Tuesday 24 December 2019

Hadith Allah menahan roh orang mati dan hidup dan mereka saling bertemu


Roh ialah jisim nurani, sejenis cahaya yang hidup dan bergerak dari alam yang tinggi. Tetapi tabiatnya berbeza dengan tabiat jisim yang dapat dikesan oleh pancaindera kerana tabiat jisim biasanya dapat berjalan dalam jasad yang kasar sebagaimana air yang mengalir dalam bunga mawar, minyak dalam buah zaitun, dan api dalam bara.

Jisim yang biasa tidak dapat diganti, dipisah-pisah mahupun dipecah-pecahkan, bahkan memberi kehidupan kepada jasad dengan segala kaitannya selagi jasad kasar itu wajar menerima curahan cahaya daripadanya dan selagi tidak ada hal-hal yang menghalang alirannya. Jika tidak demikian, matilah jasad itu. Pendapat ini adalah yang dipilih oleh al-Razi dan Ibn al-Qayyyim dalam kitabnya yang masyhur, al-Ruh.

Ruh juga bukanlah jisim dan bukan pula jenis jasmani. Ia berkaitan dengan tubuh sebagai pembimbing dan pengatur sahaja. Ini pendapat hujjatul Islam, Imam al-Ghazali dan juga Abu Qasim al-Raghib al-Asfahani. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 8/4020)

Matan

إِنَّ اللَّهَ يَقْبِضُ أَرْوَاحَ الْأَمْوَاتِ إِذَا مَاتُوا، وَأَرْوَاحَ الْأَحْيَاءِ إِذَا نَامُوا، فَتَتَعَارَفُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَتَعَارَفَ

Terjemahan

Sesungguhnya Allah menahan ruh-ruh orang mati apabila mereka mati dan ruh-ruh orang hidup apabila mereka tidur. Mereka akan bertemu dan berkenalan mengikut kehendak Allah.

Takhrij

Cuma kalam Salaf dari petikan yang dikeluarkan oleh Qurtubi dalam al-Jami' li Ahkam al-Quran 15/260, dan Fathul Qadir 1/1285 dari Said bin Jubair ra.

Maka roh yang telah Allah tetapkan kematiannya, akan Allah tahan di kehiduannya di alam kubur (alam barzakh) sampai datangnya hari kiamat. Ini jelas menunjukkan pada kita bahawa roh tidak akan kembali selepas kematian. Cumanya apabila seseorang sentiasa bersama dengan seseorang seperti pasangan suami isteri yang hidup dengan harmoni dan bahagia dan sentiasa pergi ke masjid pada setiap waktu solat. Apabila salah seorang meninggal dunia, kelaziman ke masjid diteruskan tetapi terasa pasangannya masih bersamanya. Ini lebih kepada perasaan kasih sayang dan imbasan nostalgia kebersamaannya dengan dengan pasangan yang disayanginya.

Rujukan

Al-Afkar no. 31, Adakah roh orang mati boleh pulang, Mufti Wilayah Persekutuan

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...