Tuesday 24 December 2019

Lafaz istighfar sahih


1. Lafaz istighfar terpendek (HR. Muslim no. 591).

أَسْتَغْفِرُ الله

“Astaghfirullah”.

Ertinya : “Aku memohon ampun kepada Allah”.

Biasa dibaca sebanyak 3 x oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam selepas solat.



2. Dalam hadith At-Timridzi no. 3577 (sahih al-Albani) barangsiapa membaca istighfar dibawah ini, maka akan diampunkan dosanya, meskipun ia telah lari dari medan jihad yang sedang berkecamuk (dimana dosanya sangat besar sekali) :

أَسْتَغْفِرُ الله الَّذِي لآ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَيُّوْمُ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ

“Astaghfirullahal-ladzi la ilaha illa Huwal-Hayyul-Qayyum, wa atubu ilaih”

Ertinya : “Aku memohon ampun kepada Allah, Yang tiada tuhan yang berhak diibadahi dengan benar selain Dia, Yang Maha Hidup, Yang Maha Mengurus, dan aku bertaubat kepadaNya”.



3. Dalam Musnad Ahmad no. 25508 (sahih, al-Arnauth) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang banyak dibaca di akhir masa hidup Nabi.

سُبْحَانَ اللهُ وَبِحَمْدِهِ، أَسْتَغْفِرُالله وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ

“Subhanallah wa bihamdih. Astaghfirullah, wa atubu ilaih”

Ertinya : “Maha Suci Allah, dan dengan memujiNya. Aku memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepadaNya”.

Atau dengan lafazh lain  dari redaksi Ahmad no. 8818 (sahih, al-Arnauth) berikut ini :

سُبْحَانَكَ اللهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

“Subhanaka, Allahumma wa bihamdika, astaghfiruka wa atubu ilaik”

Ertinya : “Maha Suci Engkau ya Allah, dan dengan memujiMu, aku memohon ampun dan bertaubat kepadaMu”.




4. Lafazh doa istighfar dalam riwayat Bukhari no. 817 yang biasa dibaca oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam. dalam rukuk dan sujud, khususnya di akhir hidup beliau, dalam rangka mengamalkan perintah Allah dalam surah An-Nashr

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي

Subhaanakallahumma Rabbanaa wa Bihamdika Allahummaghfirlii

Ertinya : “(Maha suci Engkau wahai Tuhan kami, segala puji bagiMu, ya Allah ampunilah aku”




5. Sahabat Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhu, dalam riwayat Ibnu Majah no. 3814, at-Tirmdizi no. 3434 (sahih al-Albani), sempat menghitung lafazh istighfar berikut ini dibaca oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. dalam satu majlis, sebanyak 100 x :

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ

“Rabbighfirli, wa tub ‘alayya, innaka Anta At-Tawwabur-Rahim”

Ertinya : “Wahai Tuhanku, ampunilah daku, dan terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkaulah Zat Maha Penerima taubat, dan Maha Penyayang”.




6. Doa istighfar kaffaratul majlis (penutup dan penghapus dosa majlis) dalam riwayat At-Tirmidzi no. 3433 (sahih, al-Albani)

سُبْحَانَكَ اللهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

“Subhanaka, Allahumma wa bihamdika, asyhadu alla ilaha illa Anta, astaghfiruka, wa atubu ilaik”.

Ertinya : “Maha Suci Engkau ya Allah, dan dengan memujiMu, aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak diibadahi dengan benar selain Engkau. Aku memohon ampun dan bertaubat kepadaMu”.




7. Lafazh doa istighfar dalam Sahih Bukhari no. 834 yang diajarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam. kepada sahabat Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu untuk dibaca di dalam solat khususnya sebelum salam :

اللهُمَّ إِنِّيْ ظَلَمْتُ نَفْسِيْ ظُلْمًا كَثِيْرًا، وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِيْ مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِيْ، إِنَّكَ أَنْتَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ

“Allahumma inni dzalamtu nafsi dzulman katsira, wala yaghfirudz-dzunuba illa Anta, faghfirli maghfiratan min ‘indika, warhamni, innaka Antal-Ghafurur-Rahim”

Ertinya : “Ya Allah sungguh aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak. Dan tiada yang boleh mengampuni dosa-dosa selain hanya Engkau. Maka ampunkanlah daku dengan sebuah pengampunan dari sisiMu, dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkaulah Zat Maha Pengampun, Maha Penyayang”.




8. Sayyidul istighfar (Penghulu istighfar)

اللهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ، لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ لَكَ بِذَنْبِيْ، فَاغْفِرْلِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ

“Allahumma Anta Raabbi, la ilaha illa Anta, khalaqtani wa ana ‘abduka, wa ana ‘ala ‘ahdika wa wa’dika mastatha’tu. A’udzu bika min syarri ma shana’tu. Abu-u laka bini’matika ‘alayya, wa abu-u laka bidzambi. Faghfirli fa innahu la yaghfirudz-dzunuba illa Anta”

Ertinya : “Ya Allah Engkaulah Tuhanku. Tiada tuhan yang berhak diibadahi dengan benar selain Engkau. Engkau Yang telah Menciptakanku, dan aku adalah hambaMu. Aku akan menjaga janjiMu seoptimal yang aku mampu. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan segala yang aku perbuat. Aku kembali kepadaMu dengan (mengakui) segala nikmatMu kepadaku. Dan akupun kembali kepadaMu dengan (mengakui) semua dosaku. Maka ampunilah aku. Kerana sesungguhnya tiada yang boleh mengampuni dosa-dosa selain hanya Engkau”.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

وَمَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِىَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وَهْوَ مُوقِنٌ بِهَا، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ، فَهْوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ

“Barangsiapa mengucapkannya pada siang hari dan meyakininya, lalu dia mati pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk penghuni surga. Dan barangsiapa mengucapkannya pada malam hari dalam keadaan meyakininya, lalu dia mati sebelum waktu pagi, maka dia termasuk penghuni syurga”. (HR. Bukhari no. 6306).

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...