanya: "Lalu
bagaimanakah berselawat atasmu, wahai Rasulullah?" Beliau menjawab:
"Allahumma shalli 'ala Muhammadin 'abdika wa rasulika an nabiyyil ummiy,
ini dihitung sekali.
Takhrij
HR.
al-Khatib 13/489
As Sakhawi
di dalam kitab Al Qaulul Badi' berkata: "Disebutkan oleh Ibnul Jauzy di
dalam Al Ahadith Al Wahiyah, no. 796.
Syeikh
al-Albani menilai hadith ini palsu dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 215
11.
Menghilangkan kemiskinan
كنا عند النبي صلى الله عليه وسلم إذ جاءه رجل فقال : يا رسول الله ، ما
أقرب الأعمال إلى الله ؟ قال : « صدق الحديث ، وأداء الأمانة » ، قلت : يا رسول
الله ، زدنا قال : « صلاة الليل ، وصوم الهواجر » قلت : يا رسول الله ، زدنا قال :
« كثرة الذكر لي والصلاة علي تنفي الفقر » قلت : يا رسول الله ، زدنا قال : « من
أم قوما فليخفف ، فإن فيهم الكبير ، والعليل ، والضعيف ، وذا الحاجة »
“Kami
sedang di sisi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika tiba-tiba datang
seorang laki-laki seraya berkata: “Wahai Rasulullah, apakah amal yang paling
mendekatkan kepada Allah?” Beliau bersabda: “Jujur dalam perkataan dan
menunaikan amanat.” Aku berkata: “Wahai Rasulullah, tambahlah (amalan apa
lagi)?” Beliau berkata: “Solat malam, dan puasa ketika sedang musim panas.” Aku
berkata: “Wahai Rasulullah, tambahlah (amalan apa lagi)?” Beliau berkata:
“Memperbanyak ingat kepadaku dan selawat atasku akan
menghilangkan/menghindarkan kefakiran.” Aku berkata: “Wahai Rasulullah,
tambahlah (amalan apa lagi)?” Beliau berkata: “Barangsiapa yang mengimami
sebuah kaum maka hendaknya meringankan, kerana diantara mereka ada orang tua,
orang sakit, orang lemah, dan orang yang sedang ada keperluan.”
Takhrij
HR. Abu
Nu’aim dalam Ma’rifatush Shahabah no. 3572. Isnadnya didhaifkan
oleh as-Sakhawi dalam Qaul Badi’ no. 190.
12.
Selamat dari kedasyatan kiamat
ان أنجاكم يوم القيامة من أهوالها أكثركم علي صلاة في دار الدنيا
Orang yang
paling selamat di antara kalian dari kedahsyatan hari kiamat adalah yang paling
banyak membaca selawat kepadaku di antara kalian
Takhrij
HR. Darimi
dalam Musnad Firdaus no. 8175. As-Sakhawi dalam Qaul Badi’ no. 178, beliau
berkata isnad hadith ini dhaif jiddan.
No comments:
Post a Comment