Tuesday 24 December 2019

Hadith dikabulkannya doa di antara solat Zohor dan Asar dihari Rabu



Matan hadith


أن النبي صلى الله عليه وسلم دعا في مسجد الفتح ثلاثا يوم الاثنين، ويوم الثلاثاء، ويوم الأربعاء، فاستُجيب له يوم الأربعاء بين الصلاتين فعُرِفَ البِشْرُ في وجهه
قال جابر: فلم ينزل بي أمر مهمٌّ غليظ إِلاّ توخَّيْتُ تلك الساعة فأدعو فيها فأعرف الإجابة


Terjemahan

Nabi shalallahu ‘alaihi wasalam berdoa di Masjid Al-Fath 3 kali, iaitu hari Isnin, Selasa dan Rabu. Pada hari Rabu lah doanya dikabulkan, iaitu di antara dua solat. Ini diketahui dari kegembiraan di wajah beliau. Berkata Jabir : ‘Tidaklah suatu perkara penting yang berat pada saya kecuali saya memilih waktu ini untuk berdoa,dan saya mendapati dikabulkannya doa saya‘”


Takhrij

HR. Ahmad no. 14563 dari Jabir bin Abdillah ra. Syeikh al-Arnauth menilai sanad hadith ini dhaif. Al-Haithami dalam Majma Az-Zawaid, 4/15, berkata: “Semua perawinya tsiqah”, juga dihasankan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih At-Targhib no. 1185.

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...